Kuda Kanada (Perancis: cheval canadien) adalah satu baka kuda dari Kanada. Kuda ini adalah satu baka kuda yang kuat dan berotot baik, dan biasanya berwarna gelap. Kuda Kanada umumnya digunakan dalam aktiviti tunggangan dan driving. Ia berasal daripada kuda-kuda penarik dan tunggang ringan yang dibawa masuk ke Kanada pada akhir tahun 1600an. Ia kemudian dikacukkan dengan baka-baka kuda Amerika Syarikat dan Britain yang lain. Pada kurun ke-18, populasi kuda Kanada merebak ke seluruh timur laut A.S, di mana ia menyumbang kepada pembiakkan beberapa baka kuda lain. Pada zaman kemuncaknya, terdapat tiga sub-jenis yang boleh dibezakan iaitu, jenis kuda penarik, jenis trotting dan jenis pacing. Beribu-ribu kuda dieksport pada kurun ke-19, banyak darinya mati semasa digunakan sebagai kuda kavalri dalam Perang Saudara Amerika. Eksport ini telah mengurangkan populasi baka asli Kanada sehingga hampir pupus, mencetuskan satu formasi studbook dan kelulusan undang-undang untuk melarang eksport.

Kuda Kanada

Nama alternatif: Kuda Kanada Perancis
Negara asal: Kanada
Standard baka
Persatuan Pembiak Kuda Kanada: Standard baka
Persatuan Pemuliharaan dan Warisan Kuda Kanada: Standard baka
Kuda (Equus ferus caballus)

Program eksperimen pembiakan pada awal kurun ke-20, pada satu tahap berjaya mewujudkan semula baka ini, akan tetapi pengenalan teknologi mekanikal dan kehadiran dua perang dunia sekali lagi menggangu program baka sehingga hampir pupus sekali lagi. Pada tahun 1980an, kebimbangan akan penurunan jumlah populasi, para peternak yang berminat telah terlibat dalam sebuah program promosi yang mana mencetus semula minat pada baka ini. Menjelang tahun 1990an, jumlah populasi semakin tinggi dan kajian-kajian genetik pada tahun 1998 dan 2012 mendapati tahap kepelbagaian genetik yang tinggi bagi satu baka dalam jumlah yang kecil. Bagaimanapun, pertubuhan-pertubuhan pemuliharaan haiwan ternakan masih menganggap baka ini masih berisiko di sebabkan jumlah populasinya yang rendah.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

Templat:Horse breeds of Canada and the United States