Kuda Anglo-Arab

Anglo-Arab merupakan satu baka kuda kacukan yang mengandungi darah kuda Arab. Ia merupakan hasil daripada kacukan baka Thoroughbred (oleh itu, awalan "Anglo" diberikan) dengan Arab. Kacukan boleh dilakukan antara seekor kuda jantan Thoroughbred dengan kuda betina Arab, atau sebaliknya. Ia juga boleh dilakukan antara seekor kuda Anglo-Arab dengan kuda Thoroughbred atau, alternatifnya, seekor kuda Anglo-Arab dengan seekor Arab. Kacukan lain yang dibenarkan antara dua ekor kuda Anglo-Arab. Tidak kisah mana-mana proses kacukan, seekor kuda mesti memiliki minimum 12.5% darah kuda Arab untuk dianggap sebagai seekor kuda Anglo-Arab.

Anglo-Arab

Seekor kuda Anglo-Arab kelabu
Ciri-ciri unggul: Bentuk badan cantik, kuat, dan kuda , powerful, memiliki ciri-ciri kuda sukan. Menggabungkan ciri dan sifat baka kuda Arab dan Thoroughbred
Nama alternatif: Anglo-Arab
Negara asal: Seluruh dunia, paling popular di United Kingdom, Perancis, dan Amerika Syarikat
Standard baka
Persatuan Nationale Anglo-Arabe: Standard baka
Persatuan Kuda Arab: Standard baka
Kuda (Equus ferus caballus)

Perancis merupakan salah satu negara pengeluar kuda Anglo-Arab terbesar. Kuda Anglo-Arab Perancis boleh dijejak kepada dua ekor kuda jantan: kuda stud Arab bernama Massoud dan seekor kuda "Turki", kemungkinan kini telah pupus iaitu kuda Turkoman atau "Turkmene" bernama Aslam. Kuda-kuda yang diimport dari Syria ini kemudian dikacukkan dengan tiga ekor kuda betina Thoroughbred, iaitu Comus Mare, Selim Mare, dan Daer. Beberapa tahun kemudian, tiga ekor anak kuda betina iaitu — Clovis, Danae, dan Delphine — membentuk asas untuk program pembiakan kuda Anglo-Arab Perancis. Ladang pembiakan utama kuda Anglo-Arab, Pompadour National Anglo-Arab Stud, yang terletak di Arnac-Pompadour, sebuah commune dalam jabatan Corrèze, tengah Perancis, menjadi tuan rumah bagi Château de Pompadour yang terkenal. Selain itu, kawasan ini juga menjadi ibu pejabat French National Stud'. Kuda Anglo-Arab memiliki salah satu buku stud tertua Perancis, dan Selle Français, kuda sukan penting negara, masih membawa pengaruh kuda Anglo-Arab yang kuat.

Pada masa lalu, kuda Anglo-Arab telah digunakan untuk tujuan tentera. Bagaimanapun, ia kini banyak digunakan sebagai tunggangan dan kuda sukan. Kuda ini juga beraksi dengan baik dalam bidang eventing, ekoran stamina, kelajuan dan keupayaan untuk melompat. Di Amerika Syarikat, Anglo-Arab dianggap sebagai satu baka "kacukan" Arab, dan oleh itu didaftarkan dalam seksyen berasingan dalam Persatuan Kuda Arab.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

Templat:Commons+cat