Kruiser kelas Virginia

Kruiser peluru berpandu kelas-Virginia berkuasa nuklear juga dikenali dengan kelas CGN-38 merupakan satu siri empat buah kapal kruiser peluru berpandu berkuasa nuklear yang ditauliahkan bermula pada akhir tahun 1970an hingga 1980,[1] yang mana berkhidmat dalam Tentera Laut Amerika Syarikat sehingga akhir tahun 1990an. Kapal ini merupakan kelas kapal kruiser berkuasa nuklear terakhir yang disiapkan dan kapal terakhir yang dipesan sebagai sebuah kapal pembinasa di bawah sistem pengelasan semula sebelum tahun 1975.

USS Virginia
USS Virginia
Ringkasan kelas
Nama: Kelas-Virginia
Pembina: Newport News Shipbuilding & Dry Dock Company
Pengguna: Bendera tentera laut Amerika Syarikat Tentera Laut Amerika Syarikat
Didahului oleh: kelas California
Diganti oleh: kelas Ticonderoga
Kos: AS$675 juta (nilai dolar pada tahun 1990)
Dibina: 1972–1980
Ditauliahkan: 1976–1998
Dirancang: 11
Disiapkan: 4
Dibatalkan: 7
Dibersarakan: 4
Ciri-ciri umum
Jenis: Kruiser peluru berpandu
Sesaran:
  • Sesaran ringan: 10,663 tan
  • Sesaran penuh: 11,666 tan
Panjang: 586 ka (179 m) oa.
Lunas: 63 ka (19 m) maks.
Draft: 32 ka (9.8 m) maks.
Jana kuasa: 2 x reaktor nuklear D2G General Electric, 2 x aci, 60,000 shp (45,000 kW)
Halaju: over 30 kn (56 km/j; 35 mph)
Jarak: Tiada had
Anak kapal: 39 pegawai, 540 lain-lain pangkat
Sistem penderia dan
pemprosesan:
Peperangan elektronik
& pengumpan:
Persenjataan:
Perisai: 1 in (25 mm) Kevlar plastic armor installed around combat information center, magazines, and machinery spaces
Pesawat yang dibawa:
  • Seperti pemasangan: hangar di bawah dek untuk sebuah helikopter SH-2F Seasprite
  • Dek penerbangan yang diisi dengan tempat simpanan dan pelancar peluru berpandu Tomahawk selepas pemasangan semula

Kapal-kapal dalam kelas ini secara relatifnya mempunyai jangka hayat perkhidmatan yang pendek. Ekoran pendorongannya yang menggunakan kuasa nuklear, ia sangat mahal untuk dioperasikan. Pada tahun 1994, apabila waktu untuk penukaran bahan api reaktor separuh hayatnya tiba, Belanjawan Kelulusan Pertahanan dibuat yang mana mengakibatkan potongan sebanyak 38% kepada belanjawan tentera laut, dibandingkan dengan belanjawan 1993. Kos sebanyak lebih AS$300 juta bagi setiap penukaran bahan api serta kerja-kerja naik taraf yang lain menjadikan kapal-kapal kelas ini menjadi sasaran mudah untuk dibersarakan. Setiap kapal kemudian mula dibersarakan bermula dengan Texas pada Julai 1993 dan berakhir dengan Arkansas pada tahun 1998. Setaip kapal melalui program kitar semula dan pelucutan tauliah kapal nuklear (kapal dan kapal selam).

Kapal-kapal dalam kelas sunting

Nama No. badan Pembina Dipesan Dibaringkan Dilancarkan Ditauliahkan Dibersarakan Takdir Pautan NVR
Virginia CGN-38 Newport News Shipbuilding & Dry Dock Company, Newport News 21 Disember 1971 19 Ogos 1972 14 Disember 1974 11 September 1976 10 November 1994 Dilupuskan melalui Program Kitar Semula Kapal Selam di Bremerton, 1999 [1]
Texas CGN-39 18 Ogos 1973 9 Ogos 1975 10 September 1977 16 Julai 1993 Dilupuskan melalui Program Kitar Semula Kapal Selam di Bremerton, 1999 [2]
Mississippi CGN-40 21 Januari 1972 22 Februari 1975 31 July 1976 5 Ogos 1978 28 Julai 1997 Dilupuskan melalui Program Kitar Semula Kapal Selam di Bremerton, 2004 [3]
Arkansas CGN-41 31 Januari 1975 17 Januari 1977 21 Oktober 1978 18 Oktober 1980 7 Julai 1998 Dilupuskan melalui Program Kitar Semula Kapal Selam di Bremerton, 1998 [4]
CGN-42 Bertujuan untuk dijadikan kruiser AEGIS berkuasa nuklear; dibatalkan pada 1983 [5]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Sobocinski, Richard. "USS ARKANSAS (CGN-41) Deployments & History". HullNumber.com. USS Arkansas commissioned in Oct. 1980. Dicapai pada 2016-09-22.

Pautan luar sunting