Kota Raja (kawasan persekutuan)

Parlimen Kota Raja (P111) ialah kawasan pilihan raya bagi parlimen di Dewan Rakyat. Parlimen ini merupakan sebuah parlimen yang baharu yang ditubuhkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 2004 semasa Pilihan Raya Umum Malaysia ke-11.

Kota Raja
Kawasan pilihan raya  Selangor
Kawasan parlimen
Badan perundanganDewan Rakyat
ADR
 
 
 
Mohamad Sabu
PH
Kawasan pilihan raya diwujudkan2004
Kali pertama dipertandingkan2004
Kali terakhir dipertandingkan2022
Demografi
Pemilih (2022)244,712

Penyandang parlimen ini ialah Yang Berhormat Datuk Seri Haji Mohamad Sabu dari PH-AMANAH. Beliau menyandang kerusi ini sejak PRU-14 yang lalu. Penyandang parlimen ini sebelum beliau iaitu YB Dr Siti Mariah Mahmud (PH-AMANAH) melepaskan kerusi itu dan bertanding di DUN Seri Serdang (kawasan negeri).

Statistik Banci 2020 sunting

Sumber:[1]

Statistik Banci 2020 P111 Kota Raja
Jumlah Penduduk 523,094
Kepadatan Penduduk 3,710 / km2
Nisbah Jantina (L : P) 114 : 100
Kumpulan Etnik
Bumiputera 50.5
Cina 26.4
India 22.5
Lain-Lain 0.6

Demografi sunting

Pecahan etnik pengundi parlimen Kota Raja setakat 2018[2]

  Melayu (43.15%)
  India (27.68%)
  Cina (27.66%)
  Etnik lain (1.51%)

Sejarah Kawasan sunting

Sejarah Wakil Rakyat sunting

Keputusan Pilihan Raya sunting

Dewan Negeri Selangor sunting

Terdapat tiga DUN di dalam parlimen ini:

DUN Kota Kemuning dan DUN Sungai Kandis sebelum ini namanya adalah DUN Sri Muda dan DUN Seri Andalas. Namanya ditukar pada 2018 (Pilihan Raya Umum Ke-14). Manakala DUN Sentosa asalnya berada di Parlimen Klang berahlih ke Parlimen Kota Raja dan bertukar nama ke DUN Sentosa.

DUN Sentosa merupakan salah satu DUN yang kedua paling ramai majoritinya kaum India iaitu sebanyak 43.28%. DUN Buntong di Perak adalah majorti kaum india yang terbanyak sebanyak 48.45%.

Pentadbiran dan Kemudahan sunting

Parlimen Kota Raja berada di bawah daerah Klang,Selangor.

Mukim sunting

Mukim bagi parlimen ini ialah mukim Klang

Pihak Berkuasa Tempatan sunting

Kerajaan tempatan bagi parlimen ini ialah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) , Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan Majlis Perbandaran Klang (MPKlang).

Kawasan MBSA adalah di sebahagian kawasan dalam Dun Sungai Kandis dan DUN Kota Kemuning.

Kawasan MBSJ adalah di sebahagian DUN Kota Kemuning

Kawasan MPKlang adalah di DUN Sentosa dan di sebahagian DUN Sungai Kandis.

Kemudahan Awam sunting

  1. ^ https://www.mycensus.gov.my/index.php/census-product/publication/census-2020/myparlimen
  2. ^ "14th General Election Malaysia (GE14 / PRU14) - Results Overview". election.thestar.com.my. Dicapai pada 2020-06-20.