Konsert Live Siti Nurhaliza
Konsert Live Siti Nurhaliza merupakan konsert solo pertama selama satu hari oleh penyanyi rakaman Malaysia, Siti Nurhaliza. Konsert ini dianjurkan bersama oleh DWI Events Sdn Bhd dan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. Konsert yang diadakan pada 30 Oktober 1999 ini mendapat maklum balas positif dan ulasan daripada pengulas konsert dan petugas media yang rata-ratanya memuji vokal dan persembahan Siti secara keseluruhannya.[1][2]
Konsert Live Siti Nurhaliza | |
---|---|
Konsert oleh Siti Nurhaliza | |
Lokasi | Kuala Lumpur |
Tempat | Stadium Putra, Bukit Jalil |
Album berkaitan | Siti Nurhaliza, Siti Nurhaliza II, Cindai, Adiwarna, Pancawarna |
Tarikh | 30 Oktober 1999 |
Jumlah persembahan | 1 |
Kronologi konsert Siti Nurhaliza |
Konsert
suntingKonsert Live Siti Nurhaliza merupakan konsert solo pertama Siti Nurhaliza dalam kerjaya muzik beliau sejak kemunculan sulungnya selepas memenangi Bintang HMI anjuran RTM pada 1995. Solekan beliau untuk konsert pertamanya disediakan oleh Nurul Shukor.[3] Kos konsert ini dilaporkan berjumlah RM2 juta.[4]
Berlangsung pada 30 Oktober 1999, Siti Nurhaliza mengorak langkah besar apabila menjayakan konsert pertama beliau yang bertaraf nasional. Konsert ini berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil.[5] Dalam konsert ini, Siti mempersembahkan 26 buah lagu, termasuk tribute buat Sudirman.[6] Konsert yang memakan masa dua jam ini mendapat tajaan dari Pepsi, berikutan Siti merupakan jurucakap untuk Pepsi ketika itu.[7]
Siti juga turut menjemput kanak-kanak kurang upaya untuk turut serta mempersembahkan dua buah lagu secara medley. Selain itu, Siti turut menyelitkan beberapa gimik yang cukup berkesan termasuk memainkan instrumen muzik dengan memakai baju bergemerlapan, menggunakan baju pendarflour, dan sebagainya.[8] Walaupun konsert pertama ini kurang mendapat sambutan (lebih 10,000 orang yang hadir), Siti tetap cekal dan bertabah, dan akan terus menjayakan konsert-konsert yang lebih besar dimasa akan datang.
Dahulu Siti pernah memasang angan-angan untuk membuat konsert sebelum usia 21 tahun dan alhamdulillah angan-angan itu berjaya menjadi kenyataan di usia Siti 20 tahun
— Siti Nurhaliza semasa konsert pertamanya.
Sambutan
suntingKonsert ini diterima dengan baik oleh pengkritik dan beliau dipuji kerana vokal dan persembahannya. Seorang pengkritik dari Utusan Malaysia mengulas, "tidak disangkal lagi, pada malam itu, Siti menggunakan sepenuh kelebihan vokalnya dalam persembahan yang mantap dan bertenaga." Hey dari Berita Harian di dalam ulasannya menyebut, "Jika diberi peluang sedikit masa lagi, pasti Siti Nurhaliza Taruddin mampu meletak diri sebagai penghibur serba boleh."[9] Konsert 'Live' Siti Nurhaliza juga dipilih oleh Marina Abdul Ghani dari The Malay Mail sebagai salah satu konsert terbaik tahun ini.
Saniboey dalam ulasan dua bintangnya untuk Harian Metro mengulas, ''Tiada pertikaian mengenai vokal Siti yang amat baik, namun bunyi dan kualiti yang lemah nyata merosakkan keindahan album ini".[10] Di dalam ulasannya untuk New Straits Times, Zainal Alam Kadir memberikan album dua dan setengah bintang.[11] Dalam kajian semula yang lebih positif oleh Marina Abdul Ghani dari The Malay Mail, beliau mengulas album itu sebagai, "Album yang berkualiti tinggi dari segi rakaman dan penyuntingan, ia mempunyai Siti memaparkan serba bolehnya dalam menangani genre lagu yang berbeza dari pop, irama & blues kepada tradisional."[12] Tafsiran Siti mengenai lagu-lagu Sudirman semasa konsert itu dipuji oleh ketiga-tiga pengkritik di mana Zainal mengulas sebagai "kemuncak penerbitan"[11] dan Saniboey menulis, "Sesi lagu Sudirman dendangan Siti itu benar-benar membuatkan saya terhibur".[10][12]
Di media
suntingSiaran langsung Konsert Live Siti Nurhaliza telah dikeluarkan dalam bentuk album video oleh Suria Records dan disiarkan di Astro Ria pada 1 Januari 2000.
