Korvet kelas Gowind

Gowind adalah sebuah kelas kapal korvet yang dibangunkan sejak tahun 2006 oleh DCNS untuk melaksanakan misi-misi di zon pesisir pantai seperti peperangan anti kapal selam. Keluarga kelas Gowind termasuk kapal-kapal dengan panjang antara 85 m sehingga 102 m dan sesaran bermula dari 1,000 tan sehingga 2,500 tan.[7]

Ringkasan kelas
Nama: Kelas Gowind
Pembina: DCNS
Alexandria Shipyard
Pengguna: Bendera tentera laut Mesir Tentera Laut Mesir [1][2][3]
Sub-kelas: Kership
Dibina: 2
Dirancang: 2 (+ 2)
Disiapkan: 2
Aktif: 2
Ciri-ciri umum
Jenis: Korvet (Gowind 2500)[4]
Sesaran: 2,500 tan
Panjang: 102 m (335 ka)
Jana kuasa: CODAD
Halaju: 25 knot (46 km/j; 29 mph)
Jarak: 3,700 nmi (6,900 km; 4,300 bt) pada 15 knot (28 km/j; 17 mph)
Ketahanan: 11 hari
Bot & lancang
yang dibawa:
2 × 9 m (30 ka) RHIB
Anak kapal: 65 + 15 Pasukan khas
Sistem penderia dan
pemprosesan:
Peperangan elektronik
& pengumpan:
  • VIGILE 200 Tactical R-ESM System
  • ALTESSE Naval C-ESM
  • Sistem pelancar pengumpan SYLENA MK2
Persenjataan:
Pesawat yang dibawa:
Kemudahan penerbangan: Pad dan hangar helikopter

Kapal-kapal dalam kelas Gowind mampu untuk melancarkan Kenderaan Udara Tanpa Pemandu (UAV), Kenderaan Permukaan Tanpa Pemandu (USV) dan Kenderaan Bawah Air Tanpa Pemandu (UUV). Sebuah dek buritan yang disediakan boleh menampung operasi bagi sebuah helikopter dalam kelas 10-tan atau UAV.

Sistem pelantar persenjataan terdiri daripada radar pelbagai fungsi dan peluru berpandu permukaan ke udara MICA. Ia juga dilengkapi dengan peluru berpandu anti kapal Exocet. Sistem pendorongan pula berdasarkan sistem CODAD dan termasuk jet air untuk memperbaiki kebolehkendaliannya di perairan cetek dan keupayaan berkelajuan tinggi. Tiada tiang asap disediakan di atas kapal ini. Radar dan penderia lain dipasang pada tiang pusat tunggal oleh itu membolehkan penglihatan 360-darjah. DCNS menawarkan dua kelainan rekabentuk iaitu Gowind 1000 dan Gowind 2500.

Penyusunansemula sunting

Asalnya kelas Gowind terdiri dari kapal peronda luar pantai (OPV) tetapi selepas satu penyusunan semula produk, DCNS memutuskan untuk mengeluarkan OPV daripada kelas Gowind dan membangunkan OPV sebagai sebuah kelas mereka sendiri dengan kapal peronda L'Adroit sebagai rujukan. DCNS mengasaskan program kapal peronda luar pantai kelas Kership dengan usahasama bersama limbungan Piriou di Concarneau, Brittany pada bulan Mei 2013 untuk membina dan memasarkan kapal OPV bersenjata dan berperisai ringan untuk kegunaan misi-misi kastam, perikanan dan keselamatan dalam negeri. DCNS mengatakan ia akan membolehkan ia menumpukan untuk "membangunkan hubungan" bersama pelangan yang mencari kapal perang berperisai dan bersenjata berat sementara Kership akan mengendalikan OPV yang berstandard awam.[8]

Spesifikasi kelas sunting

Gowind 1000 sunting

Gowind 1000 adalah sebuah korvet seberat 1,000-tan yang lengkap bersenjata dan laju. Ia dilengkapi bagi misi-misi perlindungan, pengiring dan sekatan tentera laut di zon pesisir pantai. Gowind 1000 juga melakukan misi-misi pengawasan, perisikan dan perondaan. Ia dipersenjatai dengan:

Gowind 2500 sunting

Korvet pelbagai misi Gowind 2500 direka untuk misi-misi pengawasan, tempur permukaan dan bawah permukaan, perlindungan dan pengiring laut. Ia juga mampu melaksanakan misi-misi pengawasan maritim dan perondaan menentang penyeludupan dan pelanunan.

