Kuda Penjajah Sepanyol

Kuda Penjajah Sepanyol adalah satu istilah yang digunakan untuk satu kumpulan baka kuda dan kuda feral yang berasal daripada stok kuda Iberia asal yang dibawa masuk dari Sepanyol ke benua Amerika.[1] Jenis leluhur kuda yang mana terhasilnya baka kuda ini dipercayai merupakan hasil produk kacukan antara kuda Iberia dan Barb dari Afrika Utara.[2] Istilah ini terdiri dari banyak strain atau baka yang kini banyak ditemui di Amerika Utara. Status pemuliharaan kuda Penjajah Sepanyol dianggap terancam dengan tujuh strain individu secara spesifik telah dikenal pasti.[3][a] Kuda ini telah didaftarkan dengan beberapa entiti.

Kuda Penjajah Sepanyol

Kuda Banker adalah contoh Kuda Pejajah Sepanyol
Ciri-ciri unggul: Saiz kecil, jenis Sepanyol, penanda darah menandakan asal-usul dari Semenanjung Iberia
Kuda (Equus ferus caballus)

Kuda Penjajah Sepanyol, satu penggelasan umum yang dipopularkan oleh D. Philip Sponenberg, adalah tidak sama dengan Mustang Sepanyol, satu nama yang diberikan kepada satu baka yang dipiawaikan secara spesifik ekoran usaha-usaha oleh para ahli pemuliharaan di Amerika Syarikat untuk mengekalkan kuda-kuda dari "jenis" Penjajah Sepanyol.[1] Penanda darah bagi kuda Penjajah Sepanyol telah ditemui pada beberapa populasi kuda Mustang. Kumpulan-kumpulan kecil kuda "jenis" Penjajah Sepanyol berlokasi di pelbagai ladang-ladang pembiakan kuda, kuda misi, dan kuda orang Asli Amerika, terutamanya yang dimiliki secara persendirian.[1]

Notes sunting

  1. ^ Those identified are the Baca-Chica, Banker Horse, Choctaw, Florida Cracker, Marsh Tacky, Santa Cruz, and Wilbur-Cruce.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Sponenberg, D. Philip. "North American Colonial Spanish Horse Update July 2011".
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Luis tidak disediakan
  3. ^ a b The Livestock Conservancy

Sumber sunting