Kuda Indian Amerika

Kuda Indian Amerika seperti ditakrifkan oleh daftar bakanya adalah seekor kuda yang mungkin membawa genetik leluhur kuda Barb Sepanyol, Arab, Mustang, atau "Foundation" Appaloosa.[1] Ia merupakan keturunan kuda-kuda yang asalnya dibawa masuk penjajah Sepanyol dan diperolehi oleh orang-orang Asli Amerika.[2] Daftar ini telah ditubuhkan pada tahun 1961 apabila beberapa para pembiak kuda berdarah Kuda Penjajah Sepanyol menganggap para pembiak kuda Mustang Sepanyol menjauhi phenotaip "kuda Indian" asli.[3] Pertubuhan ini dimulakan "untuk tujuan mengumpul. merekod dan memelihara latar belakang Kuda Indian Amerika."[4] Pendaftar ini juga membenarkan "hibrid [sic] dan keturunan" Kuda Penjajah Sepanyol asli untuk didaftarkan.[5] Kuda-kuda yang telah didaftarkan dengan pendaftar-pendaftar lain akan didaftar dua kali dengan pendaftar ini sekiranya ia memenuhi syarat-syarat bentuk umum.[1]

Kuda Indian Amerika
Ciri-ciri unggul: Jenis kuda Penjajah Sepanyol yang tahan lasak, boleh didapati dalam pelbagai warna
Negara asal: Amerika Syarikat
Nama gelaran biasa: Kuda padi lembu, kuda kerbau, kuda padi Indian, "Mustang", cayuse, kuda padi Sepanyol
Standard baka
Daftar Kuda Indian Amerika: Standard baka
Kuda (Equus ferus caballus)

Kegunaan sunting

Kuda Indian Amerika ditunggang dalam kelas daya barat dalam pertunjukan kuda dan pertandingan kelajuan Gymkhana.[5] Ia juga diguanakan bagu untuk tunggangan liburan dan tunggangan trek.

Rujukan sunting

  1. ^ a b "What is an American Indian Horse?". indianhorse.com. Dicapai pada 23 February 2015.
  2. ^ "American Indian Horse History". indianhorse.com. Dicapai pada 23 February 2015.
  3. ^ Lynghaug, Fran (2009). The Official Horse Breeds Standards Guide. MBI Publishing Company. m/s. 16–23. ISBN 9781616731717. Dicapai pada 23 February 2015.
  4. ^ "About". indianhorse.com. Dicapai pada 23 February 2015.
  5. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan nationals tidak disediakan

Templat:Horse breeds of Canada and the United States