Korban Kasih
Korban Kasih merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Mohd Fazli Yahya [1][2] . Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Widuri TV1 bermula 24 April 2020 Hingga 23 Mei 2020 menggantikan Isteriku 120KG.
Korban Kasih | |
---|---|
Genre | Drama keluarga Cinta Konflik Melodrama |
Berdasarkan daripada | Adaptasi novel Korban Kasih 1&2 karya Fatimah Saidin |
Ditulis oleh | Farhana Fauri |
Pengarah | Mohd Fazli Yahya |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | Sampai Syurga - Idayu feat Ezad Lazim |
Lagu penutup | Sampai Syurga - Idayu feat Ezad Lazim |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 30 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Irene Qistina D Nurul Izzah D |
Penerbit | Norley Aimi Nadiah Sharri |
Tempoh siaran | 45 minit Isnin-Ahad 7 Malam |
Syarikat penerbitan | Mache All Star United Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV1 (Slot Widuri) |
Siaran asal | 24 April 2020 – 23 Mei 2020 |
Kronologi | |
Mengikuti | Isteriku 120KG |
Diikuti oleh | Memoir Kamila |
Sinopsis
suntingSebuah kisah kekeluargaan yang dirakamkan melalui pandangan Fatimah (Zara Zya) yang melihat perselisihan dan pilih kasih dalam keluarganya. Dia tidak mengerti mengapa ibunya membenci Abang Jalil (Saharul Ridzwan) sehingga abangnya itu tersingkir setelah kematian ayahnya (Hasnul Rahmat). Dia juga melihat kejayaan kak long dan abang ngahnya belajar di sekolah berasrama penuh. Semua pergolakan ini dilihat secara positif oleh penulis sehingga menemukan semula secara harmoni semua ahli keluarga ini yang kini sudah pun dewasa. Sebuah kisah yang sangat memikat serta sarat dengan nilai-nilai murni.
Fatimah anak bongsu dari empat beradik, menyelami isi hati abang Jalil yang disisihkan oleh ibunya sendiri. Seluruh ahli keluarga menyayanginya, kecuali ibu Norizah (Dynas Mokhtar) yang mencurah kasih sayang pada anaknya yang lain. Walaupun dilayan seperti orang asing oleh ibu sendiri, Jalil banyak berkorban untuk kebahagiaan ibu, kembarnya Jamil (Azrel Ismail), adiknya Fatimah dan Kak Longnya (Ezzaty Abdullah).
Kasihankan Jalil, ayah telah membawa Jalil keluar dari rumah dan tinggal bersama Nek Limah. Suatu hari ditakdirkan ayah telah meninggal dunia dan Jalil tetap dipersalahkan, tetapi Jalil tetap bersabar dan reda dengan dugaannya. Adik beradik turut bersempati dengan nasib Jalil namun tidak mampu berbuat apa-apa.
Langit tidak selalu cerah, Nek Limah pula meninggal dunia. Jalil tiada pilihan selain terpaksa tinggal semula di rumah ibunya. Sekali lagi, Jalil terpaksa berhadapan dengan sikap marah ibu terhadap dirinya. Jalil tetap sabar dan tidak pernah membalas perbuatan ibunya. Jalil tetap meneruskan tanggungjawabnya menguruskan keluarga. Walaupun mendapat keputusan peperiksaan yang bagus, Jalil sanggup tidak meneruskan pelajaran demi memberi peluang kepada Kak Long dan Jamil meneruskan cita-cita mereka.
Tekanan demi tekanan, jiwa Jalil rapuh akhirnya. Dia mengambil keputusan meninggalkan rumah tanpa pengetahuan Fatimah dan ibunya. Fatimah sebagai adik yang rapat dengan Jalil terpaksa mengambil alih tugas Jalil menguruskan keluarga. Jamil pula dilihat tidak biasa memikul tanggungjawab mengurus keluarga. Ternyata, keadaan tidak sama sewaktu Jalil ada. Kehidupan Sang ibu mula rasa pincang tanpa Jalil dan timbul rasa insaf dan sesal kerana membenci Jalil hingga Jalil pergi tanpa berita.
Setelah beberapa tahun menghilangkan diri, Jalil kembali ke kampung bersama datuknya. Kepulangan Jalil sangat dirai oleh ibu dan adik-beradiknya. Mereka hidup bahagia bersama.
Keadaan keluarga tegang semula apabila Jamil yang dikahwinkan dengan Aisya (Ummi Nazeera) oleh ibu telah menghilangkan diri di hari perkahwinannya. Jamil hilang tanpa pesan. Ibu merasa sangat menyesal mengaturkan jodoh Jamil dengan Aisya. Namun Aisya sebagai isteri yang baik sanggup menunggu walau Jamil sudah bertahun meninggalkannya.
Fatimah yang kasihan Aisya telah memujuk Jalil agar mengahwini Aisya. Demi kebahagiaan ibu, Fatimah dan Aisya, Jalil akhirnya bersetuju mengahwini Aisya. Mereka hidup bahagia sebagai suami isteri. Kebahagiaan mereka diuji apabila Jamil secara tiba-tiba muncul untuk mendapatkan Aisya kembali tanpa dia ketahui yang Aisya sudah menjadi isteri kepada Jalil.
Bagaimana harus Jalil dan Aisya berhadapan dengan Jamil?
Pelakon
sunting- Saharul Ridzwan sebagai Jalil
- Azrel Ismail sebagai Jamil
- Zara Zya sebagai Fatimah
- Ummi Nazeera sebagai Aisha
- Dynas Mokhtar sebagai Norizah
- Ezzaty Abdullah sebagai Aziah (Kak Long)
- Hasnul Rahmat sebagai Fauzi
- Ahmad Tarmimi Siregar sebagai Dato Ismail
- Sheila Mambo sebagai Datin Hasnah
- Nadiyah Shahab sebagai Fika
- Elnisa Ryun sebagai Farah
- Riz Amin sebagai Fuad
- Meor Mohd sebagai Hassan
- Sam Suhaid sebagai Nasir
- Haziq Fadhullah sebagai Rafizal
- Anne Abdullah sebagai ibu Fika
Rujukan
sunting- ^ Drama Korban Kasih (TV1) My Infotaip. (23 April 2020). Dicapai Pada 24 April 2020.
- ^ Drama Korban Kasih Kene Kecam Harian Metro. Dicapai Pada 30 April 2020.