Krash Kozz merupakan kumpulan hip hop Malaysia.[1] Ahli klasik kumpulan ini terdiri daripada Fawzi, Albert, Najee,[2] Jakeman, Suresh, Noramin, Joe Siva[3][4] dan DJ Gabriel. Sepanjang tempoh singkat penglibatan dalam industri muzik antara 1989 dan 1994, Krash Kozz telah dianggap sebagai perintis muzik hip hop tempatan dan turut dikenali kerana memperkenalkan New Jack Swing kepada industri muzik tanahair.[5][6] Kumpulan ini dibubarkan pada 1994, nama kumpulan ini merupakan olahan daripada frasa bahasa Inggeris, 'crash course'.

Krash Kozz
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
GenreHip hop, New Jack Swing
Tahun aktif1989–1994
Syarikat rakaman
Valentine Sound Production
Bekas ahli

Sejarah sunting

Krash Kozz ditubuhkan pada 1989 dan dianggotai oleh Fawzi Kamaruddin,[7] Albert Chong dan Najee Abdullah.[8] Ahli lain juga termasuk Jakeman, Joe Siva, Gabriel, Suresh Dharan dan Noramin. Pada 20 April 1992, kumpulan ini melancarkan EP yang mengandungi 4 lagu, dua dalam bahasa Inggeris dan dua lagi dalam bahasa Melayu.[9][10]

Mereka kemudian melancarkan album ketiga (dan terakhir) bertajuk New Jack The Street Beat pada April 1993 yang memperkenalkan irama New Jack Swing kepada pendengar Malaysia buat pertama kali.[11][12][13] "Give It All You’ve Got", "Berhati-Hati Di Jalanraya" dan "Pada Kasih Cinta Berbunga" dikeluarkan sebagai single. Kumpulan ini juga dikenali kerana merakamkan semula lagu 4U2C iaitu "Fiona" dalam versi bahasa Inggeris sebagai tanda penghargaan kepada kumpulan itu.[14] Selain itu, kumpulan ini turut menyumbangkan lagu ciptaan mereka, "Kepastian dan Pengertian" yang dipersembahkan oleh Res 2.

Krash Kozz mula meraih kejayaan selepas pelancaran New Jack The Street Beat, mereka telah diundang mengadakan persembahan First Asian Dance Music Convention di Manila, Filipina bersama Lisa Stansfield, Black Machine dan Apache Indian pada Jun 1993.[15][16] Mereka kemudian mewakili Malaysia dengan mengadakan persembahan di World DJ Mixing Finals yang diadakan di Ministry of Sound di London pada 18 dan 19 Januari 1994.[17] Ini merupakan persembahan terakhir mereka apabila Krash Kozz dibubarkan sebaik sahaja mereka pulang ke Malaysia.[6] Sejak dibubarkan, kesemua ahli Krash Kozz terikat dengan komitmen masing-masing.[6] Siva meninggal dunia pada 26 April 2016 pada usia 61 tahun,[3] diikuti oleh Najee pada 13 April 2017 pada usia 50 tahun.[2]

Diskografi sunting

Pita adunan sunting

Tajuk Butiran pita adunan
Pump It Up
  • Dikeluarkan: 1990
  • Label: Valentine Sound Production
  • Format: Pita adunan
Rap It!
  • Dikeluarkan: 1991
  • Label: Valentine Sound Production
  • Format: Pita adunan

EP sunting

Tajuk Butiran EP
Krash Kozz
  • Dikeluarkan: 20 April 1992
  • Label: Valentine Sound Production
  • Format: CD, kaset

Album studio sunting

Tajuk Butiran album
New Jack The Street Beat
  • Dikeluarkan: April 1993
  • Label: Valentine Sound Production
  • Format: CD, kaset

Single sunting

Tajuk Tahun
"New Jack The Street Beat (Give It All You've Got)" 1993
"Berhati-hati di Jalanraya"
"Fiona" (versi bahasa Inggeris dari lagu asal 4U2C)
"Pada Kasih Cinta Berbunga"

