Kris (kumpulan muzik)

kumpulan muzik slow rock Malaysia

Kumpulan Kris merupakan sebuah kumpulan rock Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1988 dan menyampaikan lagu-lagu rock berbahasa Melayu. Kumpulan Kris muncul di tengah-tengah kehangatan muzik rock menguasai persada muzik tanah air, sebaris dengan kumpulan-kumpulan rock lain seperti Dinamik, WOW, Blackrose, Damasutra dan Laksamana. Kris juga merupakan kumpulan rock ketiga dari Malaysia yang menandatangani kontrak dengan Life Rekod (kini Life Records) selepas Bumiputra Rockers dan XPDC.

Kris
Latar belakang
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreHard rock, Pop rock, Rock kapak
PekerjaanPenyanyi / Pemuzik
InstrumenVokal / Band
Tahun aktif1988 - 1995
Syarikat rakaman
Gong Production (1991-1995)
Life Records (1991-1995)
Pengkarya berkait
M. Nasir
Hattan
Kumpulan Mega
AhliAlim - Vokal
Boy - Gitar
Lomaq - Bass
Joey - Dram

Berbekalkan lagu berhantu Tiara, Kris tidak mengambil masa yang lama untuk menempa populariti. Dalam masa yang singkat mereka berjaya menempatkan diri sebaris dengan kumpulan-kumpulan rock yang sedia ada.

Album pertama Kris yang meletup dengan lagu Tiara telah terjual melebihi 110,000 unit sekaligus menempatkan mereka sebagai salah satu kumpulan rock baru yang paling popular ketika itu. Manakala album kedua telah mencatat jualan sekitar 50,000 unit. Pencapaian ini dianggap hebat bagi sebuah kumpulan yang baru muncul dengan satu album.

Sejarah sunting

Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1988 hasil cetusan idea komposer terkenal tanah air, M. Nasir yang mengumpulkan tiga orang pemuzik berbakat iaitu Mukhris@Boy, bekas gitaris kumpulan The Lips yang pernah mengiringi persembahan solo ratu rock negara, Ella serta Musa@Lomaq (bass) dan Hamid@Joey (dram) yang merupakan bekas anggota kumpulan Mega. Mereka bertiga kemudiannya diperkenalkan dengan seorang vokalis dari Ipoh, Perak bernama Alim yang pernah menjadi vokalis sementara kumpulan Metal Child. Dengan penggabungan tersebut, kumpulan baharu ini telah dinamakan sebagai Rajawali.

Disebabkan keempat-empat anggota ini berasal dari latar belakang muzik yang kukuh, dengan serta-merta mereka diberikan kontrak rakaman oleh Gong Productions untuk merakamkan album pertama yang hanya tinggal proses memasukkan vokal sahaja. Setelah siap proses rakaman, mereka dikejutkan dengan isu nama Rajawali apabila terdapat sebuah kumpulan rock lain yang terlebih dahulu menggunakan nama Rajawali dan telahpun memasarkan album dengan nama tersebut. Tidak mahu memanjangkan isu, mereka sepakat untuk menukar nama kumpulan kepada Kris yang diambil daripada nama senjata terkenal di Malaysia iaitu keris.

Anggota kumpulan sunting

Kumpulan Kris terdiri dari :-

  1. Abdul Halim bin Mohd Bukhari - vokal
  2. Mukhris bin Abdul Talib - gitar
  3. Musa bin Mohd Taib - bass
  4. Abdul Hamid bin Shahlan - dram

Dalam kumpulan Kris, Lomaq dan Joey berasal dari Johor, sementara vokalisnya, Alim berasal dari Perak dan Boy pula berasal dari Kuala Lumpur.

Diskografi sunting

Album studio sunting

  1. Tiara (1991)
  2. Ratna (1993)

Album lain sunting

  1. Revival of the Forgetten Rock Kapak (2012)

Revival of the Forgotten Rock Kapak (2012) sunting

 

Kedua-dua album Kris telah dikeluarkan semula oleh LIFE Records bagi membolehkan peminat-peminat memiliki semula koleksi lagu-lagu mereka selepas 20 tahun.

 

Anugerah dan Pencalonan sunting

Carta pujaan 10 Radio 1 Malaysia (kini Radio Klasik FM)
Tahun Tajuk Kedudukan
(23Ogos - 19 Sep) 1993 Lagu Cenderawasih 1
Anugerah Juara Lagu (AJL)
Tahun Karya Keputusan
1991 Tiara Menang

• Juara Lagu

tempat ke -3


• Persembahan Terbaik tempat -3


• Lirik Terbaik

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)
Tahun Kategori Keputusan
1992 Penyanyi Berkumpulan Popular Tercalon
Anugerah Industri Muzik (AIM)
Tahun Kategori Karya Keputusan
1993 Video Muzik Terbaik Cenderawasih Tercalon

Trivia sunting

  • Dua anggota kumpulan Kris, Lomaq (bass) dan Joey (dram) merupakan anggota asal kumpulan Mega bersama Zarith (vokal), Adie (gitar utama) dan Sam (gitar kedua) pada tahun 1988. Namun, Lomaq meninggalkan kumpulan ini sebelum album pertama Mega siap pada tahun 1989. Selepas album yang berjudul MEGA dikeluarkan, Joey mengikut jejak Lomaq dengan meninggalkan kumpulan tersebut.
  • Kehadiran Lomaq telah menyebabkan munculnya Taib Brothers dalam industri muzik tempatan. Ini kerana Lomaq merupakan saudara kandung kepada dua gitaris kumpulan Search iaitu Kid (gitar utama, sebelum ini pernah bersama kumpulan Gersang) dan Din (gitar irama).

Rujukan sunting