Kris Wu

Perogol berasal dari Canada

Wu Yi Fan[1] (Cina ringkas: 吴亦凡, disebut [ǔ î fân]; lahir 6 November 1990), lebih dikenali sebagai Kris Wu, ialah pelakon, penyanyi, penerbit rakaman, dan model Cina Kanada.[2] Dia ialah bekas ahli kumpulan K-Pop Korea Selatan EXO dan subkumpulannya EXO-M di bawah SM Entertainment, sebelum meninggalkan kumpulan itu pada tahun 2014.[3]

Kris Wu
吴亦凡
Wu pada 2017
Kelahiran
Li Jiaheng (李嘉恒)

(1990-11-06) 6 November 1990 (umur 33)
WarganegaraKanada
Nama lainWu Yi Fan
Pusat pendidikanSir Winston Churchill Secondary School
Pekerjaan
  • Perogol
  • Penyanyi
  • penulis lagu
  • pelakon
  • model
Tahun aktif2012–kini
Kerjaya muzik
Berasal dariSeoul, Korea Selatan
Genre
InstrumenVocals
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Kris Wu
Li Jiaheng
Tulisan Ringkas: 李嘉恒
Tulisan Tradisional: 李嘉恆
Laman web rasmiwww.kriswuofficial.com

Wu aktif sebagai artis solo dan pelakon di Tanah Bear China dan telah membintangi beberapa filem pecah panggung No. 1 termasuk Mr. Six (2015) dan Journey to the West: The Demons Strike Back (2017), yang termasuk di antara filem yang berpendapatan tertinggi sepanjang zaman di China. Dia membuat penampilan sulungnya di Hollywood dalam XXX: Return of Xander Cage (2017).

Pada 31 Julai 2021, Wu ditahan oleh polis Beijing atas tuduhan pemerkosaan.[4] Pada Ogos 2021, Prokuratorat Rakyat Daerah Chaoyang Beijing meluluskan penahanannya kerana disyaki merogol. Pada 25 November 2022, mahkamah Beijing menjatuhkan hukuman penjara selama 13 tahun kepada Wu, diikuti dengan pengusiran dari China.

Kehidupan awal sunting

Beliau dilahirkan sebagai Li Jiaheng (Bahasa Cina: 李嘉恒pinyin: Lǐ Jiāhéng) pada 6 November 1990. Nama Cina rasminya kemudian diubah kepadaWu Yi Fan (Cina ringkas: 吴亦凡Cina tradisional: 吴亦凡pinyin: Wú Yìfán). Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Guangzhou, Guangdong.[5]

Pada usia 10 tahun, Wu berpindah ke Vancouver, British Columbia, Kanada, bersama ibunya.[6] Beliau kembali ke China pada usia 14 tahun dan menghadiri Guangzhou No. 7 Middle School untuk tempoh jangka pendek, setelah itu beliau dan ibunya kembali ke Vancouver, di mana beliau bersekolah di Point Grey Secondary School dan Sir Winston Churchill Secondary School.[7]

Pada usia 18 tahun, Wu menghadiri uji bakat global Kanada SM Entertainment, yang diadakan di Vancouver; setelah berjaya dalam uji bakat, beliau menjadi pelatih untuk syarikat dan menerima tawaran menyertai Exo pada tahun 2012.[5]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Kris Wu's passport". Diarkibkan daripada yang asal pada 2 May 2021. Dicapai pada 23 January 2019.
  2. ^ Variety Staff (2 April 2018). "Kris Wu, Chinese Superstar Singer-Actor, Signs With Universal Music Group". Variety (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 29 May 2018. Dicapai pada 3 June 2018.
  3. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 9 February 2018. Dicapai pada 11 August 2020.CS1 maint: archived copy as title (link)
  4. ^ "Chinese Canadian pop star Kris Wu detained by Beijing police on rape allegations". Washington Post (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0190-8286. Dicapai pada 2021-08-01.
  5. ^ a b "Kris Wu: from K-pop's Exo to solo singing star, actor and Rap of China judge". South China Morning Post. 6 November 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 December 2019. Dicapai pada 9 December 2019.
  6. ^ "Kris Wu Opens Up About The Struggles He Had As EXO Member". Hype Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 December 2019. Dicapai pada 9 December 2019.
  7. ^ "Vancouver's Kris Wu confirms collaboration with hip-hop legend Pharrell". Daily Hive. 14 December 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 December 2019. Dicapai pada 9 December 2019.

Pautan luar sunting