Kuda Turkoman atau Turkmene merupakan satu baka kuda Timur yang berasal dari kawasan steppe Asia Tengah tetapi kini pupus. Ia telah mempengaruhi banyak baka kuda lain, termasuklah kuda Belima (Thoroughbred). Sesetengah kuda yang dibiak baka di Turkmenistan kini masih bergelar Turkoman, malah memiliki ciri-ciri yang serupa.

Seekor kuda Akhal-Teke. Bakanya amat serupa dengan kuda Turkoman yang sudah pupus. Sesetengah ahli sejarah percaya bahawa kedua-duanya adalah dua kelaianan untuk baka yang sama.
Byerley Turk, antara leluhur kepada baka Belima, yang mungkin seekor kuda Turkoman

Antara keturunan masa kininya adalah Akhal-Teke, Iomud (juga dikenali sebagai Yamud atau Yomud), Goklan dan Nokhorli.[1]

Ciri-ciri

sunting

Kuda Turkoman terkenal dengan ketahanan lasaknya. Tubuh badannya langsing bak a anjing greyhound. Walaupun tampil dengan kehalusan, namun baka ini sebenarnya adalah antara yang paling sukar dikendalikan di dunia. Tampang sisinya lurus, lehernya besar, bahunya bercerun. Belakangnya panjang dengan suku-suku yang lereng dan abdomen yang berlipat. Kakinya panjang dan berisi ototnya. Panjang kudanya 15–16 tangan.

Bulu kuda Turkomen berbagai-bagai warna dan lazimnya berkilauan. Ini disebabkan perubahan dalam struktur sehelai demi sehelai bulunya. Terdapat banyak teori untuk menjelaskan mengapa bulu kuda Turkomen dan keturunannya menyilau, tetapi tiada yang menjelaskan mengapa kuda Turkoman itu sendiri mendapat manfaat daripada perbezaan genetik sedangkan tidak begitu bagi kuda-kuda lain.

Rujukan

sunting
  1. ^ Firouz, Louise. "A Look at the Turkoman Horse in Iran". Museum of the Horse. Dicapai pada 2013-04-23.