Kotetsu Isane (虎徹 勇音) ialah watak dalam manga dan siri anime Bleach. Dia merupakan pemimpin Bahagian ke-4 dalam Gotei 13 yang sebelumnya berada di bawah pimpinan Unohana Retsu.

Watak Bleach
Kotetsu Isane, seprti yang dilihat dalam siri anime.
Kotetsu Isane
Peranan Kapten shinigami daripada divisyen 4
Tarikh lahir 2 Ogos
Ketinggian 187 cm (6' 1⅝")
Berat 70 kg (154.3 lbs)
Zanpakutō Itegumo
Seiyū Yukana Nogami

Templat:Spoiler

Watak dan Perwatakan sunting

Isane ialah kakak kepada Kotetsu Kiyone, yang juga merupakan timbalannya. Tidak seperti Kiyone, Isane adalah seorang yang pendiam dan teliti walaupun dia amat taat seperti adik perempuannya. Dia melihat Unohana sebagai mentor dan ibunya.

Rambut pendeknya berwarna perak-keunguan dan dihiasi dengan beberapa rantaian manik. Dia mengenakan pakaian seragam rasmi shinigami. Isane nampaknya mahir menggunakan kidō memandangkan dia boleh mengesan dan memaklumkan semua shinigami bertaraf pegawai dan ryoka (Kurosaki Ichigo dan rakan-rakan) dengan menggunakan tenteikūra berkenaan kedudukan Aizen Sōsuke selepas dia dan Unohana menyedari pembelotan Aizen.

Unohana mengatakan bahawa Isane selalu mengalami mimpi ngeri yang berulangan. Tetapi, mimpi Isane agak pelik dan melucukan. Misalnya, dia pernah bermimpi tentang lempeng ikan.

Selepas kematian Unohana, Isane dilantik sebagai Kapten Bahagian ke-4.

Itegumo sunting

Zanpakutō Isane ialah "Awan Beku" (凍雲, Itegumo). Arahan pembebasan tahap pertama ialah "pecut" (奔れ, hashire).

Apabila berada dalam tahap pertama, Itegumo berpisah untuk membentuk tiga bilah pedang seperti gunting (tetapi dengan hulu zanpakutō ). Dia tidak pernah menggunakan Itegumo dalam pertempuran memandangkan sebaik sahaja dia membangunkan Itegumo, Ichigo menewaskannya dengan segera. Berdasarkan nama dan corak pada pedangnya, Itegumo mungkin merupakan zanpakutō berelemen ais.