Ralat Lua pada baris 156 di Modul:Autotaxobox: attempt to index a nil value.

SARS-CoV-2 atau Koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2 (bahasa Inggeris: Severe acute respiratory syndrome coronavirus 2),[3] dahulunya dikenali sebagai koronavirus baru 2019 (2019-nCoV; bahasa Inggeris: novel coronavirus 2019) serta pernah dinamakan 2019-nCoV buat sementara,[4][5] ialah sejenis virus berjangkit yang menyebabkan jangkitan pernafasan (COVID-19) dan telah menunjukkan bukti penularan manusia kepada manusia, kali pertama dikenal pasti oleh pihak berkuasa di Wuhan, Hubei, China, sebagai penyebab wabak koronavirus 2019–20 yang sedang berlaku.[6] Penjujukan genom telah menunjukkan bahawa virus ini ialah Virus Corona RNA bebenang tunggal dan bermakna positif.[7][8][9]

SARS-CoV-2
Ilustrasi koronavirus yang dijanakan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).
Pengelasan virus e
Spesies:
Strain:
SARS-CoV-2
Sinonim

Disebabkan laporan bahawa kes terawal mempunyai perkaitan epidemiologi dengan pasar makanan laut dan haiwan yang besar, virus ini diingatkan mempunyai punca zoonosis, walaupun ini belum disahkan.[10] Bandingan urutan genetik antara virus ini dan sampel virus wujud yang lain telah menunjukkan persamaan dengan SARS-CoV (79.5%)[3] dan koronavirus kelawar (96%),[3] dengan kemungkinan punca dalam kelawar dibuat spekulasi.[11]

Nama sunting

Semasa wabak ini berlaku, virus ini sering dirujuk sebagai "koronavirus", "koronavirus baru" dan "koronavirus Wuhan",[12][13] manakala WHO mencadangkan penamaan sementara sebagai "2019-nCoV". Di tengah-tengah keprihatinan bahawa ketiadaan nama rasmi boleh membawa kepada penggunaan nama-nama informal yang tidak normal, pada tahun 2015 garis panduan WHO,[13][14] Jawatankuasa Antarabangsa mengenai Taksonomi Virus (ICTV) telah mengumumkan bahawa ia akan memperkenalkan nama rasmi yang sesuai untuk virus itu pada minggu kedua Februari 2020.[12]

Pada 11 Februari 2020, WHO menamakan penyakit ini sebagai COVID-19, pendek untuk "penyakit koronavirus 2019", yang menyatakan "Kami kini mempunyai nama untuk penyakit 2019-nCoV: COVID-19." Kumpulan Kajian Koronavirus dari ICTV mengumumkan bahawa ia telah menamakan virus ini dengan nama "koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2" atau SARS-CoV-2 untuk panggilan pendek.[15][16]

Rujukan sunting

  1. ^ Fox, Dan (2020). "What you need to know about the Wuhan coronavirus". Nature. doi:10.1038/d41586-020-00209-y. ISSN 0028-0836.
  2. ^ Zhang, Y.-Z.; dll. (12 Januari 2020). "Wuhan seafood market pneumonia virus isolate Wuhan-Hu-1, complete genome". GenBank. Bethesda, Maryland, United States: Institut Kesihatan Kebangsaan. Dicapai pada 13 Januari 2020.
  3. ^ a b c http://www.biorxiv.org/content/10.1101/2020.01.22.914952v1.full.pdf
  4. ^ World Health Organization (2020). Surveillance case definitions for human infection with novel coronavirus (nCoV): interim guidance v1, January 2020 (Laporan). World Health Organization. hdl:10665/330376. WHO/2019-nCoV/Surveillance/v2020.1.
  5. ^ "Healthcare Professionals: Frequently Asked Questions and Answers". U.S. Centers for Disease Control and Prevention (CDC). 11 Februari 2020. Dicapai pada 15 Februari 2020.
  6. ^ "2019 Novel Coronavirus (2019 nCoV): Frequently Asked Questions | IDPH". www.dph.illinois.gov. Dicapai pada 27 Januari 2020.
  7. ^ "中国疾病预防控制中心" (dalam bahasa Cina). Republik Rakyat China: Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China. Dicapai pada 9 Januari 2020.
  8. ^ "New-type coronavirus causes pneumonia in Wuhan: expert". Republik Rakyat China. Xinhua. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-01-09. Dicapai pada 9 Januari 2020.
  9. ^ "CoV2020". platform.gisaid.org. Dicapai pada 12 Januari 2020.
  10. ^ http://www.nj.gov/health/cd/documents/topics/NCOV/NCoV_LINCS_wuhan_update_011820_combined.pdf
  11. ^ Callaway, Ewen; Cyranoski, David (23 Januari 2020). "Why snakes probably aren't spreading the new China virus". Nature (dalam bahasa Inggeris). doi:10.1038/d41586-020-00180-8.
  12. ^ a b Taylor-Coleman, Jasmine (5 Februari 2020). "How the new coronavirus will finally get a proper name". BBC. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Februari 2020. Dicapai pada 6 Februari 2020.
  13. ^ a b Stobbe, Mike (2020-02-08). "Wuhan coronavirus? 2019 nCoV? Naming a new disease". Fortune (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Februari 2020.
  14. ^ World Health Organization Best Practices for the Naming of New Human Infectious Diseases. Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Mei 2015.
  15. ^ "WHO Director-General's remarks at the media briefing on 2019-nCoV on 11 Februari 2020". www.who.int (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 Februari 2020.
  16. ^ "Coronavirus disease named Covid-19". BBC. 11 Februari 2020. Dicapai pada 11 Februari 2020.

Bacaan lanjut sunting

Pautan luar sunting