Krisis MIC 2015 merujuk kepada perebutan jawatan Presiden MIC Kongres India SeMalaysia iaitu antara penyandang sedia ada Datuk Seri G.Palanivel dengan Datuk Seri Dr S.SubramaniamN Timbalan Presiden MIC. G.Palanivel menegaskan beliau masih Presiden MIC dan menafikan dakwaan jawatankuasa kerja pusat parti yang beliau telah hilang keanggotaannya secara automatik.

Punca krisis dalaman MIC tercetus selepas RoS membatalkan pemilihan bagi jawatan tiga naib presiden dan 23 anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) pada Perhimpunan Agung MIC di Melaka pada November 2013.Surat RoS bertarikh 5 Disember 2014, RoS mengarahkan MIC mengadakan pemilihan semula bagi jawatan berkenaan dalam tempoh 90 hari. Namun Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel, pada 14 Februari 2015, meminta RoS menarik balik semua surat kerana mendakwa ia bercanggah dengan perlembagaan parti dan akta pertubuhan serta mengancam mengambil tindakan undang-undang jika RoS tidak berbuat demikian. [1]

14 digantung sunting

Pada 17 Jun 2015, Palanivel telah menggantung keanggotaan Dr Subramaniam, naib presiden Datuk M. Saravanan dan 13 yang lain daripada MIC kerana mengadakan mesyuarat CWC Sementara "tidak sah". Lain-lain yang dipecat ialah naib presiden Datuk M. Saravanan, Ketua Wanita Mohana Muniandy dan 12 anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) terdiri daripada Datuk Seri S.K. Devamany, N. Rawisandran, Datuk R. Ganesan, Datuk M. Davendran, Datuk K.R.A. Naidu, Datuk V.M. Panjamothy, P. Manivasagam, S. Ananthan, M. Mathuraiveran, Datuk M. Asojan, P. Shanmugan dan K.R. Parthiban. Selaku presiden MIC mengikut Perkara 61.1 Perlembagaan MIC, saya telah menggantung keanggotaan orang berikut dalam MIC selama dua belas (12) bulan berkuat kuasa serta merta. mengikut Perkara 13.2 perlembagaan MIC, mereka yang terbabit tidak boleh menggunakan sebarang hak sebagai anggota parti berdasarkan Perkara 13.1, 13.1.1, 13.1.2, 13.1.3 dan 13.1.4 perlembagaan MIC.

Penggantungan itu dibuat sehari selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak dua permohonan semakan kehakiman oleh Palanivel dan empat yang lain untuk membatalkan perintah Pendaftar Pertubuhan agar MIC mengadakan pemilihan semula.

Kes mahkamah sunting

Menurut S Subramanian, kes mahkamah terbaru itu, jelas sekali, pemohon telah melanggar perlembagaan MIC dan oleh itu penggunaan Seksyen 91 tidak dapat dielakkan.Menurut Seksyen 91, kelima-lima mereka (Palanivel, naib presiden Datuk S. Sothinathan dan Datuk S. Balakrishnan, bekas setiausaha agung A.Prakash Rao dan anggota CWC A. K. Ramalingam) sudah tidak lagi menjadi anggota MIC secara 'ipso facto'.

CWC Sementara sunting

Mesyuarat CWC Sementara itu diadakan berikutan keputusan Mahkamah Tinggi menolak dua permohonan semakan kehakiman oleh Palanivel dan empat yang lain untuk membatalkan perintah Pendaftar Pertubuhan agar MIC mengadakan pemilihan semula. [2] S Subramaniam mempengerusikan mesyuarat CWC Sementara, yang menjadi penyebab beliau dan 14 yang lain, digantung sebagai anggota MIC selama 12 bulan.Mesyuarat di ibu pejabat MIC itu memutuskan bahawa pemilihan semula akan bermula minggu depan.Mereka berharap pemilihan di peringkat cawangan, bahagian dan kebangsaan (termsuk bagi jawatan presiden dan timbalan presiden) akan selesai menjelang akhir Oktober 2015.[3]

Artikel 91 Perlembagaan MIC menyatakan G.Palanivel dan empat yang lain telah kehilangan keanggotaan dalam MIC. Peruntukan Perlembagaan MIC dengan apa cara pun tidak menjejas keanggotaan ahli yang mengambil proseding undang-undang terhadap pihak ketiga. Palanivel menambah anggota hanya disekat dari mengambil proseding undang-undang terhadap CWC atau parti dan bukan sebaliknya.

