Krisis sempadan Belarus–Kesatuan Eropah 2021

krisis pendatang di sempadan Poland, Lithuania dan Latvia dengan Belarus pada 2021

Krisis sempadan antara Belarus dan Kesatuan Eropah adalah suatu krisis penghijrahan yang berlaku disebabkan oleh kemasukan besar-besaran pendatang haram dari Timur Tengah[1] terutamanya wilayah Kurdistan dalam Iraq serta sebilangan kumpulan dari Asia dan Afrika[2][3] ke Lithuania, Latvia dan Poland melalui sempadan ketiga-tiga negara ini dengan Belarus. Tambahan lagi, krisis tersebut tercetus disebabkan oleh hubungan antara Belarus dan Kesatuan Eropah yang semakin merosot selepas pilihan raya presiden Belarus, bantahan, insiden penerbangan 4978 Ryanair dan percubaan penghantaran pulang atlet Krystsina Tsimanouskaya.

Peta menunjukkan laluan-laluan utama pendatang haram ke sempadan Belarus–EU.

Lithuania, Latvia dan Poland Tiga yang merupakan negara anggota Kesatuan Eropah (EU) menerangkan bahawa krisis itu merupakan perang hibrid serta menggelarkan krisis tersebut sebagai insiden pemerdagangan pendatang yang dilancarkan oleh Belarus terhadap EU. Ketiga-tiga pemerintah negara ini mengisytiharkan darurat dan mengumumkan keputusan mereka untuk membina tembok di sempadan mereka dengan Belarus, di mana Poland meluluskan perbelanjaan anggaran 353 juta untuk membina penghadang sepanjang 60 kilometer (37 bt).[4] Pihak Kesatuan menghantar pegawai-pegawai sokongan dan kereta-kereta rondaan ke Lithuania[5] dan dua belas pemerintah atau kerajaan EU menyatakan sokongan mereka untuk penghadang fizikal di sempadan.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ "Ribuan pelarian Timur Tengah terperangkap di sempadan". Berita Harian. 19 November 2021. Dicapai pada 21 November 2021.
  2. ^ "Polish PM mulls asking NATO to hold talks amid border crisis". ABC News. 14 November 2021.
  3. ^ "Hundreds Of Migrants Gather At Belarusian-Polish Border". 8 November 2021.
  4. ^ Welle (www.dw.com), Deutsche. "Poland: Lawmakers approve Belarus border wall amid migrant surge | DW | 29.10.2021". DW.COM (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 November 2021.
  5. ^ Welle (www.dw.com), Deutsche. "EU border agency Frontex vows additional support for Lithuania amid migrant crisis | DW | 11.07.2021". DW.COM (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 November 2021.
  6. ^ Pancevski, Drew Hinshaw dan Bojan (11 November 2021). "Europe Weighs Border Walls as Migrants Mass in Belarus at Poland's Frontier". Wall Street Journal (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0099-9660. Dicapai pada 15 November 2021.

Bacaan lanjut sunting