Gowind 2500 menggunakan kepakaran DCNS dalam rekabentuk kapal halimunan. Kapal ini dilengkapi dengan kemudahan untuk kegunaan helikopter dan dron. Ia dipersenjatai dengan:

Sistem peperangan elektronik dan pengumpan untuk Gowind 2500 Mesir adalah:

  • Vigile 200 Tactical R-ESM System[9]
  • Altesse Naval C-ESM[10]
  • Sistem pelancar pengumpan Sylena MK2[11]

Kapal-kapal sunting

Mesir sunting

Mesir telah menandatangani satu kontrak bernilai €1 bilion dengan firma Perancis DCNS untuk membeli empat buah korvet Gowind 2,500-tan dengan pilihan untuk dua lagi unit tambahan. Tiga buah daripadanya akan dibina oleh limbungan tempatan di Alexandria dengan persetujuan pertukaran teknologi. Jelasnya Presiden Abdel Fattah el-Sisi yang telah memutuskan pembelian kapal-kapal ini berbanding dengan kapal kelas Meko A200 yang telah ditawarkan oleh firma Jerman, ThyssenKrupp Marine Systems (TKMS) atau korvet Sigma yang telah dicadangkan oleh Damen dari Belanda. Kapal korvet yang dipilih oleh Mesir adalah dari jenis "tempur" kerana kapal-kapal ini akan dipasang dengan peluru berpandu permukaan ke udara MBDA VL Mica dan peluru berpandu anti kapal Exocet.[1][8][12] Mesir sedang berbincang untuk memperolehi dua buah lagi kapal korvet ini.[13][14]

Pada bulan April 2015, DCNS memulakan kerja-kerja memotong logam untuk membina korvet Gowind 2500 pertama di Lorient, dengan disaksikan oleh perwakilan tertinggi Tentera Laut Mesir. Pembinaan kapal pertama ini dijangka akan mengambil masa selama 29 bulan, di mana ia merupakan siri pertama daripada empat buah kapal yang akan dihantar kepada Mesir sebelum tahun 2019. Blok pertama korvet ini dibaringkan di dok kering pada bulan September 2015.[15] DCNS merayakan pelancaran korvet Gowind 2500 Mesir pertama El Fateh (971) pada bulan September 2016. Istiadat pelancaran dilakukan di limbungan kapal Lorient dengan disaksikan oleh perwakilan tertinggi Tentera Laut Mesir. El Fateh berjaya melengkapkan ujian laut pertamanya pada akhir bulan Mac 2017.[16] Penghantaran kapal ini dijangka akan diserahkan pada akhir tahun 2017.[17]

Pada April 2016, Alexandria Shipyard mula memotong logam untuk korvet Gowind 2500 pertama yang akan dibina di Mesir, di mana ia telah dihadiri oleh perwakilan tertinggi Tentera Laut Mesir dan pasukan pengurusan dan bantuan teknikal DCNS. DCNS telah menghantar pasukan penyeliaan dan bantuan teknikal ke Alexandria untuk pembinaan tiga buah kapal melalui pertukaran teknologi, dan akan menyerahkan kesemua data teknikal yang diperlukan untuk pembinaan korvet selain komponen-komponen yang diperlukan. DCNS juga menyediakan latihan untuk kakitangan limbungan Mesir di tapak pembinaan DCNS di Lorient.[18]

Nama No badan Dibaringkan Dilancarkan Ditauliahkan Pelabuhan asal
El Fateh 971 30 September 2015[15] 17 September 2016[19] September 2017[20] Iskandariah [21]
Port Said 976 16 April 2016[22] 6 September 2018[23]
Gowind 2500 (3) Julai 2018[24]
Gowind 2500 (4)

