Krolloper

(Dilencongkan dari Kroll Opera House)

Koordinat: 52°31′07″N 13°22′14″E / 52.51861°N 13.37056°E / 52.51861; 13.37056

Krolloper atau Kroll-Oper (Melayu: Panggung Opera Kroll ) adalah sebuah balai opera bertempat di daerah tengah Tiergarten di pinggir barat dataran Königsplatz (kini Platz der Republik), berhadapan bangunan Reichstag di Berlin, Jerman. Ia telah dibina pada tahun 1844 sebagai tempat hiburan untuk pemilik restoren Joseph Kroll. Semasa peristiwa-peristiwa bersejarahnya ia telah dibangunkan semula sebagai panggung opera pada tahun 1851 dan telah digunakan oleh ramai pemilik dan pengarah opera, operetta dan drama. Ia kemudian dikendalikan oleh opera negeri Prusia dan syarikat-syarikat drama dan berfungsi sebagai dewan persidangan parlimen Reichstag Jerman dari tahun 1933 sehingga 1942. Pada 19 Julai 1940, panggung opera ini telah digunakan sebagai hos Upacara Fil Marsyal 1940. Dirosakkan teruk oleh pengeboman dan Pertempuran Berlin dalam Perang Dunia II, ia akhirnya dirobohkan pada tahun 1951.

Krolloper
The Kroll Opera House, tahun 1850
Map
Maklumat umum
StatusDirobohkan
LokasiKönigsplatz
Bandar/pekanBerlin
NegaraJerman
Pembinaan bermulaApril 1843
Disiapkan pada
1844
Dibuka pada15 Februari 1844
Ditutup pada
22 November 1943
Dirobohkan pada1951
Reka bentuk dan seni bina
ArkitekFriedrich Ludwig Persius

Rujukan sunting

Pautan luar sunting