Krone Liechtenstein

Krone Liechtenstein (jamak: kronen) ialah mata wang Liechtenstein dari 1898 hingga 1921. Ia dibahagikan kepada 100 heller, dengan duit syilingnya kini jarang ditemui berbanding dengan nota banknya.

Liechtenstein menggunakan Krone Austria-Hungary dan Krone Austria selepas pembubaran Empayar Austria-Hungary pada 1918. Pada 1921, ia bertukar kepada Franc Switzerland, akibat ketakstabilan Krone. Krone Liechtenstein mempunyai jumlah logam berharga yang sama dengan Krone Austria-Hungary dan Krone Austria. Duit syilingnya dikeluarkan dalam jenis mata wang 1, 2, 5, 10, dan 20 kronen. Sebagai terbitan kecemasan pada 1920, nota bank dikeluarkan dalam nilai 10, 20, dan 50 heller.

RujukanSunting

  • Krause, Chester L. dan Clifford Mishler (2003). 2004 Katalog Piawai Duit Syiling Dunia: 1901–kini. Colin R. Bruce II (penyunting kanan) (ed. Edisi ke-31). Krause Publications. ISBN 0873495934.
  • Krause, Chester L. dan Clifford Mishler (2004). Standard Catalog of World Coins: 1801–1900. Colin R. Bruce II (penyunting kanan) (ed. Edisi ke-4). Krause Publications. ISBN 0873497988.


Didahului oleh:
Krone Austria-Hungary
Nisbah: pada tara
Mata wang Liechtenstein
1898 – 1921
Serentak dengan: Krone Austria-Hungary sebelum 1918 dan Krone Austria selepas
Digantikan dengan:
Franc Switzerland dan Frank Liechtenstein
Alasan: Krone Austria tidak stabil