Gereja Ortodoks Timur

(Dilencongkan dari Kristian Ortodoks)

Gereja Kristian Ortodoks Timur atau Kristian Ortodoks adalah salah satu mazhab dalam agama Kristian, dan merupakan kedua terbesar di dunia selepas Gereja Roman Katolik. Terdapat 300 juta penganut Kristian Ortodoks di seluruh dunia dan kebanyakan mereka tinggal di Rusia, Greece, Eropah Timur dan Timur Tengah. Mereka juga terdapat di seluruh dunia termasuk di Jepun dan Indonesia.

Sebahagian daripada siri tentang

Simbol Agama Kristian

 
Yesus Kristus
Yesus Kristus  · Kelahiran  · Penyaliban  · Wafat  · Kebangkitan
Asas
Gereja  · Kerajaan  · Pegangan  · Perjanjian Baru
Alkitab
Wasiat Lama  · Wasiat Baru  · Injil  · Kanun  · Kitab  · Apokrifa
Teologi
Tuhan (Bapa  · Anak  · Roh Kudus)  · Apologetik  · Katolikisme  · Kristologi  · Misi  · Pembaptisan  · Sejarah teologi  · Penyelamatan  · Tritunggal
Sejarah dan tradisi
Pengikut  · Bunda Maria  · Santo Petrus  · Paulus si Hawari  · Bapa Gereja  · Awal  · Konstantinus Agung  · Persidangan  · Thomas Aquinas  · Perpecahan Timur-Barat  · Perang Salib  · Reformasi Protestan
Tajuk umum
Agama lain  · Ekumenisme  · Kesenian  · Khutbah  · Kritikan  · Liturgi  · Muzik  · Simbolik  · Sembahyang  · Tahun gereja
Denominasi dan gerakan

Portal Kristian

Maksud Ortodoks Sunting

Pada mulanya penganut Kristian merujuk Gereja (agama) mereka sebagai "Satu, Suci, Katolik (daripada perkataan Greek καθολική, atau sejagat) dan Gereja Hawariyun". Akan tetapi berlaku Perpecahan Timur-Barat pada abad ke-11 yang menyaksikan Gereja Ortodoks Timur berpisah daripada Gereja Katolik dan pihak berkuasa di Rome.

Istilah "Ortodoks" diterjemahkan daripada perkataan Greek yang bermaksud "mempercayai dengan betul" atau "memuliakan Tuhan dengan betul" (daripada adjektif orthos = benar dan kata kerja dokeo = Saya percaya atau kata nama doxa = mulia) dan diguna pakai oleh Gereja ini untuk membezakannya dengan mazhab Kristian yang lain.

Sejarah Sunting

Penganut Kristian Ortodoks melakukan ibadat mengikut ritual dari pengaruh gereja Byzantine. Selama 1,000 selepas agama Kristian diasaskan, lima wilayah iaitu Jerusalem, Alexandria, Antioch, Rom dan Konstantinople mengikuti ajaran Kristian yang sama. Perkembangan politik dan jatuhnya Empayar Rom di barat kepada bangsa Jerman mengakibatnya terputusnya komunikasi antara gereja di Rome dan gereja di timur (Jerusalem, Alexandria, Antioch dan Konstantinople).

Pada tahun 1054, utusan Paus Rom ke Konstantinople mengucilkan (excommunicate) Gereja Konstantinople yang dibalas oleh Gereja Konstantinople dengan tindakan serupa. Kedua-dua gereja mendakwa mereka di pihak yang benar dan berlakulah perpisahan dalam agama Kristian dengan kedua-dua gereja memisahkan diri mereka.

Tipika Sunting

Apa yang menyatukan mazhab ini ialah teologinya, walaupun terdapat variasi gaya yang bergantung kepada negara asal dan adat tempatan. Adat tempatan ini dipanggil perbezaan dalam tipika dan diterima oleh pemimpin gereja kerana ia tidak dilihat sebagai bertentangan secara teologinya dengan ajaran asas Gereja Ortodoks Timur.

Oleh itu kita boleh melihat banyak Gereja Ortodoks Timur mengambilpakai gelaran kebangsaan seperti Ortodoks Yunani, Ortodoks Rusia, Ortodoks Romania, Ortodoks Serbia dan sebagainya. Gelaran ini berfungsi membezakan bahasa, uskup dan tipika mana yang diikuti oleh jemaah tertentu. Jemaah Gereja selalunya bersatu dalam kepercayaan tanpa mengira kerakyatan. Perbezaan selalunya sedikit dan ia melibatkan aturan gita puja yang dinyanyikan atau semasa kebaktian tertentu dibuat. Pada umumnya, pengikut Kristian Ortodoks Timur boleh berjalan ke seluruh dunia dan masih mengikuti kebaktian yang sama dilakukan setiap hari Ahad walaupun mereka tidak faham bahasa yang digunakan.

Rujukan Sunting

  • Pogadaev, V. A. "The Orthodox Church in Indonesia". in Nusantara. South-East Asia. Collection of Materials. Vol. 3. St-Petersburg, 2002, p. 89-91.