Kromfohrländer

baka anjing dari Jerman

Kromfohrländer[a] ialah satu baka anjing teman moden Jerman. Ia berasal dari Jerman pada tahun-tahun selepas penamat Perang Dunia Kedua. Terdapat dua jenis lapis bulu, iaitu yang berbulu licin dan yang berbulu kasar.

Kromfohrländer
Negara asalJerman
Trait
Berat Jantan 11–16 kg (25–35 lb)[1][2]
Betina 9–14 kg (20–30 lb)[1][2]
Tinggi 38–46 cm (15–18 in)[1][2]
Warna putih dengan tompok-tompok perang, warna perangnya berbeza-beza antara cerah dengan sangat gelap[1][2]
Anjing (Canis lupus familiaris)
Yang berbulu kasar
Yang berbulu licin

Sejarah sunting

Baka kromfohrländer dihasilkan di rantau Siegerland di Nordrhein-Westfalen oleh Ilsa Schleifenbaum, seorang bekas pemain piano konsert, pada tahun-tahun selepas penamat Perang Dunia Kedua.[3]:212 Pada tahun 1945, semasa Pencerobohan Sekutu Barat ke atas Jerman, seekor anjing muda yang dibawa dari France oleh askar Amerika sesat atau ditinggalkan di kawasan Hilchenbach, dekat dengan Siegen.[4]:502 Ia diambil oleh Schleifenbaum, yang menamainya Peter; beliau percaya bahawa ia merupakan seekor grifon besar Vendée.[3]:212 Pengawanan kebetulan anjing ini dengan anjing seorang jiran, seekor anjing betina tua tidak berpedigri daripada jenis terier rubah bernama Fiffi, melahrikan perinduk anak anjing yang menyerupai satu sama lain dengan jauh lebih dekat daripada yang biasa pada baka silang sedemikian dan juga tidak seperti anjing daripada mana-mana baka lain.[3]:212 Seorang doktor haiwan dari Siegen bernama Tollmächer menasihati pemilik kedua-dua anjing ini untuk mengulangi pengawanan dan enam perinduk lanjut dilahirkan.[4]:504 Selepas kematian Fiffi, Peter dikawankan dengan dua ekor anak betinanya daripada perinduk pertama.[4]:504

Schleifenbaum mule mencuba untuk mengasaskan anjini ini sebagai baka baharu dan memulakan sebuah kenel dengan nama 'vom Wellersberg'; sebuah kenel kedua, 'vom Lenneberg', dimulakan oleh sahabat beliau, Otto Borner.[3]:214

Pada tahun 1955, kromfohrländer diiktiraf oleh Verband für das Deutsche Hundewesen dan juga diterima secara muktamad oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa.[3]:214[5] Ia pertama kali ditunjukkan dalam pertunjukan anjing antarabangsa di Dortmund pada tahun sama.[4]:508

Keluarga Schleifenbaum mempunyai kediaman musim panas di kawasan di Ginsberger Heide yang dipanggil Krumme Furche ("alur liku"); dalam dialek Siegerland ini menjadi Krom Fohr, dan daripada ini nama baka ini diperoleh.[3]:213[6]:156

Pembiak baka Finland, Maria Åkerblom, menyaksikan tiga ekor anjing ini dalam sebuah pertunjukan anjing di Oldenburg pada tahun 1956.[4]:510 Beliau kemudian membeli beberapa ekor – antaranya seekor betina daripada kenel Schleifenbaum – dan mula membiakbakakannya di Finland; perinduk pertama dilahirkan pada tahun 1962.[3]:216 Finland menjadi pusat kedua bagi baka ini – pada sesetengah tahun, lebih anjing lahir dan didaftarkan di sana berbanding dengan di Jerman.[4]:510 Dari tahun 1970, kromfohrländer hadir di Switzerland; ia kemudian mencapai Denmark, Belanda, dan Amerika Syarikat.[3]:216

Dalam tempoh lima belas tahun dari tahun 2008 hingga tahun 2022, purata bilangan anak anjing yang dilahirkan pada setiap tahun di Jerman ialah hampir-hampir 200 ekor yang mewakili kira-kira 0.25% daripada purata jumlah kelahiran untuk semua baka yang dicatatkan hanya di bawah 80000 setahun.[7]

Ciri sunting

Kromfohrländer bersaiz sederhana dengan ketinggian pada paras kelasa dalam lingkungan 38–46 cm (15–18 in). Jantan berukuran kira-kira seberat 11–16 kg (24–35 lb), betina pula 2 kg (4.4 lb) lebih ringan.[6]:156 Terdapat dua jenis lapis bulu, iaitu berbulu kasar (Rauhaar-) dan berbulu licin (Glatthaar-): keragaman kasar berbulu kasar dan berjanggut, dengan bulu yang lebih panjang pada muncung dan muka, manakala keragaman licink adalah lembut dan terletak rapat-rapat dengan tubuh. Lapis bulunya tebal pada kedua-dua jenis dengan lapis bulu bawah lembut; panjang helaian bulu berkisar antara 3–7 cm (1.2–2.8 in).[3]:218[8] Lapis bulunya berwarna putih dengan tompok-tompok pearng, ini dalam lingkungan antara perang muda, melalui perang merah atau sawo matang, dengan perang sangat gelap; pada kepala, bahagian berwarna perang membentuk dua tompok bersimetri yang termasuk dan mengelilingi telinga dan memanjang ke bahagian mata dan pipi, manakala pada tubuh, warna ini mungkin terlihat sebagai pelana atau sebagai satu atau lebih tompok tidak teratur.[3]:218

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: کرومفورليندر, Sebutan bahasa Melayu: [kromfɔrlɛndər]; Jerman: Kromfohrländer; /ˈkrmfərlændər/

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d "FCI - Standard Nr. 192 KROMFOHRLÄNDER" [Piawaian FCI No. 192 Kromfohrländer] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Jerman). 12 Oktober 1998. Dicapai pada 22 Januari 2024.
  2. ^ a b c d "FCI-Standard N° 192 KROMFOHRLÄNDER" [Piawaian FCI No. 192 Kromfohrländer] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh C. Seidler. Dikemaskinikan oleh Dr. Paschoud. 12 Oktober 1998. Dicapai pada 22 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
  3. ^ a b c d e f g h i j Ria Hörter (2010). Kromfohrländer. The Canine Chronicle (Inggeris). (Julai 2010): 212–218. Dicapai pada 22 Januari 2024.
  4. ^ a b c d e f Hans Räber (1993). Enzyklopädie der Rassenhunde: Ursprung, Geschichte, Zuchtziele, Eignung und Verwendung (Jerman). Stuttgart: Franckh-Kosmos. ISBN 9783440065556; juga tersedia, dengan keizinan daripada Kosmos Verlag, sebagai Die Geschichte der Rasse. Siegen, Jerman: Rassezuchtverein der Kromfohrländer e. V. Diarkibkan pada 28 September 2016.
  5. ^ "FCI breeds nomenclature: Kromfohrländer". Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 Januari 2024.
  6. ^ a b Gabriele Lehari (2013 [2009]). 400 Hunderassen von A - Z (edisi ke-3) (Jerman). Stuttgart (Hohenheim), Jerman: Eugen Ulmer KG. ISBN 9783800178827.
  7. ^ Welpenstatistik (Jerman). Dortmund: Verband für das Deutsche Hundewesen. Dicapai pada 22 Januari 2024.
  8. ^ Kromfohrländer (Jerman). Dortmund, Jerman: Verband für das Deutsche Hundewesen. Dicapai pada 22 Januari 2024.

Pautan luar sunting