Kugan Ananthan merupakan seorang lagi tahanan polis yang mati dalam lokap pada 20 Januari 2009 di Balai Polis USJ 8 (Balai Polis Taipan), Subang Jaya, Selangor, Malaysia. Dia berusia 22 tahun dan disyaki anggota kumpulan samun.

Mati dalam lokapSunting

Pada 22 Januari 2009 , Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar menyatakan polis masih menyiasat punca kematian tahanan A Kugan di lokap. Laporan bedah siasat doktor menunjukkan kematiannya adalah akibat paru-paru berair (Athma) dan bukan akibat penderaan . Keluarga mengesyaki Kugan didera semasa di dalam lokap kerana banyak kesan calar balar di belakang, pergelangan tangan dan lehernya.

Pada 20 Januari 2009 , 50 orang menyerbu rumah mayat Hospital Serdang kerana ingin mengetahui perkembangan kes itu dari dekat. Penasihat Pemuda MIC, S Vell Paari(Anak kepada Datuk seri Samy Vellu) memaklumkan kepada Ketua Pemuda MIC, T Mohan supaya mendapat laporan perubatan kedua dari doktor Hospital Serdang mengenai punca kematian Kugan. Polis Selangor berikrar tidak akan melindungi sesiapa saja termasuk pegawai polis sekiranya benar terlibat mendera Kugan. Ahli keluarga mangsa dan orang ramai hendaklah bersabar terhadap proses siasatan ini. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Senator T Murugiah dan Datuk SK Devamany hadir semasa mayat dituntut di rumah mayat Hospital Serdang dan sedikit kekecohan berlaku di situ. Percakapan timbalan menteri itu akan dirakam oleh pegawai polis untuk membantu siasatan.[1]

Dari rekod polis, Kugan ditahan reman di hadapan kondominium di Puchong jam 1 pagi , Khamis 15 Januari 2009 kerana didakwa terlibat dalam kes samun kereta mewah di Sungai Chua, Kajang, Lembah Kelang dan Johor. Polis menahan mangsa yang ketika itu sedang memandu kereta Honda bersama seorang lelaki dalam lingkungan umur 30-an. Rakannya itu dapat melarikan diri. Dia dilaporkan bergelut dengan polis sebelum ditahan. Risikan polis mendapati mangsa adalah anggota kumpulan samun kereta mewah . Ekoran itu polis menjumpai semula 2 kereta mewah di kondomium itu dan 13 lagi di dalam gudang di Puchong.[2] 15 kereta mewah itu dipercayai akan diseludup ke luar negara oleh satu sindiket antarabangsa. Semua kereta itu disimpan di Balai Polis Taipan.[3]

Kecoh di bilik mayatSunting

Anggota keluarga menafikan mereka membuat kecoh di bilik mayat Hospital Serdang . Sebaliknya mereka cuma merayu untuk melihat mayat Kugan setelah lapan jam menunggu. Mereka tidak dimaklum dalam tempoh 24 jam sesudah mati . Anggota keluarga berharap bedah siasat kedua dijalankan untuk memuaskan hati semua pihak.

Peguam N.Surendran menyatakan laporan daripada atendan Hospital Serdang jelas mengatakan bahawa pintu bilik mayat telah dibuka untuk membolehkan anggota keluarga mangsa masuk. Waris si mati berhak dan mempunyai kuasa ke atas mayat si mati. Ahli keluarga berhak untuk melihat, mengambil gambar atau membuat apa yang mereka mahukan. Mengikut undang-undang, mayat si mati adalah milik keluarga atau waris si mati. Keterangan wartawan dari akhbar Tamil Nesan dan akhbar Makkal Osai, serta editor Tamil Nesan turut diambil.Kes itu disiasat di bawah Seksyen 451 Kanun Keseksaan kerana menceroboh dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan bagi jenayah intimidasi.

Datuk S. K. Devamany dan T. Mohan memberi keterangan di Balai Polis Sepang jam 4.15 petang 25 Januari 2009.Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut berada di Balai Polis Sepang.Tidak asa pencerobohan bilik mayat kerana pegawai perubatan yang membenarkan kami masuk selepas diminta oleh ahli keluarga. Rakaman video turut diserahkan kepada pegawai polis. Manikavasagam ditemani oleh peguamnya, M. Manogaran semasa soal siasat.[4]

Ahli Parlimen Kelang, Charles Santiago mengkritik Khalid Abu Bakar yang dilihat cuba melindungi pegawainya dan berkeras menyatakan punca kematian ialah kesusahan bernafas.[5] Rakaman video terhadap mayat Kugan jelas menunjukkan ada kesan calar yang serius. Ini bukanlah kali pertama berlaku kepada tahanan dalam lokap.[6]

