Kubur Pahlawan Perang Padang Kachung

Kubur Pahlawan Perang Padang Kachung terletak di Hulu Terengganu, Terengganu, Malaysia.

Kubur Pahlawan Perang Padang Kachung
قبور ڤهلاون ڤراڠ ڤادڠ كاچوڠ
Luas5.66 hektar[1]
Kubur 12, Kubur Dua Belas, Kubur Besar[2]

Sejarah sunting

Kubur Pahlawan Perang Padang Kachung berada di dalam kawasan Masjid Kuala Telemong. Pada tahun 1928, British memperkenalkan dasarnya di Terengganu. Disinilah bersemadinya 12 pejuang yang menentang dasar British lalu kubur ini dipanggil 'Kubur 12' atau 'Kubur Besar'.

Mereka berkumpul dengan harapan dapat berjumpa dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah di Kuala Terengganu namun hasrat sebenar mereka telah diputarbelitkan dengan mengatakan kepada Baginda bahawa 12 petani itu akan melakukan pemberontakan. Pihak polis telah diarahkan oleh Baginda untuk menghalangkan mereka.

Ketika di Padang Kachung, para petani telah berdepan dengan pihak polis. Pihak polis cuba menghalang pergerakan mereka namun ada di antara mereka yang ingkar dengan arahan pihak polis lalu menyebabkan situasi menjadi tidak terkawal. Pihak polis memutuskan untuk melepaskan tembakan lalu terkena pada 12 orang petani itu.[3]

Menurut versi yang lain pula mengatakan bahawa peristiwa berkenaan tercetus berikutan hasrat British yang ingin menghapuskan sisa pengaruh Islam kerajaan Turki Uthmaniyah yang terakhir iaitu di Kuala Berang, Terengganu.[4]

Senarai Nama Pejuang Terkorban sunting

  • Mahmud bin Mat Diah
  • Lebai Abdul Rahman (Tok Janggut)
  • Idris bin Muhamad
  • Mamat bin Musa
  • Muhamad bin Yunus
  • Abdullah bin Muhamad
  • Ismail bin Ali
  • Muhamad bin Jusoh
  • Muhamad bin Idris
  • Muhammad bin Abdullah
  • Abdul Hamid bin Ismail
  • Sulaiman bin Salleh

Seperti yang tercatat pada Plak Info[5]

Rujukan sunting

Pautan luar sunting