Kucing (atau dalam bahasa Latin dikenali sebagai Felis) merupakan buruj yang dicipta oleh ahli falak Perancis, Jérôme Lalande pada 1799. Beliau memilih nama "Felis" kerana beliau adalah seorang pencinta kucing dan beliau berasa kasihan kerana tiada nama kucing dalam kalangan buruj (walaupun terdapat dua singa dan seekor kucing liar). Ia terletak di antara buruj Pam Angin (Antlia) dan Ular (Hydra).

Buruj Kucing (Felis) daripada karya Uranographia (1801).

Buruj ini pertama kali digambarkan di dalam Uranographia sive Astrorum Descriptio (1801) oleh Johann Elert Bode. Kini, buruj Kucing sudah lapuk.

Pautan luar sunting

  • Kucing di laman ianridpath.com