Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Kaum
Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Kaum (ICERD, akronim bahasa Inggeris: International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination) ialah sebuah konvensyen (perjanjian) oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Sebagai sebuah hak asasi manusia generasi ketiga, Konvensyen tersebut meminta anggotanya untuk menghapuskan diskriminasi terhadap kaum dan menggalakkan kesefahaman di antara semua kaum.[5] Namun, Konvensyen ini juga menghendaki ahli anggota untuk mengharamkan ucapan benci (hate speech) dan menjenayahkan penyertaan dalam organisasi perkauman.[6]
ICERD | |
---|---|
International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination[1] | |
Ditandatangani | di New York[2] |
Berkuat kuasa | 4 Januari 1969[2] |
Syarat | 27 pengesahan[3] |
Penandatangan | 88[2] |
Pihak | 179[2] |
Pemegang simpanan | Setiausaha Agung PBB[4] |
[1] | |
sunting |
Konvensyen ini juga mengandungi sebuah mekanisme aduan berindividu, menjadikannya dapat dikuatkuasakan terhadap anggotanya dengan berkesan. Ini telah menyebabkan pembangunan perundangan terhad terhadap tafsiran dan pelaksanaan Konvensyen ini.
Konvensyen ini telah diterima pakai dan dibuka untuk ditandatangani oleh Perhimpunan Agung PBB pada 21 Disember 1965,[7] dan mula berkuatkuasa pada 4 Januari 1969. Pada Januari 2018, ia mempunyai 88 penandatangan dan 179 anggota.[2]
Konvensyen ini dipantau oleh Jawatankuasa Penghapusan Diskriminasi Kaum (CERD).
Jawatankuasa Penghapusan Diskriminasi Kaum
suntingJawatankuasa Penghapusan Diskriminasi Kaum ialah sebuah badan pakar hak asasi manusia yang ditugaskan untuk memantau pelaksanaan Konvensyen. Ia terdiri daripada 18 orang pakar hak asasi manusia bebas, dipilih selama empat tahun, dengan separuh daripada anggota tersebut dipilih semula setiap dua tahun. Anggota dipilih dengan sebuah undian rahsia, dan setiap anggota dibenarkan untuk mencalonkan salah seorang warganya kepada Jawatankuasa.[8]
Semua anggota dikehendaki untuk mengemukakan laporan berkala kepada Jawatankuasa yang menggariskan tindakan legislatif, kehakiman, polisi dan langkah-langkah lain yang telah diambil untuk menguatkuasakan Konvensyen tersebut. Laporan pertama perlu diberi dalam tempoh satu tahun setelah Konvensyen itu berkuat kuasa dalam negara itu; selepas itu, laporan perlu diberi dalam tempoh setiap dua tahun atau apabila diminta oleh Jawatankuasa.[9] Jawatankuasa memeriksa setiap laporan dan mengemukakan apa-apa kebimbangan dan cadangannya kepada negara itu dalam bentuk "pemerhatian kesimpulan".
Jawatankuasa biasanya bersidang setiap bulan Mac dan Ogos di Geneva.[10] Keahlian Jawatankuasa semasa (sehingga April 2018) ialah:[11]
Nama | Negara | Tarikh luput penggal |
---|---|---|
Silvio José Albuquerque e Silva | Brazil | 2022 |
Noureddine Amir (pengerusi) | Algeria | 2022 |
Alexei S. Avtonomov | Rusia | 2020 |
Marc Bossuyt | Belgium | 2022 |
Jose Francisco Cali Tzay | Guatemala | 2020 |
Chung Chinsung | Korea Selatan | 2022 |
Fatimata-Binta Victoire Dah | Burkina Faso | 2020 |
Bakari Sidiki Diaby | Côte d'Ivoire | 2022 |
Rita Izsák-Ndiaye (pelapor) | Hungary | 2022 |
Keiko Kō | Jepun | 2022 |
Gün Kut | Turki | 2022 |
Li Yanduan (naib pengerusi) | Republik Rakyat China | 2020 |
Nicolás Marugán | Sepanyol | 2020 |
Gay McDougall (naib pengerusi) | Amerika Syarikat | 2020 |
Yemhelhe Mint Mohamed | Mauritania | 2020 |
Pastor Elias Murillo Martinez (naib pengerusi) | Colombia | 2020 |
Verene Albertha Shepherd | Jamaica | 2020 |
Yeung Kam John Yeung Sik Yuen | Mauritius | 2022 |
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD)". Office opf The High Commissioner for Human Rights. UN. Dicapai pada 28 Julai 2014.
- ^ a b c d e "Parties to the International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination". United Nations Treaty Collection. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-02-11. Dicapai pada 2018-11-01.
- ^ ICERD, Article 19.
- ^ ICERD, Article 18.
- ^ ICERD, Article 2.1
- ^ ICERD, Article 4.
- ^ United Nations General Assembly Resolution 2106 (XX), 21 December 1965.
- ^ ICERD, Article 8.
- ^ ICERD, Article 9.
- ^ "Committee on the Elimination of Racial Discrimination – Sessions". UN OHCHR. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 May 2008. Dicapai pada 2008-06-03. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ "Committee on the Elimination of Racial Discrimination – Members". UN OHCHR.