"Kuasa Cintamu" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh penyanyi wanita Malaysia, Siti Nurhaliza, dikeluarkan pada 1 Disember 2020 sebagai single kelapannya dari album studio ke-19 beliau, ManifestaSITI2020 dan sebagai lagu tema siri drama Hari Kita Jatuh Cinta. Lagu ini ialah hasil nukilan penyanyi dan komposer Indonesia, Melly Goeslaw. Sebuah muzik video telah diterbitkan bagi mempromosikan single ini, diarahkan oleh Adriana Tunku.

"Kuasa Cintamu"
Single oleh Siti Nurhaliza
daripada album ManifestaSITI2020
Dilancarkan pada1 Disember 2020
FormatMuat turun digital
GenrePop
Panjang4:07
SyarikatSiti Nurhaliza Productions, Universal Music Group (Malaysia)
PenulisMelly Goeslaw, Siti Nurhaliza
PenerbitAubrey Suwito
Kronologi single Siti Nurhaliza
""Siapa Tak Mahu"
(2020)"
"Kuasa Cintamu" ""Takhta Dunia"
(2021)"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Penerbitan sunting

"Kuasa Cintamu" ialah lagu hasil nukilan bersama Melly Goeslaw dan Siti, dengan Aubrey Suwito mengendalikan proses penerbitan. Lagu ini memiliki sentuhan peribadi untuk anak perempuannya, Siti Aafiyah Khalid.[1] Dalam temuramah bersama Harian Metro, beliau berkata:

"Sebenarnya, semua lagu saya suka tapi kalau ikut sentuhan peribadi saya suka lagu "Kuasa Cintamu" sebab lagu itu ditulis liriknya khas buat anak saya, Aafiyah. Dalam lagu itu, saya luahkan segala perasaan dan emosi sepanjang penantian saya mendapatkan Aafiyah. Rasa bersyukur apabila doa saya dimakbulkan Allah SWT untuk dikurniakan cahaya mata".[1]

Muzik video sunting

Muzik video untuk "Kuasa Cintamu" diarahkan oleh Adriana Tunku dan dilancarkan serentak dengan singlenya pada 1 Disember 2020. Ia turut menampilkan anak sulung Siti, Siti Aafiyah Khalid.[2][3]

Untuk muzik video ini, Adriana dan pasukan penerbitannya mengambil tema yang lebih luas dalam menggambarkan kuasa cinta dalam kehidupan seseorang itu dengan menampilkan kisah hidup Siti sendiri sebagai tema utama dalam video muzik ini, menyoroti kembali perjalanan hidup Siti dari kecil hingga dewasa dan setiap bentuk cinta yang pernah dirasainya dari dahulu hingga kini.[4]

Ulasan kritis sunting

Dalam ulasan retrospektif beliau mengenai ManifestaSITI2020 di Malaysiakini, Hania Rafei berpendapat "Kuasa Cintamu" sebagai "karya yang menjulang Siti di peringkat lebih tinggi - walaupun nampak sangat seperti 'Melly Goeslaw' tidak kira dari aspek penulisan, susunan muzik dan melodi". Beliau berkata: "Walaupun konsep “cinta” pada kebanyakan lagu ini sudah terlalu biasa, namun [...] begitu dinamik".[5]

Format dan senarai runut sunting

Muat turun dan penstriman digital[6][7]
  1. "Kuasa Cintamu" – 4:07

Rujukan sunting

  1. ^ a b Najiy Jefri (6 Julai 2020). "Sentuhan peribadi Kuasa Cintamu". Harian Metro. Dicapai pada 6 Disember 2020.
  2. ^ "Siti Aafiyah jadi penyeri MV Kuasa Cintamu". Astro Awani. 1 Disember 2020. Dicapai pada 6 Disember 2020.
  3. ^ "Aksi comel Aafiyah dalam video muzik Siti". Berita Harian. 1 Disember 2020. Dicapai pada 6 Disember 2020.
  4. ^ Najiy Jefri (1 Disember 2020). "Video muzik teristimewa Siti". Harian Metro. Dicapai pada 6 Disember 2020.
  5. ^ Hania Rafei (6 Julai 2020). "ManifestaSiti2020 tak kurang beza dengan album 14 tahun lalu". Malaysiakini. Dicapai pada 9 Julai 2020.
  6. ^ "ManifestaSITI2020, album by Siti Nurhaliza". iTunes Store (MY). Apple. 3 Julai 2020. Dicapai pada 3 Julai 2020.
  7. ^ "ManifestaSITI2020 by Siti Nurhaliza". Spotify. 3 Julai 2020. Dicapai pada 3 Julai 2020.