Kuda laut

Kuda laut (Jawi: كودا لاوت) atau unduk-unduk (Jawi: اوندوق٢) ialah sejenis ikan laut dalam genus Hippocampus dalam keluarga Syngnathidae order Syngnathiformes. Kuda laut adalah perenang yang lebih perlahan daripada arus laut dan perlu menggunakan ekornya untuk menahan pada rumpai laut sebelum dihanyutkan.

Kuda laut
Julat zaman: 23–0 Ma
Miosen Bawah hingga Kini
Hippocampus.jpg
Hippocampus sp.
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Genus:
Hippocampus

Spesies

Lihat teks.

Sinonim

Sebanyak 46 spesies dari keluarga haiwan ini yang dikenalpasti dengan penambahan spesies Hippocampus nalu yang terbaharu setakat Mei 2020.[4]

PeristilahanSunting

Unduk-unduk merupakan turunan akar proto-Melayu-Polinesia Barat.[5]:128-129 Kata ini juga digunakan untuk suatu spesies ikan berkepala tirus seperti haiwan ini iaitu Doryichthys boaja.[6]

Ciri-ciriSunting

Spesies-spesies kuda laut ini wujud dari sekecil 1.5 hingga sebesar 35.5 sentimeter.[7] Kepala dan muncungnya panjang[8] berleher menyerupai kuda begitu juga dengan ekor badan. Kepala ikan ini turut berjambul seakan bermahkota; setiap spesies mempunyai bentuk jambul tersendiri.[9] Dua-dua biji matanya dapat bergerak sendiri seakan mata sesumpah.[8] Ekornya menggulung sepanjang masa kecuali dalam keadaan tertentu.[10]

Haiwan ini dianggap sama jenis dengan ikan cuma tidak bersisik sebaliknya berkulit nipis diregangkan meruas pada rerangka berbuku gelang keras yang melindungi daripada bahaman pemangsa;[11] setiap spesies mempunyai bilangan buku gelang badan yang tersendiri.[12]

TabiatSunting

PergerakanSunting

Kuda laut berenang dengan badan yang menegak sambil menggerakkan sirip belakang manakala sirip sisi (atau pektoral) kepalanya digunakan untuk mengemudi. Pergerakan ia sangat perlahan maka ia sering memaut pada objek pegun menggunakan ekornya.

Ia mampu menyamar dengan baik, bahkan juga mampu tumbuhkan bonjol sendiri pada badan untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran.[13]

PemakananSunting

Kuda laut menggunakan muncung panjang untuk menyedut makanan sekelilingnya.[8]

PembiakanSunting

Telur-telur yang disenyawakan betina pasangan dimasukkan dalam kantung perut jantan bertisu lembut[14] membekalkan bekalan oksigen dan peredaran haba eraman secukup serta membantu penyahtinjaan.[15] Jantan pasangan pula akan menghasilkan hormon prolaktin yang penting untuk tumbesaran telur-telur pada ketika ini. Kebuntingan jantan ini mengambil masa 2 hingga 4 minggu.

Anak-anak ikan menetas dalam kantung yang dikawal tahap kemasinannya agar dapat dibiasakan kepada air laut secara beransur-ansur.[16][17][18]

Hubungan dengan manusiaSunting

Kuda laut dipercayai masyarakat nelayan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia sebagai suatu haiwan yang kuat kerana tenangnya mengharungi air yang deras[19]:302 serta mampu menghalau jampi atau semangat jahat: ketulan ikan ini yang dikeringkan sering digantung depan pintu rumah untuk tujuan ini,[20] begitu juga dengan motif ukiran pada kepala atau salir tingkap rumah Melayu[21] mahupun pada ukiran haluan (atau "bangau") perahu kolek.[19]:302 Rupa kuda laut atau unduk-unduk ini juga sering ditunjukkan pada corak songket dan ukiran keris.[20]

