Televisyen Pusat Korea

siaran televisyen Korea Utara
(Dilencongkan dari Korean Central Television)

Televisyen Pusat Korea (KCTV; Hangul조선중앙텔레비죤; MRChosŏn Chungang T'ellebijyon) adalah sebuah stesen televisyen di Korea Utara, yang dimiliki dan dioperasi oleh Jawatankuasa Penyiaran Pusat Korea, penyiar awam di Korea Utara. KCTV merupakan satu-satunya rangkaian televisyen rasmi untuk rakyat Korea Utara.

Sejarah sunting

Diasaskan pada 1 September 1953 selepas berakhirnya Perang Korea dengan nama Rangkaian Penyiaran Pyongyang dan kemudiannya menukar namanya lagi kepada Rangkaian Televisyen Penyiaran Pusat pada tahun 1961.

Dibuka secara rasminya pada 3 Mac 1963 pada pukul 19:00 (7:00) waktu WPK di ibu negara Korea Utara. Setiap minggu ia bersiaran lima kali sehari, tidak termasuk hujung minggu dan cuti umum, dari pukul 19:00 (7:00) hingga 21:00 (9:00). Ini bermakna pada waktu itu, ia cuma bersiaran dua jam sehari. Beberapa tahun kemudian masa siaran mula bertambah.

Ia menukar namanya lagi pada tahun 3 Januari 1973 kepada Televisyen Pusat Korea dan dibuka semula pada 17:00 (5:00) waktu WPK. Pada waktu itu, KCTV masih bersiaran dua jam. Pada waktu yang sama, ujian penyiaran dalam warna bermula. Pada 1 Julai 1974, KCTV mula bersiaran dalam warna, tetapi bukan sepenuhnya. Sewaktu Sukan Asia ke-7 di Tehran sedang berlangsung melalui penyiaran satelit, sukan tersebut yang disiarkan secara langsung disiarkan dalam warna buat pertama kalinya pada [[1 September 1974. Sehari sebelum Tahun Baru 1975, program KCTV yang disiarkan secara langsung telah disiarkan dalam warna sepenuhnya dan pada waktu yang sama, KCTV mula bersiaran pada hujung minggu. Program biasa masih disiarkan dalam format hitam-putih sehinggalah pada 1 September 1977, di mana semua program bersiaran dalam warna sepenuhnya.

Penyiaran satelit KCTV yang pertama telah diterima oleh pihak media telekomunikasi pada 19 Julai 1980, sewaktu Sukan Olimpik Musim Panas ke-22 sedang berlangsung. KCTV bermula bersiaran sewaktu cuti umum pada 1 Mac 1981.

Pada 19 Januari 2015, KCTV bermula bersiaran dalam format definisi tinggi melalui satelit digital, sebagai sebahagian daripada modenisasi rangkaian itu

Waktu siaran sunting

  • 1630-1700 Kad ujian PM5544 dengan muzik latar belakang
  • 1700-1710 Lagu kebangsaan, pengumuman pembukaan siaran, Lagu Jeneral Kim Il-sung dan Lagu Jeneral Kim Jong-il
  • 1710-1720 Aktiviti revolusionari Kim Jong-un
  • 1720-1725 Keratan akhbar
  • 1725-1730 Program kanak-kanak (kartun, anekdot pemerintah dan lain-lain)
  • 1730-1800 Sitkom (tentang revolusionari dan kehidupan seharian)
  • 1800-1820 Sukan
  • 1820-1840 Program tentera (pelbagai jenis program)
  • 1840-1900 Program penguatkuasaan undang-undang
  • 1900-1925 Berita Petang (Podo)
  • 1925-1930 Ramalan cuaca
  • 1930-2000 Muzik video
  • 2000-2100 Drama
  • 2100-2230 Filem
  • 2230-2245 Berita lewat malam
  • 2240-2245 Ramalan cuaca
  • 2245-2300 Muzik video
  • 2300-2310 Senarai program untuk esok, pengumuman penutupan siaran, bendera kebangsaan
  • 2310-1630 Kad ujian PM5544

Lihat juga sunting