Kuasa veto
Kuasa veto merujuk kepada hak yang diberi kepada seseorang atau sesuatu kumpulan untuk menolak sebarang keputusan undang-undang yang diluluskan oleh beberapa ahli yang lain. Veto berasal dari bahasa Latin yang bermaksud "Saya melarang". Biasanya hak ini adalah terhad sebab eksekutif dan penggubal undang-undang mempunyai tanggungjwab serta tugas yang berlainan seperti termaktub di dalam konsep pembahagian kuasa.
Kuasa veto Sunting
Di bawah perlembagaan Amerika Syarikat, presidennya mempunyai kuasa veto keatas sebarang rang undang-undang yang diluluskan Kongres. Namun kuasanya adalah terhad dan ia boleh dimansuhkan dengan undi dua pertiga dari kedua-dua dewan Kongres.