Kruiser Jerman Emden

penjajap

Emden adalah kapal kruiser ringan yang dibina untuk Tentera Laut Jerman (Reichsmarine) pada awal tahun 1920an. Ia adalah kelas kapal tunggal dan merupakan kapal perang besar pertama yang dibina di Jerman selepas tamatnya Perang Dunia I. Ia telah dibina dekat Reichsmarinewerft di Wilhelmshaven; lunasnya telah mula dipasang pada Disember 1921 dan badan kapal yang sudah siap dilancarkan pada Januari 1925. Emden telah ditauliahkan ke dalam armada pada Oktober 1925. Reka bentuknya sangat mematuhi syarat-syarat Perjanjian Versailles dan arahan suruhanjaya perlucutan senjata Bersekutu. Berat sesaran di hadkan pada 6,000 long ton (6,100 t), namun seperti semua kapal perang Jerman yang dibina pada waktu itu, Emden melampaui saiz batasan. Ia dilengkapi dengan pasukan artileri utama iaitu lebihan meriam 15 cm (5.9 in) yang tersisa dari Perang Dunia I, dipasang dalam satu turet meriam, seperti yang diperintahkan oleh kuasa Bersekutu. Ia mempunyai kelajuan tertinggi 29 knot (54 km/j; 33 mph).

Emden di China, 1931
Sejarah
Jerman
Nama: Emden
Bersempena dengan: Bandar Emden
Dipesan: 1921
Dibaringkan: 8 Disember 1921
Dilancarkan: 6 Januari 1925
Ditauliah: 15 Oktober 1925
Takdir: Dilubangtenggelamkan 3 Mei 1945, disekerap 1949
Ciri-ciri umum
Sesaran:
  • Standard: 5,300 long ton (5,400 t)
  • Muatan penuh : 6,990 long ton (7,100 t)
Panjang: 155.1 m (508 ka 10 in)
Lunas: 14.2 m (46 ka 7 in)
Draft: 5.3 m (17 ka 5 in)
Installed power:
Jana kuasa:
Halaju: 29.5 knot (54.6 km/j; 33.9 mph)
Jarak: 6,700 nmi (12,400 km; 7,700 bt) at 15 knot (28 km/j; 17 mph)
Bot & lancang
yang dibawa:
6
Anak kapal:
  • 19–30 pegawai
  • 445–653 kelasi
Persenjataan:
Perisai:

Emden menghabiskan sebahagian besar kerjayanya sebagai kapal latihan; dalam tempoh antara perang, ia membuat beberapa pelayaran dunia untuk melatih kadet-kadetnya, kerap mengunjungi wilayah Asia Timur, Benua Amerika, dan Lautan Hindi. Pada tahun 1937 dan 1938, ia secara singkat mengambil bahagian dalam rondaan bukan-intervensi semasa Perang Saudara Sepanyol. Pada permulaan Perang Dunia Kedua, ia memasang periuk api laut diluar pantai Jerman dan telah dirosakkan oleh sebuah pesawat pengebom British yang terhempas ke atasnya. Ia terlibat dalam pencerobohan Norway pada April 1940 sebagai sebahagian dari pasukan yang menawan ibu negara Norway di Oslo.

Kapal itu kemudian meneruskan kerja-kerja latihan di Laut Baltik sehingga September 1941, apabila ia ditugaskan ke Armada Baltik dan diberi tugas menyokong operasi Jerman semasa pencerobohan Soviet Union. Kerja-kerja latihan disambung pada tahun 1942 dan berakhir sehingga hujung tahun 1944, apabila ia mengambil bahagian dalam operasi menanam periuk api laut di Skagerrak. Rosak akibat kemalangan di pantai, ia menuju ke Königsberg untuk dibaik pulih. Pada Januari 1945, ia terlibat dalam evakuasi Prusia Timur untuk melarikan diri dari kemaraan Tentera Soviet. Sewaktu menjalani pembaikan di Kiel, Emden telah berulang kali dirosakkan oleh pesawat pengebom British dan kemudian didamparkan di beting pasir pelabuhan untuk mengelakkannya daripada tenggelam. Pada hari-hari terakhir peperangan, ia telah diletupkan untuk mengelak dari ditawan. Bangkai kapal itu akhirnya dilupuskan pada tahun 1950.

Rujukan sunting

  • Campbell, John (1985). Naval Weapons of World War II. London: Conway Maritime Press. ISBN 0-87021-459-4.
  • Friedman, Norman (2011). Naval Weapons of World War One: Guns, Torpedoes, Mines and ASW Weapons of All Nations; An Illustrated Directory. Annapolis: Naval Institute Press. ISBN 978-1-84832-100-7.
  • Gardiner, Robert; Chesneau, Roger (1980). Conway's All the World's Fighting Ships, 1922–1946. Annapolis: Naval Institute Press. ISBN 0-87021-913-8.
  • Gröner, Erich (1990). German Warships: 1815–1945. 1. Annapolis: Naval Institute Press. ISBN 0-87021-790-9.
  • Hildebrand, Hans H.; Röhr, Albert & Steinmetz, Hans-Otto (1993). Die Deutschen Kriegsschiffe (Band 3) [The German Warships (Volume 3)] (dalam bahasa Jerman). Ratingen: Mundus Verlag. ISBN 3-7822-0211-2.
  • Koop, Gerhard; Schmolke, Klaus-Peter (2014). German Light Cruisers of World War II: Warships of the Kriegsmarine. Barnsley: Seaforth Publishing. ISBN 9781848321946.
  • O'Brien, Phillips Payson (2001). Technology and Naval Combat in the Twentieth Century and Beyond. London: Frank Cass. ISBN 978-0-7146-5125-5.
  • Paloczi-Horvath, George (1997). "The German Navy from Versailles to Hitler". Dalam McLean, David; Preston, Antony (penyunting). Warship 1997–1998. London: Conway Maritime Press. ISBN 0-85177-722-8.
  • Rohwer, Jürgen (2005). Chronology of the War at Sea, 1939–1945: The Naval History of World War Two. Annapolis: US Naval Institute Press. ISBN 1-59114-119-2.

Bacaan lanjut sunting

Templat:WWIIGermanShips