Kuda feral atau kuda jalang merujuk kepada kuda bebas-liar yang berasal daripada kuda baka peliharaan. Oleh itu, kuda feral bukanlah sejenis haiwan liar. Bagaimanapun, beberapa populasi kuda-kuda feral diuruskan sebagai hidupan liar, dan kuda-kuda ini sering kali dipanggil sebagai kuda "liar". Kuda-kuda feral merupakan keturunan daripada kuda-kuda peliharaan yang terlepas, melarikan diri atau secara sengaja dilepaskan ke alam liar dan kekal hidup dan membiak di sana. Jauh dari manusia, seiring masa berlalu tingkah laku haiwan-haiwan berubah ke arah kuda liar. Beberapa kuda yang dihup dalam persekitaran feral tetapi kadang kala mungkin diuruskan atau dikendalikan oleh manusia, terutamanya dalam harta persendirian dirujuk sebagai "separa-feral".

Kuda padi Chincoteague feral di Pulau Assateague, Virginia
Kuda feral di Namib
Kuda feral di Lembah Tule, Utah

Kuda-kuda feral biasanya hidup dalam gerombolan, kumpulan atau kawanan. Kumpulan kuda feral ini, sepertimana kuda liar biasanya terdiri daripada beberapa ekor kuda betina dan diketuai oleh seekor kuda betina matang dominan, termasuk beberapa kuda betina lain bersama anak-anaknya, serta kuda-kuda muda dari kedua-dua jantina. Biasanya terdapat seekor kuda jantan, bagaimanapun ada beberapa ketika terdapat beberapa ekor kuda jantan kurang dominan yang bersama dengan kumpulan ini. Sekumpulan kuda biasanya terdiri daripada beberapa kawanan kecil yang berkongsi kawasan yang sama. Satu kawanan kuda biasanya mempunyai bilangan yang lebih kecil, sekecil tiga hingga lima ekor kuda, kadang kala mungkin meningkat hingga lebih sedozen. Jumlah kawanan berubah pada setiap masa kerana kuda-kuda muda akan dihalau keluar dan menyertai kawanan lain, atau sebagai kuda jantan muda; ia akan mencabar kuda-kuda jantan yang lebih tua untuk menguasai kawanan. Bagaimanapun, dalam satu ekosistem tertutup (seperti kawasan-kawasan perlindungan di mana kebanyakan kuda-kuda feral ditemui pada hari ini), untuk mengekalkan kepelbagaian genetik, saiz minimum untuk populasi kuda lepas-bebas adalah 150–200 ekor.[1]

Populasi kuda feral sunting

Kuda-kuda yang hidup dalam keadaan tidak dijinakkan, tetapi leluhurnya berasal daripada pembelajinakan, adalah bukan kuda "liar" sebenar; ia merupakan kuda-kuda feral. Kuda-kuda liar sebenarnya pada hari ini adalah kuda Przewalski yang berasal dari padang rumput di tengah Asia. Contoh terbaik kuda-kuda feral adalah kuda-kuda "liar" dari Amerika Barat. Apabila orang-orang Eropah membawa masuk kuda-kuda ke Amerika, bermula dengan kedatangan pada konquistador pada kurun ke-15, beberapa kuda terlepas dan membentuk kawanan feral yang kini dikenali sebagai mustang.

Australia mempunyai populasi kuda feral terbesar di dunia, dengan lebih 400,000 ekor kuda feral.[2] Nama setara kepada kuda Mustang di Australia adalah brumby, kawanan kuda feral yang berturunan daripada kuda-kuda yang dibawa masuk ke Australia oleh para peneroka Inggeris.[3][4]

Di Portugal, satu populasi kuda-kuda feral lepas-bebas yang dikenali sebagai garrano, hidup di rangtaian pergunungan utara. Populasi terpisah kuda feral juga ditemui di beberapa tempat lain termasuk Pulau Sable di luar pantai Nova Scotia, Pulau Assateague di luar pantai Virginia dan Maryland, Pulau Cumberland, Georgia, dan Pulau Vieques di luar pantai Puerto Rico. Beberapa kuda-kuda feral ini dikatakan berasal daripada kuda-kuda yang berjaya berenang ke tanah semasa kapalnya telah karam. Pendapat lain menyatakan bahawa ia sengaja dibawa ke pelbagai pulau oleh para peneroka dan sama ada ditinggalkan untuk membiak secara bebas atau ditinggalkan apabila penerokaan oleh manusia gagal.

