Dalam fizik, simetri Lorentz, dinamai sempena Hendrik Lorentz, ialah "sifat alam semula jadi yang mengatakan keputusan uji kaji bergantung pada orientasi atau halaju galak bagi makmal melalui ruang."[1] Kovarians Lorentz, suatu konsep berhubung, ialah suatu sifat kunci bagi ruang-masa ikutan daripada teori kerelatifan khas. Kovarians Lorentz mempunyai dua makna tersendiri tetapi hampir-hampir berkaitan:

  1. Kuantiti fizik dikatakan sebagai kovarian Lorentz sekiranya bertransformasi di bawah perwakilan yang diberi bagi kumpulan Lorentz. Menurut teori perwakilan bagi kumpulan Lorentz, kuantiti-kuantiti ini terbina daripada skalar, empat vektor, empat tensor, dan spinor. Secara tertentu, skalar (contohnya, selingan ruang-masa) kekal sama di bawah transformasi Lorentz dan dikatakan sebagai "invarian Lorentz" (iaitu, bertransformasi di bawah perwakilan remeh).
  2. Persamaan dikatakan sebagai kovarian Lorentz sekiranya boleh ditulis dalam sebutan kuantiti kovarian Lorentz (keliru, kadang-kadang menggunakan istilah "invarian" di sini). Sifat kunci bagi persamaan sedemikian ialah sekiranya kuantiti berkenaan kekal dalam satu kerangka inersia, maka kuantiti berkenaan kekal dalam mana-mana kerangka inersia; ini ikutan daripada hasil bahawa sekiranya semua komponen sesuatu tensor lenyap dalam satu kerangka, komponen berkenaan lenyap dalam setiap kerangka. Keadaan ini merupakan keperluan menurut prinsip kerelatifan, iaitu semua hukum bukan gravitasi mesti membuat ramalan sama untuk uji kaji serupa yang berlaku pada peristiwa ruang-masa sama dalam dua kerangka inersia rujukan berlainan.

Kegunaan ini bagi istilah kovarian tidak patut dikelirukan dengan konsep berkaitan, vektor kovarian. Pada manifold, perkataan kovarian dan kontravariant' merujuk cara objek bertransformasi di bawah transformasi koordinat am. Dengan kekeliruan, kedua-dua empat vektor kovarian dan kontravarian boleh menjadi kuantiti Lorentz.

Kovarians Lorentz tempatan, yang ikut daripada kerelatifan am, merujuk kovarians Lorentz dengan hanya menggunakan secara tempatan di dalam suatu rantau infinitesimal bagi ruang-masa pada setiap titik. Terdapat satu pengitlakan bagi konsep ini untuk meliputi kovarians Poincaré dan invarians Poincaré.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Framing Lorentz symmetry". CERN Courier. 24 November 2004. Dicapai pada 26 Mei 2013.

Pautan luar sunting