Karnival Jom Heboh

(Dilencongkan dari Konsert Jom Heboh)

Karnival Jom Heboh (ataupun Jom Heboh; dahulu dikenali sebagai Sure Heboh) dianjurkan bagi mempromosikan stesen, produk dan jenama TV3 yang dimulakan sejak tahun 2003. Pelbagai aktiviti menarik untuk golongan remaja dan keluarga diadakan dalam karnival bergerak ini. Acara utama ialah konsert nyanyian penyanyi tempatan dan disiarkan secara langsung melalui stesen TV3.

Karnival Jom Heboh
Logo Karnival Jom Heboh, diperkenalkan pada 2015.
StatusAktif
GenreKarnival bergerak, kemasukan awam percuma
KekerapanTahunan
LokasiSeluruh Malaysia (Tiada Kecuali)
KoordinatKoordinat: 1°44′57.1″N 110°18′57.9″E / 1.749194°N 110.316083°E / 1.749194; 110.316083
NegaraMalaysia
Tahun aktif
2003-kini
Dianjurkan oleh
TV3
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Biasanya diadakan selama 3 hari dua malam. Pemilik TV3 iaitu Media Prima akan menjemput syarikat dan peniaga tempatan untuk berjualan dan mempromosikan barangan mereka.[1]

Pada awalnya dikenali sebagai "Sure Heboh",[2] nama karnival ini ditukar kepada "Jom Heboh" selepas menerima banyak bantahan termasuk daripada pakar bahasa.[3] Pada awalnya juga, Mufti Negeri Perak Datuk Seri Harussani Zakaria pernah menegur penganjuran konsert ini sebagai haram, menyebabkan pihak TV3 membuat penyesuaian dengan mengurangkan unsur budaya barat dan mengutamakan hiburan berkonsepkan kekeluargaan dan perniagaan serta mempromosi mesej kerajaan.[4]

Karnival Jom Heboh di Kelantan sunting

Pada 26-28 Mac 2010, Karnival Jom Heboh diadakan di Jalan Sultan Ibrahim, Kota Baharu, Kelantan. Lebih 200 anggota polis berkawal bagi memastikan keselamatan pengunjung kerana ini pertama kali ia diadakan di Kelantan.[5] Bagaimanapun, ia tertakluk kepada beberapa sekatan.[1]

Konsert Jom Heboh sunting

Konsert Jom Heboh ialah salah satu acara utama di karnival Jom Heboh dan rakaman konsert ini disiarkan secara langsung di TV3 dan menampilkan persembahan daripada penyanyi-penyanyi terkenal negara.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b Kelantan Terima Konsert Jom Heboh TV3, Penyanyi Wanita Dilarang Bernama
  2. ^ Hasam, Saiful Haizan (13 Mac 2006). "Jom Heboh ganti Sure Heboh". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-29. Dicapai pada 10 Julai 2016.
  3. ^ Klik DBP Berita Harian
  4. ^ Jom Heboh Kelantan santuni misi ekonomi-dakwah Diarkibkan 2010-03-30(Date mismatch) di Wayback Machine HarakahDaily
  5. ^ Jom Heboh: Polis Minta Rakyat Kelantan Jaga Keselamatan Bernama

Pautan luar sunting