Palanivel berharap harap anggota parti tidak mudah diperdaya oleh Subra dan anggota yang digantung hingga mempercayai cerita mereka.[4]

Pada 1 tengah hari ini, Dr Subramaniam mempengerusikan mesyuarat CWC Sementara 2009-2013 di ibu pejabat MIC, walaupun keanggotaan mereka dalam MIC telah digantung. Keadaan di ibu pejabat MIC terkawal dan tiada kekecohan dilakukan anggota parti itu.

Punca MIC lwn ROS sunting

Mahkamah Tinggi menetapkan (Jumaat ini) untuk memutuskan sama ada akan membenarkan atau menolak bantahan awal Pendaftar Pertubuhan (RoS) terhadap permohonan bagi kebenaran semakan kehakiman difailkan beberapa pemimpin MIC berhubung arahan supaya parti itu mengadakan pemilihan semula. Sekiranya mahkamah membenarkan bantahan itu, ia tidak akan mendengar dua permohonan bagi kebenaran itu.

Hakim Datuk Asmabi Mohamad menetapkan mendengar hujahan dikemukakan Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan, mewakili RoS, dan peguam B. Jadadish Chandra, mewakili beberapa pemimpin MIC termasuk presiden Datuk Seri G. Palanivel.

Dua permohonan bagi kebenaran semakan kehakiman itu difailkan secara berasingan. Permohonan pertama difailkan pada 23 Feb 2015 oleh anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC A. K. Ramalingam, 47, yang menamakan RoS dan Ketua Pengarahnya Mohammad Razin Abdullah, sebagai responden.

Pada 24 Feb 2015, Palanivel, dua naib presiden Datuk S. Sothinathan dan Datuk S. Balakrishnan dan bekas setiausaha agung A. Prakash Rao memfailkan permohonan kedua, menamakan ROS dan Menteri Dalam Negeri masing-masing sebagai responden pertama dan responden kedua.

Pemohon masih belum lagi kehabisan remedi statutori di bawah Akta Pertubuhan 1966, kuasa RoS di bawah Seksyen 16 akta itu tidak tertakluk bagi semakan dan mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk melayani permohonan mengikut klausa penyingkiran ditetapkan dalam Seksyen 18C akta itu.Klausa penyingkiran mencegah mahkamah daripada mendengar perkara yang mempersoalkan keputusan dibuat oleh parti politik.

Mahkamah juga membenarkan permohonan bekas Ketua Pemuda MIC Senator Datuk S.A. Vigneswaran untuk menjadi pencelah dalam permohonan semakan kehakiman itu.Peguam mewakili Vigneswaran, Datuk David Gurupatham, memberitahu pemberita anak guamnya mempunyai kepentingan langsung untuk mencelah dalam prosiding itu kerana beliau ialah pengadu (yang membuat laporan kepada RoS).

Dalam permohonan itu, Palanivel, Sothinathan, Balakrishnan dan Prakash Rao memohon, antara lain, satu pengisytiharan bahawa perkara berkaitan dengan pemilihan parti tertakluk oleh perlembagaan parti dan tidak boleh berasaskan pendapat RoS. Mereka juga memohon pengisytiharan bahawa keputusan mesyuarat agung tahunan MIC yang diadakan pada 30 Nov 2013, adalah sah dan berkuat kuasa.

Palanivel, Sothinathan, Balakrishnan dan Prakash Rao juga memohon injunksi sementara untuk menghalang kedua-dua responden daripada mengambil sebarang tindakan terhadap MIC atau mengeluarkan arahan kepada parti itu sehingga permohonan semakan kehakiman itu selesai. Mereka juga memohon pengisytiharan bahawa keputusan mesyuarat agung tahunan MIC yang diadakan pada 30 Nov 2013, adalah sah dan berkuat kuasa.

Keempat-empat pemohon itu juga memohon injunksi sementara untuk menghalang kedua-dua responden daripada mengambil sebarang tindakan terhadap MIC atau mengeluarkan arahan kepada parti itu sehingga permohonan semakan kehakiman itu selesai. [5]

Rujukan sunting