Kumpulan Kopratasa merupakan satu kumpulan penyanyi di Malaysia. Kumpulan Kopratasa mempunyai 3 orang anggota.[1] Menampilkan lagu-lagu berunsur puisi, rakyat, ketuhanan dan masyarakat. Banyak dipengaruhi oleh muzik Kembara pimpinan M. Nasir di awal penglibatan mereka kerana mereka sama-sama memperjuangkan irama yang sama. Ramai sasterawan dan penggiat seni tanahair yang menyumbangkan karya mereka kepada Kopratasa antaranya Datuk A Samad Said, Allahyarham Dato' Usman Awang, Allahyarham J M Aziz, Allahyarham Abdul Aziz HM. Bukan sahaja aktif sebagai penyanyi, tetapi juga dikenali sebagai pelukis, pelakon drama , filem dan teater dan juga pendekron sajak di mana sahaja ada acara seni di Malaysia terutamanya di universiti tempatan.

Kopratasa
Kopratasa dalam konsert di Universiti Malaya (2010)
Latar belakang
Berasal dariMalaysia Malaysia
PekerjaanVokal / Pemuzik
Tahun aktif1985–kini
Pengkarya berkait
Berkumpulan
AhliSani Sudin
Usop @ Mohd Yusof Ahmad
Siso @ Syed Indera Syed Omar

Sejak penubuhannya, kumpulan Kopratasa memang menampilkan lagu berunsur puisi yang menyentuh isu rakyat, ketuhanan dan masyarakat. Kumpulan ini mendapat pengaruh Datuk M Nasir, selain penyair terkenal tanah air seperti A Samad Said, Usman Awang, J M Aziz dan Abdul Aziz HM. Lagu puisi Kopratasa, melalui lirik yang indah, mengapungkan erti dan rasa kemanusiaan.

Ahli-ahli

sunting
  1. Sani Sudin
  2. Usop @ Mohd Yusof Ahmad
  3. Siso @ Syed Indera Syed Omar

Kumpulan Kopratasa ditubuhkan pada 1985 di pejabat Teater Elit di Jalan Raja Abdullah Kampung Baru. Teater Elit milik penyair tersohor Dinsman. Pengasas bersama Kopratasa ialah Usop, Sani Sudin dan Mohd Shah Ibrahim yang sebelum itu bergerak menggunakan nama Grup Teater Elit. Ketiga-tiga mereka bertemu ketika sama-sama bekerja dengan Dinsman. Di pejabat itu jugalah mereka bertemu dengan M. Nasir buat pertama kalinya.

Apabila ditawarkan M. Nasir untuk merakam album, Mohd Shah menarik diri kerana tidak dapat terlibat dalam bidang seni lalu digantikan oleh Siso. Walau bagaimanapun ketiga-tiga pengasas bersama itu masih bersama di pentas-pentas tertentu tanpa diketahui khalayak tentang sejarah sebenar kumpulan tersebut.

Kopratasa masih terus aktif hingga ke hari ini tetapi hanya dianggotai Usop dan Sani Sudin. Siso meninggalkan Kopratasa pada 2007 dan masih mengekalkan nama Siso Kopratasa (bukan nama sebenar).

Diskografi

sunting
  1. Keringat Dalam Pasrah (1987 pertama) Dihasilkan oleh M. Nasir
  2. Kunci (1988)
  3. Episod 3 (1988)
  4. Sesetia Malam (1996)
  5. Nikmat (1997)
  6. Antologi (1999)
  7. Best Of Kopratasa (Universal, 2001)
  8. Mulia (2003)
  9. Kopratasa Masih Bertiga...Tetap Berbisa (2006)

Lagu-lagu

sunting
  1. Masihkah Kau Ingat, (Keringat Dalam Pasrah) karangan Sani Sudin.
  2. Permata "Buat Isteriku" (Sesetia Malam).
  3. Dondang Mustika (Antologi)
  4. Dabus Rohani (Antologi)
  5. Mulia (Mulia) (M. Nasir/Usop)
  6. Di Dalam Dalam (Mulia) (M. Nasir/Sani Sudin)
  7. Dara, Bunga Dan Bulan (Mulia)(M. Nasir/Loloq (Rosli Khamis)).
  8. Berkolek dan bersajak(Mulia)(JM Aziz)
  9. Akhir Disember
  10. Tetamu Senja
  11. Teluk Bidara
  12. Aku Bukan Musuh Harta(Dr. Maza)
  13. Kekasih (Sajak Usman Awang)

Pencapaian

sunting

Lagu Dondang Mustika tersenarai dalam senarai akhir Juara Lagu 2000 TV3 dalam kategori Irama Malaysia.

Kopratasa 2006 - Bernaung dibawah sebuah syarikat baru, Alpha Media Network. Pelancaran album yang mengandungi lagu-lagu lama dan 3 buah lagu baru di jangka pada sekitar bulan Mac.

Album Baru Kopratasa, KOPRATASA MASIH BERTIGA...TETAP BERBISA, telah pun berada di pasaran sejak April 2006, diedarkan oleh Insitech Musicland, 3 lagu baru dimuatkan iaitu Gadis Penjual Bunga, Pengembara dan Sakti.

Album ini diedarkan oleh syarikat baru, Alpha Media Network S/B, beralamat di No.17-1 & 17-2, Wisma Alpha, Jalan 1/76, Desa Pandan, Off Jalan Kampong Pandan, 55100 Kuala Lumpur. Telefon No.: 603- 9200 2496 / Fax No.: 603- 9200 1876

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting