Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad

Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad atau lebih dikenali sebagai Koiman[1]adalah koperasi yang telah lama wujud sejak Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad (‘KOPERASI IMAN’) telah diperbadankan pada 21hb Julai, 1981 . Koperasi ini terletak di Taman Sri Gombak Selangor sejak awal penubuhannya lagi. Buat masa ini, koperasi ini menjalankan perniagaan Pembiayaan Peribadi, Ar Xchange,Takaful E-covernote,Serunding I-man Farm dan Ladang Ternakan I-Man Farm di Sg Lui, Hulu Langat,Selangor

Sejarah Koiman sunting

Koperasi Iman ketika di awal penubuhannya mempunyai anggota seramai 272 orang dengan modal syer sebanyak RM 27,244.00 yang digunakan untuk aktiviti perniagaan secara kecil-kecilan. Ini kerana ahli jawatankuasa yang merancang hala tuju Koiman ketika itu adalah lebih bersifat statik dan tidak fokus untuk memperluaskan perniagaan Koiman. Konsep ini berubah perlahan-lahan hasil pertukaran Anggota Lembaga[2] yang mempunyai latar belakang yang berdaya saing dan maju ke hadapan. Antara konsep-konsep perniagaan Koiman adalah:-

  1. Perkhidmatan Skim Pembiayaan Barangan Pengguna (As-Syarik)
  2. Perkhidmatan Skim Pembiayaan Peribadi Anggota[3]
  3. Ar Rahnu X’Change[4]
  4. i-Man Farm[5]
  5. Tayar GT Radial

Perkhidmatan Skim Pembiayaan Barangan Pengguna sunting

Skim ini memberikan peluang kepada ahli anggota untuk membeli produk Koperasi yang dijual menerusi jalinan rangkaiannya. Produk pengguna yang dijual oleh Koperasi Iman adalah seperti barangan elektrik kelengkapan rumah seperti TV, peti ais, air-cond, komputer, hi-fi, perabut, dll. Barangan kesihatan dan motorsikal juga turut dijual oleh Koperasi Serbaguna Iman. Walau bagaimanapun, pembiayaan ini telah ditamatkan pada tahun 2002 atas alasan tidak menguntungkan koperasi.

Perkhidmatan Skim Pembiayaan Peribadi Anggota sunting

Pada tahun 2005, Koperasi Iman telah mula menawarkan perkhidmatan Skim Pembiayaan Tunai kepada anggota-anggotanya. Skim ini telah menjadi salah satu peluang keuntungan bagi Koiman sepanjang operasi hinggi kini. Koperasi Iman juga memainkan peranan bermula dengan pemasaran, pemprosesan, kelulusan, kutipan bayaran balik dan susulan kredit setiap pembiayaan yang diterima oleh anggota.

Ar Rahnu X’Change sunting

Pada tanggal 16hb Mei, 2008, Koperasi Iman telah membuka kedai Ar-Rahnu X'change di mana kedai ini ialah sebuah kedai pajak gadai islam yang patuh syariah. Perniagaan Ar Rahnu ini merupakan satu perniagaan francaise di mana Rakyat Management Services Sdn Bhd (RMS) yang merupakan anak syarikat Bank Rakyat berperanan sebagai francaisor sementara Koperasi Iman sebagai Francaisi. Koperasi Iman telah mengaut keuntungan yang besar hasil dari pembukaan kedai tersebut. Koperasi ini juga telah membuka ''outlet'' kedua di Seri Kembangan, Selangor dan sedang merancang untuk menambah ''outlet'' nya yang ketiga.

i-Man Farm sunting

Koperasi Iman juga terlibat dalam aktiviti pertanian iaitu ternakan lembu dan kambing secara besar-besaran. Pusat Ternakan ini digelar "i-Man Farm" kini beroperasi di Hulu Langat dengan keluasan  tanah sebanyak 1.656 ekar. Pusat ternakan ini mampu menempatkan sehingga 250 ekor lembu dan 200 ekor kambing pada satu-satu masa. Dengan kekuatan kakitangan yang bertugas di Unit Operasi, Unit Pemasaran dan dengan pemantauan Penyelia Ladang serta di bantu oleh kakitangan am di pusat ternakan, Koperasi Iman yakin bahawa sektor ini mampu bersaing secara agresif di kalangan syarikat perladangan yang sedia ada.

Pencapaian sunting

  1. Tempat Ke-15 Daripada 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2016 ,Suruhanjaya Koperasi Malaysia
  2. Anugerah Tempat Ke-2 Laman Web Terbaik Koperasi 2015 ,Angkasa

Rujukan sunting

  1. ^ "Koperasi Iman Serbaguna (KOIMAN) - .: Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Bhd :". koiman.com.my. Dicapai pada 2016-01-14.
  2. ^ "Anggota Lembaga Koperasi". koiman.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2016-01-14.
  3. ^ "Koperasi Iman Serbaguna (KOIMAN) - Pembiayaan Peribadi Anggota". koiman.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-01-30. Dicapai pada 2016-01-14.
  4. ^ "Koperasi Iman Serbaguna (KOIMAN) - Ar-Rahnu X'Change". koiman.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2016-01-14.
  5. ^ "Koperasi Iman Serbaguna (KOIMAN) - i-Man Farm". koiman.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-01-30. Dicapai pada 2016-01-14.