Krian Darat (kawasan persekutuan)

Krian Darat ialah sebuah kawasan pilihan raya parlimen yang terletak di Perak Darul Ridzuan dalam negara Malaysia.[1] Ia telah diwakili oleh Dewan Rakyat pada tahun 1959 sehinggalah tahun 1974. Kawasan persekutuan ini mengandungi dua buah kawasan pilihan raya negeri iaitu Bagan Serai dan Gunong Semanggol.[1]

Krian Darat
Kawasan pilihan raya  Perak Darul Ridzuan
Kawasan parlimen yang tidak berfungsi
Badan perundanganDewan Rakyat
Kawasan pilihan raya diwujudkan1958
Kawasan pilihan raya telah dimansuhkan1974
Kali pertama dipertandingkan1959
Kali terakhir dipertandingkan1969

Kawasan persekutuan ini pertama kali dipertandingkan pada tahun 1959 dan dimandatkan dengan mengembalikan seorang ahli parlimen kepada Dewan Rakyat Malaysia di bawah sistem pengundian pemenang undi terbanyak yang lalu. Sejak 1969, ahli parlimen untuk kawasan Krian Darat ialah Ramli Omar dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, yang juga merupakan sebahagian parti gabungan Parti Perikatan.[1]

Sejarah sunting

Kawasan Krian Darat terletak di barat laut negeri Perak yang juga bersempadan dengan negeri Pulau Pinang dan Selat Melaka di barat.[1] Ia diciptakan dari Krian. Walaubagaimanapun, kawasan Krian Dadar telah dihapuskan pada tahun 1974 dan kini ia telah digantikan dengan Bagan Serai. Kawasan parlimen ini juga telah wujud sejak negara Malaysia belum mencapai kemerdekaan iaitu pertama kali dipertandingkan pada 19 Ogos 1959.[2] Pada pilihan raya pertama Tanah Melayu 1959, sebanyak dua calon telah bertanding di kerusi parlimen Krian Darat. Mereka ialah Ahmad Yusof dari Parti Perikatan, dan Abdul Wahab Mohd Noor dari Persatuan Islam Se-Malaya/Tanah Melayu (kini Parti Islam Se-Malaysia). Ahmad Yusof telah menang dan telah menewaskan satu calon dengan mendapatkan undian sebanyak 7,954.[3]

Kawasan parlimen Krian Darat merangkumi empat mukim dalam Daerah Kerian, Sungai Kurau, pekan Bagan Serai, dan pekan Kuala Kurau menghadap ke selatan, Sungei Gedong dan kawasan perkampungan Bukit Merah.[4]

Sejarah perwakilan sunting

Ahli Parlimen untuk Krian Darat
Parlimen Tahun Ahli Parti Undian yang didapatkan Majoriti
Kawasan parlimen diciptakan dari Krian
Parlimen Persekutuan Tanah Melayu
ke-1 1959-1963 Ahmad Yusof Perikatan (UMNO) 7,954 2,256
Parlimen Malaysia
ke-1 1963-1964 Ahmad Yusof Perikatan (UMNO) 7,954 2,256
ke-2 1964-1969 Ramli Omar 11,574 5,563
Parlimen digantung (1969-1971).[5][6]
ke-3 1971-1973 Ramli Omar Perikatan (UMNO) 12,479 4,258
1973-1974 Barisan Nasional (UMNO)
Kawasan parlimen dimansuhkan, digantikan dengan Bagan Serai

Keputusan pilihan raya sunting

Pilihan raya umum Malaysia 1969
Parti Calon Undian % ∆%
Perikatan Ramli Omar 12,479 60.29
PMIP Mat Saman Mohamed 8,221 39.71
Jumlah undian sah 20,700 100.00
Jumlah kertas undi ditolak 1,211
Kertas undi tidak dikembalikan
Keluar mengundi 21,911 74.26
Pemilih berdaftar 29,507
Majoriti 4,258
Perikatan kekal Peralihan
Pilihan raya umum Malaysia 1964
Parti Calon Undian % ∆%
Perikatan Ramli Omar 11,574 63.93
PMIP Baharuddin Abdul Latif 6,011 33.20
UDP Aris Yusof 518 2.86
Jumlah undian sah 18,103 100.00
Jumlah kertas undi ditolak 1,246
Kertas undi tidak dikembalikan
Keluar mengundi 19,349 78.22
Pemilih berdaftar 24,737
Majoriti 5,563
Perikatan kekal Peralihan
Sumber
Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959
Parti Calon Undian % ∆%
Perikatan Ahmad Yusof 7,954 58.26
PMIP Abdul Wahab Mohd Noor 5,698 41.74
Jumlah undian sah 13,652 100.00
Jumlah kertas undi ditolak 209
Kertas undi tidak dikembalikan
Keluar mengundi 13,861 65.23
Pemilih berdaftar 21,248
Majoriti 2,256
Kawasan pilihan raya ini baru diciptakan.

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e "Penyata Pilehanraya Umum Dewan Ra'ayat dan Dewan Undangan Negeri bagi Neger12 Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak Tahun 1969" [Penyata Pilihan Raya Umum Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri bagi 12 Negeri Tanah Melayu (Malaysia), Sabah dan Sarawak Tahun 1969]. Surohanjaya Pilehanraya. Dicapai pada 19 November 2009.
  2. ^ Dieter Nohlen, Florian Grotz & Christof Hartmann (2001) Elections in Asia: A data handbook, Volume II, m/s 152. ISBN 0-19-924959-8
  3. ^ a b "Senarai chalun2 pilehan raya Dewan Parlemen Tanah Melayu" [Senarai calon-calon pilihan raya Dewan Parlimen Tanah Melayu]. Berita Harian. 16 Julai 1959. m/s. 3. Dicapai pada 15 Oktober 2010.
  4. ^ "The constituencies for general elections" [Kawasan pilihan raya untuk pilihan raya umum]. The Straits Times. 2 September 1958. m/s. 4. Dicapai pada 12 Januari 2021 – melalui eresources.nlb.gov.sg.
  5. ^ Ahmad Fauzi Mustafa (12 Mac 2012). "Hanya Yang di-Pertuan Agong ada kuasa panggil Parlimen bersidang". Utusan Online. Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-04. Dicapai pada 13 September 2020.
  6. ^ Penyata Rasmi Dewan Ra'ayat Parlimen Ketiga Penggal Parlimen Pertama (PDF) (Laporan). Parlimen Malaysia. Dicapai pada 2016-05-20.
  7. ^ "The line-up for Parliament: Perak" [Barisan Parlimen: Perak]. The Straits Times. 25 April 1965. m/s. 12. Dicapai pada 13 Oktober 2020.
  8. ^ "Malaysia General Election 1964 | Parliament - House of Representatives" [Pilihan Raya Umum Malaysia 1964 | Parlimen - Dewan Rakyat] (dalam bahasa Inggeris). Singapore Elections. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-25. Dicapai pada 12 Ogos 2021.
  9. ^ "Putusan2 penoh semua negeri" [Keputusan-keputusan penuh semua negeri]. Berita Harian. 21 Ogos 1959. m/s. 6. Dicapai pada 12 Januari 2021 – melalui eresources.nlb.gov.sg.
  10. ^ "All the Federal Election Results" [Semua Keputusan Pilihan Raya Persekutuan] (dalam bahasa Inggeris). Singapore Free Press. 20 Ogos 1959. m/s. 9. Dicapai pada 12 Januari 2021 – melalui eresources.nlb.gov.sg.

Pautan luar sunting