Kuala Sepetang merupakan nama asal bagi Port Weld. Kuala Sepetang adalah nama rasmi yang telah diisytiharkan oleh Kerajaan Negeri Perak. Kuala Sepetang terletak di kuala sungai yang menghadap Selat Melaka di sebelah barat iaitu di negeri Perak dalam daerah Taiping.

Bandar Kuala Sepetang
Geografi
StatusMukim
Asal namaN/A
Negara Malaysia
Negeri Perak Darul Ridzuan
DaerahDaerah Larut & Matang
MukimJebong
KeluasanN/A
Kilang arang batu di Kuala Sepetang

Tempat yang berhampiran dengannya ialah Matang, Au Long, Kamunting dan Taiping. Kawasan ini merupakan kawasan paya bakau yang sangat luas. Hutan paya bakau ini diuruskan oleh Jabatan Perhutanan Matang.

Asal usul nama sunting

Sepetang merujuk kepada keindahan sinaran merah matahari di ufuk barat. [perlu rujukan] Sinar merah suria di titik horizon Selat Melaka boleh menimbulkan nostalgia kepada sesiapa sahaja yang pernah menikmatinya.

Kuala Sepetang kemudian ditukar nama kepada Port Weld. Menjadi kelaziman pegawai British untuk menamakan sesuatu tempat, bangunan dan jalan raya mengunakan nama sahabat-sahabat mereka dari British. Nama 'Weld' diambil daripada nama Sir Frederick Weld yang telah tiba di Taiping pada tahun 1881 dan meningkatkan kemudahan infrastruktur Taiping sebagai ibu negeri Perak. Ini termasuklah jalan raya, kegiatan industri, perlombongan, bangunan pentadbiran, sekolah dan sebagainya. Nama beliau turut diabadikan pada Jalan Weld Road (Jalan Raja Chulan) di Kuala Lumpur. Upper Weld Road di Singapura dan Weld Quay di Pulau Pinang. Beliau dilahirkan di Bridport, Dorset, England pada 9 Mei 1823 dan meninggal dunia di Chideock, New Zealand pada 20 Julai, 1891.

Masjid sunting

Wakil Rakyat sunting

Yang Berhormat Tai Sing Ng merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Perak Kawasan N13 Kuala Sepetang yang terletak dalam parlimen P059 Bukit Gantang dari Parti Keadilan Rakyat (Keadilan).

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional, See Tean Seng dengan majoriti sebanyak 564 undi. Beliau memperolehi 7285 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 6721 undi.[1]

Makanan Istimewa sunting

Di Kuala sepetang memang terkenal dengan Mee Udang yang banyak dan kedai makan yanag ada di sepanjang menyediakan pelbagai citarasa mee udang pengunjung yang datang Kuala Sepetang.

Pentadbiran sunting

Bandar Kuala Sepetang merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Perak, dan juga merupakan satu dari mukim yang terletak dalam pentadbiran Daerah Larut & Matang.

Pautan luar sunting