Malaysia sunting

Malaysia telah mereka dan membina enam buah kapal frigat halimunan dengan sesaran 3,100 tan, berdasarkan rekabentuk korvet kelas Gowind.[25]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b Cabirol, Michel (15 September 2014). "Armement : nouveaux clins d'oeil de l'Egypte à la France" (dalam bahasa Perancis). La Tribune. Dicapai pada 26 September 2014.
  2. ^ Cabirol, Michel (5 March 2014). "L'Egypte sur le point de s'offrir quatre Gowind de DCNS pour 1 milliard d'euros" (dalam bahasa Perancis). La Tribune. Dicapai pada 26 September 2014.
  3. ^ "Egyptian Navy would be about to order 4 to 6 Gowind Combat Corvettes from DCNS". 5 March 2014. Dicapai pada 26 September 2014.
  4. ^ "Products - Corvettes". DCNS. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-02. Dicapai pada 19 November 2014.
  5. ^ "At Balt military expo 2014 DCNS unveiled the new Gowind 1000 corvette". navyrecognition.com. 11 July 2014. Dicapai pada 19 November 2014.
  6. ^ Blama, Andrea. "CAMCOPTER S-100 Integration into DCNS New Class of Offshore Patrol Vessel" (PDF). Schiebel. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-09-30. Dicapai pada 20 June 2011.
  7. ^ "Gowind Corvettes, France". naval-technology.com. Dicapai pada 19 November 2014.
  8. ^ a b Mackenzie, Christina (6 June 2014). "Egypt buys four Gowind corvettes". Aviation Week. Dicapai pada 19 November 2014.
  9. ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2015-09-19. Dicapai pada 2017-08-27.
  10. ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-04-17. Dicapai pada 2017-08-27.
  11. ^ [1]
  12. ^ "Egyptian Navy would be about to order 4 to 6 Gowind Combat Corvettes from DCNS". navyrecognition.com. 5 March 2014. Dicapai pada 26 September 2014.
  13. ^ "Egyptians are in Paris to negotiate the purchase of two Mistral". latribune.fr (dalam bahasa French). 22 September 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  14. ^ "Diplomat: France Is In Talks With Egypt For New Corvette Sale". defensenews.com. 25 July 2015.
  15. ^ a b "The future Egyptian #Gowind corvette is taking shape at DCNS Lorient". twitter.com/dcnsgroup. 30 September 2015.
  16. ^ "The first Gowind®2500 by DCNS succeeds in the beginning of its sea trials". dcnsgroup.com. 22 March 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-05-31. Dicapai pada 2017-08-27.
  17. ^ "DCNS Launched the First GOWIND 2500 Corvette for the Egyptian Navy". defensenews.com. 18 September 2016.
  18. ^ "BEGINNING OF CONSTRUCTION OF THE FIRST GOWIND® 2500 CORVETTE BUILT IN EGYPT". dcnsgroup.com. 17 April 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-05-28. Dicapai pada 2017-08-27.
  19. ^ "Lorient. DCNS livre une corvette au gouvernement égyptien" (dalam bahasa French).CS1 maint: unrecognized language (link)
  20. ^ "Corvette Gowind : DCNS passe du concept à la réalité" (dalam bahasa French).CS1 maint: unrecognized language (link)
  21. ^ ""El Fateh" frigate, submarine "42" arrive at Alexandria naval base" (dalam bahasa English).CS1 maint: unrecognized language (link)
  22. ^ "BEGINNING OF CONSTRUCTION OF THE FIRST GOWIND® 2500 CORVETTE BUILT IN EGYPT". dcnsgroup.com. 17 April 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-05-28. Dicapai pada 2017-08-27.
  23. ^ "Launching of the first Gowind 2500 corvette built in Egypt". navyrecognition.com. 7 September 2018.
  24. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan defenceweb.co.za tidak disediakan
  25. ^ "Royal Malaysian Navy Releases First Official Image of its LCS-SGPV Corvette". navyrecognition.com. 27 August 2014. Dicapai pada 26 September 2014.

Pautan luar sunting