Kuda padi New Forest

Kuda padi New Forest adalah antara baka kuda padi asli yang terkenal di Kepulauan British.[1] Tingginya sekitar 12 tangan (48 inci, 122 cm) ke 14.2 tangan (58 inci, 147 cm); tetapi setinggi mana pun semua kuda padi ini seharusnya kuat, rajin dan sesuai untuk ditunggang. Ia dihargai kerana tahan lasak, kuat dan melangkah dengan pasti.

Kuda padi New Forest

Kuda padi New Forest di Spy Holms
Ciri-ciri unggul: Amat tegap dengan kelajuan yang banyak, boleh ditunggang oleh kanak-kanak mahupun dewasa, semua warna diterima kecuali tompok hitam putih, tompok putih coklat, dan warna krim bermata biru, tetapi kebanyakannya berwarna bay, berangan, atau kelabu
Negara asal: England
Kuda (Equus ferus caballus)

Baka ini berasal dari New Forest di Hampshire, England selatan, di mana hidupnya kuda sejak sebelum Zaman Ais terakhir; sisa-sisa peninggalan yang bertarikh seawal 500,000 SM telah ditemui di dalam 50 batu (80 km) di pusat New Forest moden. Kajian DNA telah menunjukkan persamaan keturunan dengan kuda-kuda padi jenis Keltik iaitu Asturcón dan Pottok. Banyaknya baka yang telah menyumbang kepada asas baka kuda padi New Forest, tetapi kini hanya kuda padi yang ibu bapanya didaftarkan sebagai baka tulen dalam bahagian daftar baka yang diluluskan boleh didaftarkan sebagai baka tulen. Kuda padi New Forest boleh ditunggang oleh kanak-kanak mahupun dewasa, malah boleh dipandu untuk menarik kereta, serta mampu bersaing dengan kuda-kuda yang lebih besar di pertandingan pertunjukan kuda.

Rujukan sunting

  1. ^ Winter, Dylan (presenter) (20 January 2006). "Fit for the future". Rare steeds. Episod 5. BBC. Radio 4. Dicapai pada 9 June 2012.

Pautan luar sunting