Susunan lagu
sunting- "Engkau Bagaikan Permata"
- "Lagu Ku Di Hatimu"
- "Jawapan di Persimpangan"
- "Antara Waktu dan Usia"
- "Wajah Kekasih"
- "Kau Kekasihku"
- "Sendiri (Mencintaimu Selamanya)"
- "Langkah di Persada"
- "Jerat Percintaan"
- "Purnama Merindu"
- "Nian di Hati"
- "Dir"
- "Pelangi Petang"
- "Balik Kampung"
- "Basikal Tua"
- "Salam Terakhir"
- "Usah Diragui"
- "Diari Hatimu"
- "Joget Berhibur"
- "Cindai"
- "Satu Cinta Dua Jiwa"
- "Kini Kau Di Sisi"
- "Bisikan Asmara"
- "Aku Cinta Padamu"
- "Mahligai Asmara"
- "Aku Cinta Padamu" (korus)
Tarikh konsert
suntingTarikh | Bandar | Negara | Tempat | Jualan tiket |
---|---|---|---|---|
30 Oktober 1999 | Kuala Lumpur | Malaysia | Stadium Putra, Bukit Jalil | 40,000[13] |
Tenaga kerja
sunting- Penerbit Eksekutif: Tan Su Loke
- Pengarah Muzik: Ramli M.S.
- Penyelaras Produksi: Jason Foo
- A&R Koordinator: Zulkefli Majid
- Pengurus Promosi: Bard
- Unit Promosi: Ariffin, Riz, Rahayu & Sabariah(Singapura)
- Rakaman Live: King Studio
- Jurutera Rakaman Live: C.L Toh
- Juru Adun: Wong, Ramli M.S.
- Penganjur: DWI Events Sdn.Bhd/Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd
- Pemuzik: Fauzi Marzuki (Gitar Utama), Aji (Gitar Kedua), Pacai (Bass), Gary Gideon (Ehsan Zijian - Drum), Steve Thornton (Ehsan LP - Percussion), Ramli M.S. (Keyboard), Aubrey Suwito (Piano)
- Pemuzik Tradisional: Pak Ngah & Swakarya
- Suara Latar: SWARA
- Jurusolek: Nurul
- Mastering: Genesis Mastering Lab Sdn.Bhd
- Konsep Cover: AS Design & Print
- Label: Suria Records
Galeri
sunting-
Poster Konsert Live Siti Nurhaliza
-
Siti Nurhaliza bersama kanak-kanak kurang upaya
-
Siti Nurhaliza ketika gimik instrumen berkilau
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "Siti Nurhaliza... pamer kehebatan beraksi di konsert". Utusan Malaysia Online. November 1, 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-18. Dicapai pada 2010-09-13.
- ^ Zubir Mohd Yunus (20 Oktober 1999). "Hajat Siti tertunai". Berita Harian. Dicapai pada 13 Januari 2020.
- ^ Sani Salleh (19 Oktober 1999). "Persiapan rapi Siti". Harian Metro. Dicapai pada 13 Januari 2020.
- ^ Hardi Effendi Yaacob (5 Julai 1999). "Konsert solo Siti RM2 juta". Berita Harian. Dicapai pada 13 Januari 2020.
- ^ Sani Salleh (30 Oktober 1999). "Malam penentuan". Harian Metro. Dicapai pada 13 Januari 2020.
- ^ Sani Salleh (27 Oktober 1999). "20 lagu bergema". Harian Metro. Dicapai pada 13 Januari 2020.
- ^ Roslen Fadzil (29 Oktober 1999). "Siti janjikan kejutan". Harian Metro. Dicapai pada 13 Januari 2020.
- ^ Roslen Fadzil (2 November 1999). "Aneka fesyen Siti". Harian Metro. Dicapai pada 13 Januari 2020.
- ^ Hey (2 November 1999). "Konsert solo pertama Siti Nurhaliza hebat". Berita Harian. Dicapai pada 19 December 2017.
- ^ a b Saniboey (2 February 2000). "(Ulasan album)". Harian Metro. Dicapai pada 22 December 2017.
- ^ a b Zainal Alam Kadir (14 February 2000). "Let this sun shines on you". New Straits Times. m/s. 4 (Life ... is). Dicapai pada 22 December 2017.
- ^ a b Marina Abdul Ghani (2 February 2000). "Impression not up to mark". The Malay Mail. Dicapai pada 22 December 2017.
- ^ Sani Salleh (28 Oktober 1999). "4,000 tiket sudah dijual". Harian Metro. Dicapai pada 13 Januari 2020.