RujukanSunting

  1. ^ Rafinesque Schmaltz, C. S. (1810). "G. Hippocampus". Caratteri di alcuni nuovi generi e nuove specie di animali e piante della Sicilia: con varie osservazioni sopra i medesimi. Palermo: Sanfilippo. m/s. 18.
  2. ^ Hippocampus Rafinesque, 1810, WoRMS
  3. ^ Whitley, Gilbert P. (1931). "New Names for Australian Fishes". The Australian Zoologist. 6 (4): 313.
  4. ^ Short, Graham; Claassens, Louw; Smith, Richard; De Brauwer, Maarten; Hamilton, Healy; Stat, Michael; Harasti, David (19 Mei 2020). "Hippocampus nalu, a new species of pygmy seahorse from South Africa, and the first record of a pygmy seahorse from the Indian Ocean (Teleostei, Syngnathidae)". ZooKeys (934): 141–156. doi:10.3897/zookeys.934.50924. PMC 7253503. PMID 32508498.
  5. ^ Blust, Robert (2002). "The History of Faunal Terms in Austronesian Languages". Oceanic Linguistics. Universiti Hawai'i. 41 (1): 89–139. doi:10.2307/3623329.
  6. ^ "unduk". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  7. ^ "Seahorses, Seahorse Pictures, Seahorse Facts". National Geographic. Dicapai pada 17 May 2012.
  8. ^ a b c Lourie, Sara (2016). Seahorses: A Life-size Guide to Every Species (dalam bahasa Inggeris). Ivy Press. ISBN 9781782403210.
  9. ^ Freret-Meurer, Natalie (2013). "Seahorse Fingerprints: A New Individual Identification Technique". Environmental Biology of Fishes. 96 (12): 1399–1405. doi:10.1007/s10641-013-0118-6. S2CID 13917616.
  10. ^ Porter, Michael M; Adriaens, Dominique; Hatton, Ross L; Meyers, Marc A; McKittrick, Joanna (2015). "Why the seahorse tail is square". Science. 349 (6243): aaa6683. doi:10.1126/science.aaa6683. PMID 26138983.
  11. ^ Porter, Michael M; Novitskaya, Ekaterina; Castro-Ceseña, Ana Bertha; Meyers, Marc A; McKittrick, Joanna (2013). "Highly deformable bones: Unusual deformation mechanisms of seahorse armor". Acta Biomaterialia. 9 (6): 6763–6770. doi:10.1016/j.actbio.2013.02.045. PMID 23470547.
  12. ^ "Observatoire Océanologique de Banyuls sur mer". www.obs-banyuls.fr. Dicapai pada 2015-11-16.
  13. ^ Garrick-Maidment, N.; Trewhella, S.; Hatcher, J.; Collins, K.j.; Mallinson, J.j. (2010-01-01). "Seahorse Tagging Project, Studland Bay, Dorset, UK". Marine Biodiversity Records. 3. doi:10.1017/S175526721000062X. ISSN 1755-2672.
  14. ^ "The biology of seahorses: Reproduction". The Seahorse Project. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 March 2009. Dicapai pada 8 May 2007.
  15. ^ Whittington, Camilla M.; Griffith, Oliver W.; Qi, Weihong; Thompson, Michael B.; Wilson, Anthony B. (2015-09-01). "Seahorse Brood Pouch Transcriptome Reveals Common Genes Associated with Vertebrate Pregnancy". Molecular Biology and Evolution. 32 (12): 3114–31. doi:10.1093/molbev/msv177. ISSN 0737-4038. PMID 26330546.
  16. ^ Milius, S. (2000). "Pregnant: And Still Macho" (PDF). Science News. 157 (11): 168–170. doi:10.2307/4012130. JSTOR 4012130.
  17. ^ Masonjones, H. D.; Lewis, S. M. (2000). "Differences in potential reproductive rates of male and female seahorses related to courtship roles". Animal Behaviour. 59 (1): 11–20. doi:10.1006/anbe.1999.1269. PMID 10640362. S2CID 5999610.
  18. ^ Danielson, Stentor (14 June 2002). "Seahorse Fathers Take Reins in Childbirth". National Geographic News.
  19. ^ a b Mohd Nasrulamiazam Mohd Nasir; Asyaari Muhamad (Jun 2018). "Koleksi Bangau Perahu di Jabatan Muzium Malaysia: Tema dan Makna". Asian Journal of Environment, History and Heritage. Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia. 2 (1): 289–304. ISSN 2590-4213.
  20. ^ a b Azizi Bahauddin (2017). Naratif dan Protagonis dalam Reka Bentuk Warisan: Satu Penceritaan Budaya. Penerbit Universiti Sains Malaysia. m/s. 13–15. ISBN 978-967-461-237-5.
  21. ^ Ong Li Ling (29 Julai 2019). "Malay Architecture in Terengganu". Museum Volunteers. Jabatan Muzium Malaysia. Dicapai pada 2 November 2021.