Kudo Haruka
(Dilencongkan dari Kudou Haruka)
Kudo Haruka (工藤遥) adalah anggota kumpulan J-pop, Morning Musume dibawah syarikat Hello! Project. Haruka telah diperkenalkan semasa konsert Hello! Pro Egg 2010. Dia adalah anggota Hello! Pro Egg sebelum menyertai Morning Musume pada tahun 2011.
Kudo Haruka (工藤遥) | |
---|---|
Juga dikenali sebagai | Kuduu |
Berasal dari | Tokyo, Jepun |
Genre | J-pop |
Pekerjaan | Penyanyi |
Tahun aktif | 2010–kini |
Syarikat rakaman | zetima |
Pengkarya berkait | Morning Musume |
Laman sesawang | Hello! Project.com |
Profil sunting
- Nama: Kudo Haruka (工藤遥)
- Nama Samaran: Kuduu (くどぅー)
- Tarikh Lahir: 27 Oktober 1999
- Tempat Lahir: Hokkaido, Jepun
- Jenis Darah: A
- Kumpulan Hello! Project:
- Hello! Pro Egg (2010–2011)
- Morning Musume (2011–)
- Reborn Eleven (2011)
- Hello! Project Mobekimasu (2011–)
Biografi sunting
Kudo Haruka menyertai Hello! Project sebagai anggota Hello! Pro Egg pada Mac 2010, bersama-sama Nagasawa Wakana dan Kizawa Runa.
Pada 29 September 2011, Tsunku telah mengumumkan bahawa dia merupakan anggota kumpulan generasi kesepuluh Morning Musume bersama Iikubo Haruna, Ishida Ayumi dan Sato Masaki.
Generasi Kesepuluh telah memulakan persembahan rasmi mereka pada hari mereka diumumkan masuk ke dalam Morning Musume dalam persembahan lagu "Tomo" semasa konsert musim luruh Morning Musume.
Kemunculan sunting
Filemografi sunting
- Rancangan Televisyen
- [2011–] HELLOPRO! TIME (ハロプロ!TIME)
- Internet
- [2011] Michishige Sayumi no "Mobekimasutte Nani??" (道重さゆみの『モベキマスってなに??』)
Teater sunting
- [30.10.2010-07.11.2010] Ima ga Itsuka ni Naru Maeni (今がいつかになる前に)
- [14.12.2010-18.12.2010] 1974 (Ikunayo) (1974(イクナヨ))
- [08.10.2011-17.10.2011] Ribbon~Inochi no Audition~ (リボーン~命のオーディション~) (sebagai Leonardo da Vinci)