Pengebumian dibatalkanSunting

Upacara pengebumian jam 6 petang 22 Januari 2009 dibatalkan kerana kontroversi ini. Lebih 1,000 orang berkumpul untuk menghadiri upacara pengebumian itu di Batu 14, Puchong pulang hampa. Sepasukan Simpanan Persekutuan (FRU) berkawal bagi memastikan tiada sebarang insiden buruk.[7]

Bedah siasat keduaSunting

Mayat Kugan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) jam 7 malam dan pihak pengurusan bilik mayat PPUM bersetuju untuk menyimpan mayat berkenaan. Bedah siasat tidak dijalankan kerana tidak mendapat kelulusan daripada pihak polis. Hanya mahkamah berkuasa memutuskan kebenaran bedah siasat kali kedua. Perkara ini akan dibawa kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Bernard Dompok dan dibincang dalam mesyuarat kabinet. [8]


Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam bersama peguam keluarga (N Surendran / Gobind Singh) menemui pegawai polis di Balai Polis USJ8 untuk memohon surat kebenaran pembedahan tetapi gagal. Beliau merayu Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan membenarkan bagi memastikan kebenaran didedahkan. S. Manikavasagam bersama keluarga Kuhan dibenarkan doktor memasuki bilik mayat pada jam 9.00 dan tidak timbul isu menyerbu bilik mayat.[9] Keluarga telah menghantar memorandum kepada Ketua Polis Negara di Bukit Aman menggesa supaya tindakan diambil terhadap anggota polis yang bertanggungjawab terhadap kematian Kugan. Musa Hassan menyatakan anggota keluarga Kugan tidak sepatutnya pergi ke bilik mayat untuk melihat mayatnya kerana ia boleh dianggap sebagai mengganggu bahan bukti. Mohamed Azharuddin Abdul Ghani selaku pegawai perubatan (MO) telah membuat laporan polis kerana keluarga menyerbu bilik mayat , mayat tidak lagi berbaju dan darah menitik di lantai.[10][11]


Pada 24 Januari 2009, peguam Gobind Singh Deo yang juga ahli Parlimen Puchong menyatakan bedah siasat kedua akan dijalankan pada jam 9.00 pagi hari Ahad 25 Januari 2009 di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Perbincangan telah diadakan antara UMMC , Bukit Aman dan Balai Polis Subang Jaya. [12] Prosedur ini mengambil masa 8 - 9 jam.

Klasifikasi kes bunuhSunting

Pada 23 Januari 2009, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail memberitahu Senator T. Murugiah bahawa kes ini diklasifikasi semula sebagai kes bunuh. Kematian itu diklasifikasikan mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan untuk mendapatkan pengakuan. Polis diarah menjalankan siasatan lebih rapi dan akan pendakwaan di mahkamah pada minggu depan jika semua berjalan lancar. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyatakan satu siasatan penuh akan dijalankan terhadap kematian Kugan.[13] Ahli keluarga ada hak mendapatkan autopsi kedua.[14]


Laman web [Malaysiatoday] menyiarkan poster dengan gambar Kugan disiksa dan tulisan liar "Polis Dahagakan Darah Kaum India". Mereka berkonvoi di Lebuh raya Bukit Jalil.


Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) yang diharamkan mempersoalkan integriti, akauntabiliti dan ketelusan pasukan polis dan pejabat AG yang mengeluarkan kenyataaan hanya untuk menenangkan keadaan. polis dan pejabat AG memerlukan tiga hari sebelum mengklasifikasikan (kes itu) sebagai kes bunuh atau menahan anggota polis yang bertanggungjawab. Pengerusi Hindraf, P Waytha Moorthy seorang peguam di Seremban mempertikaikan polis terbabit belum ditahan hingga ke hari ini. Diskriminasi atau 'double standard' terhadap kaum India Malaysia yang tidak dapat mempertahakan diri, tidak patut berlaku.[15][16]


Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel kerajaan lebih telus agar dapat memulihkan keyakinan rakyat terhadap polis. Jawatankuasa bebas yang dianggotai tokoh terkemuka hendaklah ditubuhkan bagi menyiasat punca kematian , seluruh prosedur lokap dan rakaman kamera litar tertutup yang ada dalam lokap. [17][18]


Pada 24 Januari 2009, 11 anggota polis berpangkat konstabel dan lans koperal dari balai polis Subang Taipan dipindahkan / ditempatkan di Balai Polis Petaling Jaya bagi melakukan kerja-kerja pejabat .[19]Pasukan siasatan khas Bukit Aman diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Shatar Abdul Jalil, mula merekod keterangan daripada 11 anggota polis yang terbabit. Pasukan khas mengambil keterangan mereka di pelbagai lokasi termasuk di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor. Polis beri jaminan tiada 'cover-up' dalam siasatan.

