Konsert Grand Piano Asia

Konsert Grand Piano Asia diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 12 Jun 2009 disertai kira-kira 200 pemain piano dari negara Asia. Konsert tersbuat dianjurkan oleh Persatuan Chopin Malaysia (PCM) dan Persatuan Piano Korea.Antara yang hadir ialah pemain piano dari Malaysia, Korea, Hong Kong dan Indonesia mewakili pelbagai peringkat umur.

Yang di-Pertuan Agong , Sultan Mizan Zainal Abidin dan Raja Permasuri Agong, Tuanku Nur Zahirah menyaksikan konsert tersebut kerana anakanda baginda berdua Tengku Fatimatuz Zahra turut membuat persembahan bagi kategori remaja.[1]

Presiden Persatuan Chopin Malaysia (PCM) ialah Tunku Munirah Tunku Mustapha.[2]

Rujukan sunting