Mengenai audio iniKriminalpolizei  (bahasa Inggeris: Criminal Police) adalah istilah standard bagi agensi siasatan jenayah didalam pasukan polis Jerman, Austria dan daerah-daerah Switzerland yang bertutur dalam bahasa Jerman. Dalam Jerman Nazi semasa tahun 1936, Kripo menjadi Jabatan Polis Jenayah bagi keseluruhan Reich. Pada September 1939, Kripo menjadi Amt V (Jabatan V), iaitu Polis Jenayah dalam RSHA; yang juga dikenali sebagai Reichskriminalpolizeiamt (Jabatan Polis Jenayah Reich atau RKPA). Hari ini, di Republik Persekutuan Jerman, polis negeri atau Landespolizei menjalankan kebanyakkan siasatan. Jabatan Siasatan Jenayahnya dikenali sebagai Kriminalpolizei atau, terkenal dengan singkatan Kripo.

Bekas lencana penyiasat Kriminalpolizei.

Bahagian yang setaraf ialah Polis Norway dikenali sebagai Kripos, berasal dari akronim Norway yang sama.

Penubuhan sunting

Pada tahun 1799, enam pegawai polis diberikan kepada Prusia Kammergericht (mahkamah agung keadilan) di Berlin untuk menyiasat jenayah yang lebih terkenal. Mereka diberi kebenaran untuk bekerja dengan pakaian biasa, jika perlu. Bilangan mereka meningkat pada tahun-tahun seterusnya.

Pada tahun 1811, undang-undang perkhidmatan mereka telah ditulis dalam Berliner Polizeireglement (Peraturan Polis Berlin) dan pada tahun 1820 pangkat Kriminalkommissar diperkenalkan bagi para penyiasat jenayah. Pada tahun 1872 Kriminalpolizei baru telah dijadikan cawangan polis yang berasingan bagi membezakan ia daripada polis berpakaian seragam yang dikenali sebagai Schutzpolizei.

Berdasarkan pengalaman dengan jenis pasukan polis baru ini, negeri Jerman yang lain-seperti Bremen pada tahun 1852-memperbaharui pasukan polis mereka dan pada akhir abad ke-19 Kriminalpolizei telah ditubuhkan di seluruh negara.

Pada awal abad ke-20 dan pasca Perang Dunia I, Kripo terus memainkan peranan sebagai agensi penyiasatan negara Jerman untuk semua aktiviti jenayah. Walau bagaimanapun, apabila Adolf Hitler bangkit berkuasa pada tahun 1933, Kriminalpolizei menjadi subordinat kepada SS.[1]

Jerman Nazi sunting

KriPo
Kriminalpolizei
 
Kripo semasa pemerintahan Reich Ketiga berada dibawah kawalan SS.
Intisari agensi
DibentukTahun 1872
Agensi terdahulu
  • Kriminalpolizei
Agensi yang mengambil alih
JenisPolis Jenayah
Bidang kuasa
  Jerman Nazi
Taklukan Eropah
Ibu pejabatRSHA, Prinz-Albrecht-Straße, Berlin
52°30′26″N 13°22′57″E / 52.50722°N 13.38250°E / 52.50722; 13.38250
Kakitangan12,792 anggota pada Februari 1944[2]
Menteri bertanggungjawab
Eksekutif Polis Jenayah
Agensi induk
  Sicherheitspolizei
RSHA
Allgemeine SS

Selepas Adolf Hitler mengambil alih kuasa pada Januari 1933, pihak Nazi memulakan program "penyelarasan" semua aspek kehidupan Jerman, untuk mengukuhkan cengkaman kuasa Parti Nazi.[3] Pada Julai 1936, jabatan siasatan jenayah pusat Prusia (Landeskriminalpolizeiamt) menjadi jabatan siasatan jenayah pusat bagi Jerman, iaitu Reichskriminalpolizeiamt. Ia telah digabungkan, bersama dengan polis rahsia negara, Geheime Staatspolizei atau Gestapo kedalam Sicherheitspolizei (SiPo) yang mempunyai pejabat pemerintahan pusat yang dikenali sebagai Hauptamt Sicherheitspolizei.[4] Pada ketika itu, Reinhard Heydrich adalah orang yang berkuasa penuh keatas SiPo, pejabat pemerintahan pusatnya, Hauptamt Sicherheitspolizei dan Sicherheitsdienst (SD).[4][5] Nebe telah dilantik ketua Reichskriminalpolizeiamt, dan melapor kepada Heydrich.[1]

