Kota Gorontalo

kota di provinsi Gorontalo, Indonesia

Gorontalo adalah sebuah bandar dan ibu negeri Provinsi Gorontalo, Indonesia. Ia mempunyai kawasan seluas 64.79 km² dan penduduk seramai 179,991 orang pada bancian 2010.[1]

Kota Gorontalo
Bendera bagi Kota Gorontalo
Jata bagi Kota Gorontalo
Jata
Lokasi bandar di Sulawesi
Lokasi bandar di Sulawesi
NegaraIndonesia
ProvinsiGorontalo (provinsi)
KabupatenKabupaten Gorontalo
Ditubuhkan18 Mac 1728
Luas
 • Jumlah64.79 km2 (25.02 batu persegi)
Penduduk
 (banci 2010)
 • Jumlah179.991
Zon waktuUTC+8 (WITA)
Kod kawasan+62 435
Laman webhttp://www.gorontalokota.go.id/

Bandar ini bersempadan dengan Kabupaten Bone Bolango (di sebelah utara dan timur), Teluk Tomini (di sebelah selatan), dan Kabupaten Gorontalo (di sebelah barat). Ketinggian bandar tidak lebih dari 500 meter di atas paras laut dan suhu purata ialah 26.5°C.

Kota Gorontalo terdiri daripada 9 buah kecamatan. Berikut ini adalah senarai kecamatan di Gorontalo:

  1. Kota Utara
  2. Kota Selatan
  3. Kota Barat
  4. Kota Timur
  5. Dungingi
  6. Kota Tengah
  7. Dumbo Raya
  8. Sipatana
  9. Hulonthalangi

RujukanSunting

  1. ^ Biro Pusat Statistik, Jakarta, 2011.

Pautan luarSunting

Koordinat: 0°32′N 123°04′E / 0.533°N 123.067°E / 0.533; 123.067