Kuda Habsyah merujuk kepada baka-baka kuda yang didapati di Habsyah, dahulunya dikenali sebagai Abyssinia. Terdapat sekitar 2.8 juta ekor kuda di Habsyah, lebih daripada separuh daripada jumlah keseluruhan kuda di benua Afrika.[1]:11 Habsyah hanya melaporkan baka Abyssinia kepada DAD-IS.[2] Pada tahun 2012, kuda-kuda dari Habsyah dipecahkan kepada lapan baka atau jenis berbeza mengikut taburan setempat, termasuk populasi kuda feral yang diancam kepupusan, iaitu kuda Kundudo.

Kuda Habsyah
Seekor kuda betina putih kurus berdiri di cerun gunung
Seekor kuda betina Kundudo di Kundudo
Negara asalHabsyah
TaburanSerantau
Kegunaan

Equus ferus caballus
Membajak dengan menggunakan kuda di utara Habsyah
Kuda betina Kundudo dengan anaknya
Kuda kebiri Habsyah telah dibawa masuk ke Eropah sekitar tahun 1900 oleh Henri, Putera d'Orléans; dalam C.G. Wrangel: Die Rassen des Pferdes, 1909

Sejarah sunting

Kuda-kuda dari Habsyah, dahulunya dikenali sebagai Abyssinia, sebelumnya diperincikan sebagai jenis tunggal, iaitu "kuda Abyssinia" atau "kuda Habsyah", mempunyai pelbagai saiz, warna dan bentuk kerangka. Pada tahun 1997, dua jenis yang berbeza, Oromo dan Dongola, telah diperincikan.[1]:11 Penyelidikan morphologikal yang diterbitkan pada tahun 2012 memperincikan lapan baka atau jenis berbeza dengan taburan populasi setempat yang berlainan.[3][4]

Sehingga tahun 2007, tiada data populasi yang diserahkan kepada FAO, dan tiada penilaian status perlindungan telah dibuat.[5]:40

Ciri-ciri sunting

Lapan jenis atau baka berbeza boleh didapati di Habsyah.[4]:1

Abyssinia sunting

Baka atau jenis Abyssinia banyak ditemui di bahagian utara Habsyah, terutamanya di Pergunungan Semien di kawasan Gondar, wilayah Amhara. Ia memiliki struktur badan yang buruk, condong ke belakang dan perut yang besar. Ia banyak digunakan dalam kerja-kerja pertanian.[3]:10

Bale sunting

Baka atau jenis Bale juga memiliki struktur badan yang buruk, condong ke belakang dan berperut besar. Ia didapati di kawasan tanah tinggi di Zon Bale, wilayah Oromia, bahagian selatan Habsyah.[3]:10

Borana sunting

Borana merupakan baka tanah rendah dan dibiakkan oleh orang Borana Oromo, terutamanya di kawasan bandar Megga, selatan Habsyah. Ia mempunyai struktur badan yang baik dan selalunya berwarna bay, dan tidak digunakan untuk kerja-kerja menarik.[3]:11

Horro sunting

Baka Horro atau Horo mempunyai struktur badan yang buruk dan digunakan dalam kerja-kerja pertanian di kawasan Horo, barat wilayah Oromia, di barat Habsyah.[3]:5

Kafa sunting

Kafa adalah sejenis baka dengan struktur badan yang baik dan lasak dari hutan hujan di zon-zon Sheka dan Keffa, Wilayah Rakyat, Warganegara dan Negara Selatan.[3]:11

Kundudo sunting

Kundudo adalah satu baka kuda feral dengan populasinya diancam kepupusan, asal usulnya tidak diketahui, boleh ditemui di kawasan dataran Kundudo berdekatan dengan bandar Harar, dalam zon Misraq Hararghe di Oromia.[3]:11

Ogaden sunting

Somali, Ogaden atau Wilwal adalah satu baka dengan struktur badan yang baik dari wilayah Somali, Habsyah (tradisinya Ogaden), dan tertumpu di kawasan bandar Jijiga.[3]:11

Selale sunting

Selale atau Oromo adalah satu baka kuda tunggang yang baik dari Shewa, kawasan tengah Habsyah. [3]:9

Kegunaan sunting

Habsyah adalah salah satu negara termiskin di dunia. Sekitar tiga suku daripada keseluruhan ladang-ladang terletak kira-kira antara 1 hingga 1.5 hari perjalanan kaki daripada jalan-raya terdekat.[6]:18 Kuda, baghal dan keldai merupakan pengangkutan utama untuk mengangkut dan melakukan kerja-kerja pertanian seperti membajak.[1]:11[3]:5 Beberapa baka, di beberapa kawasan, banyak digunakan sebagai haiwan tunggangan.

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Alemayehu Lemma (2004). Case studies on reproductive activity of equines in relation to environmental factors in central Ethiopia. Doctoral thesis, Humboldt-Universität, Berlin. [Berlin] : Alemayehu Lemma.
  2. ^ Breed data sheet: Abyssinian/Ethiopia. Domestic Animal Diversity Information System of the Food and Agriculture Organization of the United Nations. Accessed December 2016.
  3. ^ a b c d e f g h i j E. Kefena, Tadelle Dessie, J.L. Han, M.Y. Kurtu, S. Rosenbom, A. Beja-Pereira (2012). Morphological diversities and ecozones of Ethiopian horse populations. Animal Genetic Resources/Ressources génétiques animales/Recursos genéticos animales 50: 1-12. doi:10.1017/S2078633612000021
  4. ^ a b [s.n.] (2013). Country report supporting the preparation of The Second Report on the State of the World's Animal Genetic Resources for Food and Agriculture. Rome: Food and Agriculture Organization of the United Nations. Accessed December 2016.
  5. ^ Barbara Rischkowsky, D. Pilling (eds.) (2007). List of breeds documented in the Global Databank for Animal Genetic Resources, annex to The State of the World's Animal Genetic Resources for Food and Agriculture. Rome: Food and Agriculture Organization of the United Nations. ISBN 9789251057629. Accessed December 2016.
  6. ^ Institute of Biodiversity Conservation (2004). The State of Ethiopia's Farm Animal Genetic Resources: Country Report. A Contribution to the First Report on the State of the World's Animal Genetic Resources. Addis Ababa, Ethiopia: Institute of Biodiversity Conservation.