Pada September 1939, Reichssicherheitshauptamt (Pejabat Keselamatan Utama Reich; RSHA) telah ditubuhkan sebagai pusat kawalan bagi pelbagai jabatan siasatan negeri dan agensi keselamatan.[1] Hauptamt Sicherheitspolizei secara rasminya dibubarkan dan jabatan-jabatannya diserapkan kedalam RSHA. Reichskriminalpolizeiamt menjadi Amt V (Jabatan 5), Kriminalpolizei (Polis Jenayah) dalam RSHA.[6] Ia telah diperintah oleh Arthur Nebe sehingga 1944, apabila beliau telah diburukkan dan dihukum mati kerana terlibat dalam plot 20 Julai untuk membunuh Hitler. Pada tahun terakhir kewujudannya, Amt V telah diarah oleh Friedrich Panzinger yang melapor terus kepada Ernst Kaltenbrunner, ketua RSHA selepas pembunuhan Heydrich pada tahun 1942.[6]

Kriminalpolizei kebanyakkannya detektif berpakaian biasa, bekerja bersama dengan Ordnungspolizei, cawangan polis beruniform dan agensi lain seperti Geheime Feldpolizei. Arahan-arahan polisi datang dari SS-Hauptamt. Kripo telah disusun mengikut sistem hierarki, dengan pejabat-pejabat pusat di semua bandar dan kota kecil. Seterusnya, menjawab kepada ibupejabat di kota Jerman yang lebih besar yang kemudian melapor pula kepada Pejabat Pusat Kriminalpolizei, iaitu jabatan RSHA.

Kriminalpolizei menyiasat sepenuhnya jenayah berat seperti rogol, pembunuhan dan pembakaran sengaja. Kawasan utama kumpulan juga ialah menumpukan siasatan pada "pencerobohan waktu gelap," dianggap satu masalah serius ketika pengeboman udara apabila penjenayah menyerang rumah-rumah yang ditinggalkan, kedai dan kilang-kilang untuk mendapatkan barangan berharga. Kripo juga adalah salah satu sumber tenaga manusia untuk mengisi kedudukan Einsatzgruppen dan beberapa komander senior Kripo, Arthur Nebe antaranya, telah ditugaskan sebagai komander Einsatzgruppen.

Sebagai sebahagian daripada doktrin-doktrin Nazi terhadap jenayah dan kaum, Rassenhygienische und Bevolkerungsbiologische Forschungsstelle (bahasa Inggeris: Unit Kajian Kesihatan Kaum dan Biologi Demografik) dikepalai oleh pakar sakit jiwa Nazi Dr. Robert Ritter, telah ditugaskan ke Kriminalpolizei. Peranannya ialah mencipta profil perkauman bukan aryan, terutamanya, orang Romani. Kedua-dua Gestapo dan Kripo menundakan polisi dan garis panduan mereka ke jabatan Biologi Jenayah tentang bagaimana untuk berurusan dengan kaum Gipsi.[7] Kripo membantu dalam mengusir orang Roma dan pemindahan mereka ke kem tahanan dan kem penghapusan.

Lihat juga sunting

Nota dan rujukan sunting

  1. ^ a b c Lumsden 2002, m/s. 83, 84.
  2. ^ Robert Gellately. The Gestapo and German Society. Dicapai pada 2009-06-02.
  3. ^ McNab 2009, m/s. 14.
  4. ^ a b Williams 2001, m/s. 77.
  5. ^ Weale 2010, m/s. 134, 135.
  6. ^ a b Lumsden 2002, m/s. 84.
  7. ^ Samuel Totten, William S. Parsons, Israel W. Charny (2006-06-30). Century of genocide.CS1 maint: multiple names: authors list (link)

Bibliografi sunting