Kuda belang Grévy

(Dilencongkan dari Kuda Belang Grevy)

Kuda belang Grévy (Equus grevyi) merupakan ahli keluarga Equidae liar maujud yang paling besar dan yang paling terancam daripada ketiga-tiga spesies kuda belang, selain kuda belang daratan dan kuda belang gunung. Dinamai sempena Jules Grévy, ia merupakan satu-satunya ahli yang masih wujud dalam subgenus Dolichohippus. Kuda belang Grévy berasal dari Kenya dan Habsyah. Dibandingkan dengan kuda belang lain, ia tinggi, bertelinga besar, dan lebih tirus belangnya.

Kuda belang Grévy[1]
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
E. grevyi
Nama binomial
Equus grevyi
Oustalet, 1882
Taburan kuda belang Grévy
(biru — asli, merah — import)

Kuda belang Grévy hidup di kawasan padang rumput separa gersang di mana ia makan rumput dan kekacang. Ia mampu hidup hingga lima hari tanpa air. Kewilayahan jantan serta hubungan ibu dengan anak merupakan asas sistem sosial kuda belang Grévy. Spesies ini dianggap terancam. Bilangannya telah merosot dari 15,000 ke 3,000 ekor sejak 1970-an. Tetapi setakat tahun 2008, bilangannya telah stabil.

Rujukan sunting

  1. ^ Templat:MSW3 Perissodactyla
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan iucn tidak disediakan