Lebih daripada 700 ekor kuda feral hidup di kaki bukit di Gunung Cincar, terletak antara Livno dan Kupres, Bosnia dan Herzegovina, dalam kawasan sekitar 145 km2 (56 bt2). Kuda-kuda ini berasal daripada kuda-kuda yang dibebaskan oleh para pemiliknya pada tahun 1950an, menikmati status perlindungan sejak tahun 2010.[5]

Satu populasi kuda feral moden (janghali ghura) yang ditemui di kawasan simpanan Taman Negara dan Biosfera Dibru-Saikhowa di Assam, timur laut India, dengan kawanan bersaiz sekitar 79 ekor merupakan keturunan kuda-kuda yang terlepas daripada kem-kem semasa Perang Dunia II.[6]

Banya spesies kuda pra-sejarah kini telah pupus, berevolusi di Amerika Utara, akan tetapi kuda-kuda feral pada hari ini adalah keturunan kuda-kuda yang dibela-jinak di Eropah.[7] Di Amerika Syarikat Barat, beberapa kawanan kuda dan burro telah dilindungi di bawah Akta Burro dan Kuda Lepas-Bebas dan Liar 1971. Kira-kira 40,000 ekor mustang hidup di Florida.[8]

Kuda feral moden sunting

Jenis kuda feral moden yang memiliki peratusan signifikan dalam jumlah populasi yang hidup dalam keadaan feral, meskipun populasi dalam keadaan bela-jinak masih wujud, adalah seperti berikut:

Afrika
Amerika Utara
lihat juga Pengurusan kuda lepas-bebas di Amerika Utara
Amerika Selatan
  • Lavradeiro di utara Brazil[10]
  • Kawanan kecil kuda liar ditemui di páranos dalam kawasan Sierra Nevada de Santa Marta di Colombia dan dipercayai merupakan keturunan kuda-kuda yang dibawa masuk oleh para conquistador Sepanyol.[11]
  • Satu populasi kecil kuda-kuda feral yang hidup di kaki bukit Cordillera Real bersebelahan dengan bandar La Paz di Bolivia; kawanan ini berkeliaran di padang rumput tanah tinggi sehingga 4700 m di atas aras laut. Asal usul kawanan terancam ini tidak diketahui.
Asia
Eropah
Oceania

Kuda separa-feral sunting

 
Kuda padi Exmoor separa-feral di Porlock, Exmoor: Ia dikumpulkan pada setiap tahun untuk mengeluarkan anak kuda padi dan menilai stok.

Di United Kingdom, kawanan kuda padi separa-feral hidup dalam persekitaran liar di banyak tempat, terutamanya di Dartmoor, Exmoor, Cumbria (Fell Pony), dan New Forest. Populasi kuda dan kuda padi yang serupa juga didapati di seluruh benua Eropah. Haiwan-haiwan ini, meskipun tidak sepenuhnya feral, oleh kerana ia hidup dalam kawasan persendirian, dan berkeliaran di paya rawa dan hutan di bawah kuasa hak meragut rumput dimiliki oleh para pemiliknya. Sebahagian daripada populasi ini dilepaskan oleh beberapa sebab seperti latihan untuk ia membesar, direhatkan untuk membolehkan is membiak dalam keadaan biasa dan sebagainya. Dalam beberapa kes, haiwan ini mungkin dimiliki oleh pihak kerajaan dan diurus-selia dalam persekitaran terkawal.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "American Wild Horse Preservation Campaign". wildhorsepreservation.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 November 2011. Dicapai pada 21 May 2015.
  2. ^ "Pest animal risk assessment — Feral Horse" (PDF). Queensland Primary Industries and Fisheries. June 2009. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 16 March 2011. Dicapai pada 17 December 2010.
  3. ^ Nimmo, D. G.; Miller, K. K. (2007). "Ecological and human dimensions of management of feral horses in Australia: A review". Wildlife Research. 34 (5): 408–417. doi:10.1071/WR06102.
  4. ^ Dobbie, W. R.; Berman, D.; Braysher, M. L. (1993). Managing Vertebrate Pests: Feral horses. Canberra: Australian Government Publishing Service. ISBN 0644252863.
  5. ^ "Pušteni da slobodno žive u prirodi: Livanjski divlji konji — jednistvena atrakcija u Europi". Novi list (dalam bahasa Croatia). HINA. 2 August 2015. Dicapai pada 6 June 2017.
  6. ^ Dibru-Saikhowa National Park and Biosphere reserve Diarkibkan 11 Jun 2010 di Wayback Machine
  7. ^ "Feral Horses: Get The Facts" (PDF). The Wildlife Society. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 5 March 2012. Dicapai pada 4 April 2012.
  8. ^ McKechnie, Gary (2017-01-19). "VISIT FLORIDA". Visit Florida. Dicapai pada 2021-05-02.
  9. ^ SMS VSIP Consulting Inc. "Wild Horses". fonv.ca. Dicapai pada 21 May 2015.
  10. ^ Farid, Zain. "lavradeiros Feral Horse". Dicapai pada 19 December 2015.
  11. ^ Long, J. L. 2003. Introduced Mammals of the World: Their History, Distribution and Influence (Cabi Publishing) by John L. Long (ISBN 9780851997483)
  12. ^ "Wild horse sanctuary for Sri Lanka's Delft Island". www.horsetalk.co.nz. Horse Talk. Dicapai pada 29 November 2016.
  13. ^ "Daily Post: Latest North Wales news, sport, what's on and business". northwales. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 March 2012. Dicapai pada 21 May 2015.
  14. ^ "Meet the last horsemen of these paradise islands". Travel. 2018-12-20. Dicapai pada 2018-12-24.

Pautan luar sunting

  •   Kategori berkenaan Kuda feral di Wikimedia Commons

Templat:Equus (genus)