Kor Agama Angkatan Tentera

Kor Agama Angkatan Tentera atau KAGAT merupakan kor ke-16 yang ditubuhkan di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Kor ini telah ditubuhkan secara rasminya pada 16 April 1985. Meskipun KAGAT merupakan sebuah kor di dalam Tentera Darat Malaysia, penugasannya merangkumi kesemua cabang Angkatan Tentera Malaysia iaitu Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia.

Kor Agama Angkatan Tentera
KAGAT
Logo Kor Agama Angkatan Tentera
Aktif16 April 1985 (rasmi)
Negara Malaysia
KesetiaanAngkatan Tentera Malaysia
CawanganJabatan Arah KAGAT
Komander
Ketua PengarahMejar Jeneral Hj Mohd Rashidi bin Bujai

Sejarah sunting

Penubuhan KAGAT bermula pada tahun 1979 dan apabila cadangan penubuhannya diluluskan oleh Majlis Angkatan Tentera Malaysia (MAT) semasa mesyuaratnya ke 197 iaitu pada 24 Januari, 1980. Pada 29 November 1984, MAT meluluskan Skim Perkhidmatan KAGAT. Pada 16 April, 1985 setelah mendapat perkenan SPB Yang Dipertuan Agong Ke-8, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, KAGAT dengan itu ditubuhkan secara rasmi. Pada 29 Mac, 1986 MAT telah meluluskan Syarat-Syarat Pertukaran Perkhidmatan Pegawai Hal Ehwal Agama Islam yang berada di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam kepada KAGAT.

Sejarah KAGAT Perkhidmatan Agama dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah lama bermula iaitu selaras dengan penubuhan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) pada tahun 1933. Walau bagaimanpun, perjawatan ketika itu adalah di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia, bukan di bawah ATM. Sejak dari itu perkhidmatan agama tersebut telah berkembang mengikut keperluan perkembangan formasi dan pasukan ATM tu sendiri.

Semakin lama, keperluan pengurusan hal ehwal keagamaan dalam ATM semakin dirasakan penting dan menjadi sinonim dengan pertadbiran ketenteraan sehingga di mana sahaja wujudnya pasukan baru, perjawatan baru kakitangan agama (guru agama) diperlukan bagi memenuhi keperluan tugas keagamaan di pasukan dan terhadap keluarga ATM.

Ekoran dari perkembangan diatas, idea dan usaha-usaha untuk mengembangkan perkhidmatan agama dalam bentuk Kor di bawah perkhidmatan ATM diwujudkan pada 16 April 1985 dimana penubuhan tersebut mendapat persetujuan dan limpah perkenan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Kelapan Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Selaku Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.

Cetusan ini telah diilhamkan daripada YB Datuk Patinggi Abdul Taib Mahmud dan idea tersebut dapat dilaksanakan pada tahun 1980 apabila YAB Dr. Mahathir Mohamed mantan Perdana Menteri telah menggesa penubuhan sebuar Kor untuk mengendalikan hal ehwal keagamaan ATM. Penugasan perkhidmatanya meliputi tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia iaitu Darat, Laut dan Udara.