Kuartet Timur Tengah

Kuartet Timur Tengah merupakan sekumpulan pihak negara dan pertubuhan antarabangsa yang terlibat dalam menyelesaikan konflik Israel-Palestin. Kumpulan ini ditubuhkan pada 2002 di Madrid, Sepanyol dan merupakan gagasan bekas Perdana Menteri Sepanyol, José María Aznar.

Utusan khas Kuartet ialah Tony Blair, bekas Perdana Menteri United Kingdom. Sebelum beliau, James Wolfensohn, iaitu bekas Presiden Bank Dunia menjadi wakil khas. Wolfensohn meletak jawatan kerana gagal berunding dengan parti politik Hamas dan meyekat kewangan kepada Pihak Berkuasa Palestin.

Wakil Kuartet sunting

Pautan luar sunting