Krater (Templat:Lang-grc-gre, kratēr "mixing vessel") ialah bekas yang digunakan dalam kalangan masyarakat Yunani Purba untuk menyimpan wain secara besar-besaran dalam rumah.

Sebuah pasu Apulia berhias s. 330–320 SM.

Bekas-bekas ini sangat besar dan digilap dalamannya untuk menampung dan menakung cecair dengan lebih kuat. Ia turut dihiasi dengan lukisan menggambarkan kehidupan seharian tamadun Yunani ini.[1]

Gambaran umumSunting

Wain yang disimpan dalam rumah sering kali kuat pekat maka perlu dicairkan dengan air biasa agar mudah diminum. Meminum arak yang tidak dicairkan sangat ditegah malah boleh dipandang buruk sebagai perlakuan seorang yang mabuk atau kaki arak.

Arak yang bakal dihidangkan dalam suatu majlis minum atau symposion (συμπόσιον) akan diceduk menggunakan bekas lebih kecil iaitu kyathos, amphora[2] atau kylix sebelum dicairkan dan dituangkan ke dalam bekas para tetamu;[2] perkara ini turut dijelaskan secara terperincinya dalam suatu babak dalam sajak utama Odysseia karya Homeros.[3] Sejauh mana arak ini dapat dicairkan sebelum ia dapat diminum ditentukan sesuka hati orang yang diundi untuk upacara khas ini oleh para hadiri majlis yang bergelar symposiarkhos (Bahasa Yunani: συμποσίαρχος "tuan minum bersama", Bahasa Inggeris: symposiarch); orang dilantik ini juga ditugaskan memastikan para hadirin jamuan berkeadaan baik dan tidak mabuk.

Para penulis zaman ini menyatakan bahawa segelas wain yang dicairkan 3 suku dengan air biasa sesuai untuk jamuan biasa sambil berbual panjang, manakala 1 bahagian wain 2 bahagian air lebih sesuai untuk keramaian seperti pesta.

RujukanSunting

  1. ^ Neer, Richard (2012). Greek Art and Archaeology: A New History, c. 2500 – c. 150 BCE. New York: Thames & Hudson. m/s. 76.
  2. ^ a b "A Visual Glossary of Greek Pottery". Ancient History Encyclopedia. Dicapai pada 2017-09-28.
  3. ^ IX.10