Ku Abdul Rahman Ku Ismail
Dato' Wira Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail (lahir 23 September 1952) merupakan seorang ahli politik di Malaysia. Beliau merupakan ADUN bagi Guar Chempedak sejak 2008. Beliau mula berasal dari UMNO tetapi telah menjadi ahli bebas pada 12 November 2018. Pada 6 Disember 2018, Menteri Besar Kedah iaitu Mukhriz Mahathir telah mengumumkan beliau menjadi ahli parti Pakatan Harapan-BERSATU, dan membantu kerajaan Pakatan Harapan mencapai lebih daripada separuh ahli di Dewan Undangan Negeri Kedah.[1]
YB Dato' Wira Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail DGMK, DSDK, BKM, JP (Kedah); PhD | |
---|---|
Anggota Parlimen Malaysia untuk Kubang Pasu, Kedah | |
Memegang jawatan 19 Disember 2022 | |
Didahului oleh | Amiruddin Hamzah |
Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Sains, Teknologi, Inovasi dan Pengajian Tinggi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah | |
Memegang jawatan 19 Mei 2020 - 28 Jun 2023 | |
Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah untuk Guar Chempedak | |
Memegang jawatan 2008 - 2023 | |
Didahului oleh | Abd Razak Hashim |
Digantikan oleh | Abdul Ghafar Saad |
Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah | |
Dalam jawatan 1 Jun 2020 – 31 Julai 2022 | |
Didahului oleh | Mukhriz Mahathir |
Digantikan oleh | Jamil Khir Baharom |
Butiran peribadi | |
Lahir | 23 September 1952 |
Parti politik | ![]() ![]() |
Sekutu gabungan politik lain | ![]() ![]() ![]() |
Pekerjaan | Ahli politik |
Profesion | Peguam |
Kerjaya sunting
Beliau merupakan seorang saintis dalam bidang getah dan pernah berkhidmat di Rubber Research Institute.
Pernah menjadi Setiausaha Khas Kepada Menteri (Menteri Luar Negeri dan Menteri Pertahanan).
Kemudian beliau telah dilantik menjadi Duta Malaysia di Taiwan.
Beliau juga pernah menjadi Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman Berhad sebelum menceburi bidang politik.
Politik sunting
Beliau adalah ADUN bagi Guar Chempedak sejak 2008 lagi atas tiket Barisan Nasional.[2] Kemudian, selepas kemenangan beliau dalam Pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau telah keluar dari UMNO dan menjadi ahli politik bebas. Akhirnya, beliau menyertai BERSATU, sebuah parti komponen dalam Pakatan Harapan.[3]
Pautan luar sunting
- Ku Abdul Rahman Ku Ismail di Facebook Laman
- Ku Abdul Rahman Ku Ismail di Facebook Profil