Rujukan sunting

  1. ^ Syanty Octavia Amry (24 Januari 2015). "Hip hop diiktiraf". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-12. Dicapai pada 18 Disember 2015. Antara artis hip hop dan rap tempatan .......... Krash Kozz.
  2. ^ a b Jason Cheah (14 April 2017). "Legendary Malaysian deejay Najee Abdullah dies" [Deejay legenda Malaysia, Najee Abdullah meninggal dunia] (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 25 Disember 2017.
  3. ^ a b Daryl Goh (27 April 2016). "Malaysian music producer and dejay Joe Siva dies" [Penerbit muzik dan deejay Malaysia, Joe Siva meninggal dunia] (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 25 Disember 2016.
  4. ^ Geeta Krishnan (18 Disember 1993). "Krash Kozz making waves" [Krash Kozz mencipta gelombang] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 19 Oktober 2020.
  5. ^ "This incomplete history of Malaysian hip hop" [Sejarah tidak lengkap muzik hip hop Malaysia] (dalam bahasa Inggeris). The Documentist Ride. 9 April 2010. Dicapai pada 20 Disember 2014. A group of four people - Najee, Jakeman, DJ Gabriel and a vocalist called Suresh - released a mixtape under the moniker Krash Kozz.
  6. ^ a b c Jason Cheah (29 Mac 2013). "Swinging into some classic grooves" [Bergelek dengan rentak klasik] (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 20 Disember 2013. Krash Kozz, meanwhile, went on to achieve bigger things after the release of their third album. Sadly, their last performance was at Ministry of Sound in London in January 1994, as the group disbanded soon after.
  7. ^ Harris Iskandar Taib; Lim Jin Aun; Geraldine Jeremiah (7 Mei 1993). "The other side of Fauzi" [Sisi lain Fauzi] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 19 Februari 2020.
  8. ^ "Rap group celebrate win" [Kumpulan rap raikan kemenangan] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 30 Januari 1993. Dicapai pada 19 Februari 2020.
  9. ^ V. Sivaji; Jad Mahidin; Harris Iskandar Taib; Chew Voon Wai (10 April 1992). "Deejays' album in the market soon" [Album deejay bakal menjengah pasaran] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 7 Oktober 2020.
  10. ^ Zieman (25 Jun 1992). "Krash Kozz blends well the ethnic and western elements" [Krash Kozz mengadunkan unsur etnik dan barat] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 7 Oktober 2020.
  11. ^ Nazrullah Rosli (31 Mac 1993). "Krash Kozz perkenalkan muzik baharu". Utusan Malaysia. Dicapai pada 30 Disember 2013.
  12. ^ Zieman (14 Mei 1993). "Rapping up the metal swing" [Menggegarkan alunan] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 29 Disember 2020. With its new album, Krash Kozz hopes to spread the New Jack Swing with its elements of jazz, gospel, rhythm 'n' blues, classical rap and pop. There is a street feel to this conceptual album, the first of its kind here.
  13. ^ Azwani Abdul Ghani (4 Mei 1993). "Krash Kozz tidak patah semangat!". Harian Metro. Dicapai pada 5 Disember 2020.
  14. ^ Shaha Al-Fayed (18 Mac 2018). "Sejarah lagu 'diss track' dalam industri muzik negara". The Vocket. Dicapai pada 20 Disember 2018. Kumpulan Krash Kozz yang dianggotai oleh Fauzi, Albert & DJ Najee telah mengeluarkan sebuah album bertajuk New Jack The Streetbeat yang memperkenalkan irama New Jack Swing kepada pendengar Malaysia untuk pertama kalinya.
  15. ^ Khairunnisa Hussin; Geraldine Jeremiah; Karen Johnson; Geraldine Albela (28 Januari 1994). "Krash Kozz bursting onto the world scene" [Krash Kozz menerjah dunia] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 11 Oktober 2020.
  16. ^ "Krash Kozz beraksi di Manila". Berita Harian. 6 Mei 1993. Dicapai pada 16 November 2020.
  17. ^ "Krash Kozz wakili Asia di London". Berita Harian. 22 Disember 1993. Dicapai pada 19 Oktober 2020.

Pautan luar sunting