Petisyen ke Istana NegaraSunting

Pada 26 September 2009, anggota keluarga serta penyokong mendiang Kugan, yang diketuai ahli parlimen Gobind Singh Deo (Puchong-DAP) dan S Manikavasagam (Kapar-PKR) dan 20 penyokong yang lain pergi ke Istana Negara bagi menyerahkan petisyen. Petisyen ityu gagal diserahkan.[20]

PerbicaraanSunting

Tertuduh: Konstabel V. Navindran (28) mengaku tidak bersalah pada 1 Oktober 2009 terhadap dua pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap Kugan Ananthan di bilik soal siasat pejabat D9, di Balai Polis Taipan, USJ, Subang Jaya, pada 7 pagi, 16 Januari 2009. Peguam bela ialah Datuk P.M. Nagarajan.Timbalan Pendakwa Raya ialah Lailawati Ali dan Abazafree Mohd Abas .Hakim perbicaraan ialah Aslam Zainuddin

  • Seksyen 331 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
  • Seksyen 330 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
  1. Saksi 1: ASP Rodney Pasla Harris, 31,[21] dari Balai Polis Taipan, Subang Jaya menyatakan polis berhak menyiasat sesiapa sahaja yang disyaki .
  2. Saksi 2: Dr Baldev Singh Gill, 43, mengikut Konstabel V. Navindran ke Balai Polis Taipan USJ, Subang Jaya kerana Kugan dalam kecemasan. Pemeriksaan jantung dengan stetoskop mendapati Kugan tidak bernafas lagi (telah mati).

Keputusan samanSunting

Pada 26 Jun 2013, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar (ketika itu Ketua Polis Selangor), Ketua Polis Negara ketika itu Ismail Omar dan tiga lagi defendan bertanggungjawab terhadap kejadian yang membawa kepada kematian beliau. Hakim memerintahkan ganti rugi RM851,700 dibayar kepada ibunya Indra bagi ganti rugi serangan dan memukul, penjara palsu, misfeasans, kesakitan dan penderitaan.[22][23]

Kes lainSunting

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menyatakan dari laporan Parlimen pada 2008, terdapat 1535 kes kematian tahanan antara 2003-2007. Siasatan berunsur barbaric di kalangan segelintir polis telah menjejaskan imej keseluruhan PDRM. [24]Pada 1 Ogos 1996 di Dewan Rakyat , Senator Yim Chee Chong menyatakan terdapat polis Malaysia yang melakukan rompakan, merogol dan jenayah berat yang lain.[25][26]

  • Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di Jalan Duta membicarakan 7 anggota polis yang menyebabkan kecederaan kepada B. Prabakar (28 tahun) dan C.Solomon Raj (18 tahun) di Balai Polis Brickfields pada 2008. Dua remaja ini bekerja sebagai penjaga parkir kereta dan dikatakan terbabit dengan rompakan . Sarjan Mohd Shafiee Abdul Halim, Sarjan Mohd Diah Sulaiman, Sarjan Zulkiplly Taib, Koperal Abdullah Musa, Koperal Zamrin Zaid, L/Kpl Matila @ Saudi Ismail dan L/Kpl Nizam Abdul Wahab daripada Bahagian Siasatan Jenayah didakwa dengan sengaja mencederakan B. Prabakar di pejabat detektif, Balai Polis Brickfields dengan tujuan mendapatkan pengakuan daripadanya melakukan satu kesalahan menakutkan secara jenayah mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Kononnya Prabakar dan Solomon dicederakan antara jam 10.15pm 23 Disember 2008 hingga 3.30am 24 Disember 2008. Prabakar telah dibayar US$40 oleh polis terbabit agar tidak mensensasikan kes itu [27].Gambar kecederaan akibat disiram dengan air panas telah dipaparkan di akhbar-akhbar utama di Malaysia. Pada 30 Disember 2008, Prabakar membuat laporan polis bahawa dia telah disimbah dengan air panas selepas ditahan di Desa Sri Hartamas pada 23 Disember 2008. Jika sabit kesalahan, 7 anggota polis boleh dihukum sehingga 7 tahun penjara .[28]
  • Sanjeev Kumar Krishnan (25 tahun) ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, (ISA) dan dibebaskan pada 9 September 2008. Dia ditahan polis pada 28 Julai 2007 dan dihantar ke Kem Tahanan Kamunting di Taiping, Perak. Semasa dalam tahanan, dia dikatakan telah disiksa oleh pegawai siasatan khas (SB). Selepas itu kepalanya sakit, tangan kirinya sakit-sakit dan kakinya tidak berfungsi dengan baik. Dia dimasukkan ke Hospital Taiping pada 11 April 2008 kerana kecederaan serius. Dia kini terpaksa menggunakan kerusi roda.[29][30] Isterinya Sharimila a/p Uthia Kumar membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi. Kuala Lumpur.
  • Suruhanjaya Siasatan Diraja mendapati Datuk Seri Anwar Ibrahim ditumbuk oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor dalam lokap Bukit Aman pada 20 September 1998 dalam keadaan mata Anwar ditutup dengan kain. Sebelum itu Anwar dapat mengecam suara Rahim Noor .Mulanya Rahim Noor tidak mengaku dan menuduh Anwar mencederakan diri sendiri. Tetapi kemudian Rahim Noor telah mengaku menumbuk Anwar kerana Anwar memprovokasi dengan perkataan 'Ni bapak anjing' kepadanya . Ketika disoal oleh peguam peguam Teh Poh Teik , Anwar menafikan pernah mengeluarkan kata-kata biadap seumpama itu. Walaupun Anwar Ibrahim seorang Timbalan Perdana Menteri dan sering berurusan dengannya tetapi dia terus diserang . [31]
  • Ulaganathan Muniandy , remaja 19 tahun mati dalam tahanan polis di lokap Balai Polis Kajang pada 21 Julai 2003. Dia ditahan pada 12 Mei 2003. Doktor di Hospital Kajang tidak dapat menentukan punca kematian Ulaganathan. Mahkamah Majistret Kajang iaitu YA Mazuliana Bt. Abdul Rashid sepatutnya mendengar kes itu pada 29 Februari 2008. [32] Ibunya amil Selwee a/p Ramasamy.[33]

RujukanSunting

  1. ^ Polis akan rakam kenyataan dua timbalan menteri
  2. ^ Polis terus siasatan kematian Kugan
  3. ^ Family barges into mortuary
  4. ^ Kes Kugan: Timbalan menteri antara 9 beri keterangan polis
  5. ^ MIC Youth wants independent probe into Kugan’s death
  6. ^ Cops vow no cover-up in probe into detainee death
  7. ^ Kin postpone Kugan’s burial
  8. ^ Kes Kematian Kuhan Diklasifikasi Kes Bunuh
  9. ^ Keluarga Tahanan Mati Dalam Lokap Mahu Buat Bedah Siasat Kedua
  10. ^ Kematian A Kugan diklasifikasi kes bunuh
  11. ^ MIC Youth wants independent probe into Kugan’s death
  12. ^ Kugan’s family wins battle for second post-mortem
  13. ^ Kematian A Kugan diklasifikasi kes bunuh
  14. ^ Hindraf wants cops arrested over Kugan murder
  15. ^ Polis, AG dikecam kerana lewat bertindak
  16. ^ Hindraf wants cops arrested over Kugan murder
  17. ^ MIC Mahu Badan Bebas Siasat Kematian Kugan
  18. ^ Palanivel: Tubuh jawatankuasa siasatan bebas
  19. ^ Kes Kugan: 11 anggota polis dipindah ke ibupejabat
  20. ^ Kugan: Gagal serah petisyen pada istana
  21. ^ Rodney jadi polis penuhi hasrat bapa
  22. ^ Rita Jong (2013-06-26). "IGP responsible for Kugan's death in police custody, court rules". The Malaysian Insider. Dicapai pada 2013-06-26.
  23. ^ Bernama (26 Jun 2013). "Ibu Kugan menang saman polis". Sinar Harian. Dicapai pada 27 Jun 2013.
  24. ^ Government Must Act Urgently to Stop Custodial Killings
  25. ^ [1]
  26. ^ [2]
  27. ^ MALAYSIA: GOVERNMENT MUST INVESTIGATE POLICE TORTURE CLAIMS
  28. ^ Tujuh Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah
  29. ^ wife claims ISA detainee wheelchaired due to torture
  30. ^ ISA Detainee Mr. Sanjeev Kumar Released!
  31. ^ ekas KPN mengaku serang setelah Anwar memprovokasinya
  32. ^ [3]
  33. ^ Inquest of Death in Police Custody case - Ulaganathan Muniandy at Kajang Magistrate postponed for the 8th time

Pautan luarSunting