Kuih

(Dilencongkan dari Kue)

Kuih (Jawi: کوءيه; Mal., Sin., kata ganda: kuih-muih کوءيه-موءيه), kueh (Sin.) atau kue (sstgh tempat Ind.) adalah makanan ringan atau pencuci mulut bersaiz kecil yang biasa ditemui serata Nusantara termasuk Brunei, Indonesia, Malaysia, dan Singapura. Kuih-muih ini seringkali mempunyai rasa manis, namun ada juga yang dimasak dengan rasa berlauk.[2]

Kuih
Pelbagai kuih berwarna-warni di Malaysia.
Nama alternatifkueh (Singapura), kue (Indonesia)[1]
JenisPastri Sunting ini di Wikidata
Jenis sajianSnek
Tempat asalBrunei, Indonesia, Malaysia, dan Singapura
Bahan utamaPelbagai snek traditional
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Pelbagai jenis kuih yang boleh didapati di pasar

Gambaran umum sunting

Perkataan "kuih", "kueh" dan "kue" ini kesemuanya dipinjam daripada sebutan Hokkien koé (粿),[3] merujuk kepada potongan kudapan yang dimasak daripada tepung beras.[1] Istilah ini dahulunya merujuk khusus kepada makanan yang dibuat secara kukus menggunakan nasi atau pulut, namun ia kini merangkum lebih luas termasuk pencuci mulut cara Barat berupa kek, puding, biskut mahupun pastri.

Di kawasan tertentu, kuih turut dipanggil tepung, khususnya yang terbuat daripada bahan tersebut.[4] Ia boleh ditemukan dalam nama beberapa jenis kuih seperti tepung talam, tepung pelita dan sebagainya. Di Kelantan, kesemua jenis kuih boleh dipanggil "tepung" memandangkan tepung adakalanya dipanggil "debu".[4] Di Selatan Thailand, kata ini masih dipakai dengan meluas.

Ramuan asas yang ada pada hampir semua kuih tradisi termasuk santan, kelapa, gula melaka dan daun pandan.[5]

Kuih-muih lazim tiada masa khusus untuk dihidangkan, ia boleh sahaja dijamu secara berkudapan tetapi ia lebih dinikmati pada waktu sarapan ataupun semasa minum petang bersama minuman panas seperti teh atau kopi.[5] Ia juga dihidangkan semasa acara keramaian penting seperti hari raya mahupun majlis seperti perkahwinan.[5]

Jenis sunting

Kuih boleh datang dalam dua jenis daripada bahan digunakan dan cara dimasak:[6][7]

  • kuih basah atau kue basah: kuih yang cenderung mengandungi isi berair atau lembap
  • kuih kering atau kue kering: kuih yang mempunyai tekstur kering dibuat secara membakar.

Senarai kuih tradisional sunting

Galeri sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b Claire (27 Mac 2020). "All About Kueh Guide". Nyonya Cooking. Dicapai pada 8 Mei 2022.
  2. ^ Opalyn Mok (27 Mac 2016). "Malaysian kuih: A marriage of flavours and cultures". The Malay Mail. Dicapai pada 4 September 2017.
  3. ^ Amir Farid bin Khairuddin. "Kata Serapan Bahasa Cina". Scribd (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 Julai 2018.
  4. ^ a b Wilkinson, Richard James (1932). "tepong". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 572 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  5. ^ a b c Wong, Julie; Teoh, Debbie (20 Julai 2014). "Snack attack: Malaysian kuih". The Star.
  6. ^ "Perbedaan Kue Basah dan Kue Kering Yang Kamu Mungkin Belum Tahu". Inspirasi Baking. PT Sriboga Flour Mill. 27 April 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Julai 2018. Dicapai pada 2 Julai 2018.
  7. ^ "kuih". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.