Kuarza terlakur

Kuarza terlakur atau kaca silika terlakur ialah sejenis kaca yang terdiri daripada silika (silikon dioksida, SiO2) hampir tulen dana bentuk bukan kristal. Ini berlainan dengan jenis-jenis kaca lain yang memiliki bahan tambahan untuk mengubah ciri fizikal dan optik kaca seperti menurunkan takat lebur. Kuarza terlakur pula memiliki takat lebur yang tinggi, menjadikan ia kurang sesuai bagi kegunaan-kegunaan lazim. Kuarza terlakur ini berbeza sifatnya dengan kuarza hablur.[1] Dengan ini, kuarza terlakur digunakan dalam bidang khusus seperti semikonduktor dan peralatan makmal.

Sejenis cip memori, EPROM yang diperbuat daripada kuarza terlakur.

Berbanding dengan kaca-kaca lain, penghantaran cahaya dalam silika tulen turut meliputi bahagian ultralembayung dan inframerah, membolehkan kaca ini digunakan dalam menghasilkan kanta-kanta atau peralatan optik yang dikhususkan bagi cahaya-cahaya ini. Bergantung dengan cara penghasilan, bendasing boleh menghalang penghantaran ini lalu membawa kepada gred-gred kuarza terlakur yang dikhususkan bagi cahaya inframerah atau ultralembayung. Darjat pengembangan haba kuarza terlakur yang rendah menjadikan ia sesuai bagi kaca jitu.[2]

RujukanSunting

  1. ^ "Quartz vs. Fused Silica: What's the Difference?". Swift Glass (dalam bahasa Inggeris). 2015-09-08. Dicapai pada 2017-08-18.
  2. ^ De Jong, Bernard H. W. S.; Beerkens, Ruud G. C.; Van Nijnatten, Peter A. (2000). "Glass". Ullmann's Encyclopedia of Industrial Chemistry. doi:10.1002/14356007.a12_365. ISBN 3-527-30673-0.